Thursday, May 16, 2013

Kolaj Mudah Buat Kanak-kanak

Kolaj mudah buat kanak-kanak. Sebelum ni leeza ada buat entri berkaitan seni iaitu Kolaj Kumbang. Kali ni leeza ketengahkan kolaj yang mudah bertemakan tradisional iaitu gambar wau.

Dengan menggunakan cebisan kertas yang digunting kecil, leeza hasilkan kolaj gambar wau ni. Kelemahan hasil seni ini ialah gabungan warna yang kurang baik. Huuuuuuu

Kolaj Mudah Buat Kanak-kanak
Leeza dahulukan dengan draf gambar wau. Al-maklum, bukan semua murid kenal wau. Leeza print out gambar wau ni.

Cebisan kertas untuk kolaj.....
Kolaj Untuk Kanak-kanak
Dah habis gunting jadi cebisan. Leeza letak gam pada bahagian kertas...
Kemudian, taburkan cebisan pada bahagian yang ada gam..
Mudah tapi memerlukan ketelitian!

Kolaj Wau Kanak-kanak
Inilah hasil akhir leeza.... Belum sempat diaplikasikan kepada anak-anak didikku. Ho0o0o0o.... Takut nak buat sebenarnya..bimbang haru-biru jew kelas den nanti....

TITIK SANTAI :: :: ::  
Kalau u all ada idea tentang seni ni.. Share2 lah link kat leeza. Kadang2 buntu nak ajar seni ni. Hiiii......
 

Tuesday, May 14, 2013

Mungkinkah Kesihatan NK Faktor Tersingkir?

Mungkinkah Kesihatan Norish Faktor Tersingkir?
CABARAN LUAR MILIK KUMPULAN BIRU - CELINA 
Kumpulan Biru iaitu diketuai oleh Celina telah menjuarai cabaran luar semalam. Antara kelebihan kumpulan Biru ialah serving yang tepat pada masanya, layanan kumpulan biru terhadap pelanggan juga lebih baik berbanding kumpulan Merah.

Walaupun kumpulan Merah kalah namun tetap ada pujian daripada para juri. Masakan mereka memikat hati juri. Malangnya,penentuan pemenang bagi cabaran luar bukanlah para juri. Malang bagi ahli kumpulan Merah.

CABARAN PENYINGKIRAN - MENU LAKSA 
  • Hidangan Laksa Kenchana Devi "kedebabommmm" -komen chef Jo.
  • Sedar tak sedar kak Lydia rupanya setiap minggu masuk penyingkiran... Syukur kak Lydia selamat lagi...
  • Radhi dan Kenchana Devi yang tak reti masak LAKSA juga SELAMAT....
  • Rozita Che Wan yang merasa dirinya 50-50 juga selamat...
  • Norish Karman melangkah keluar dari MASTERCHEF pada minggu ini....

Adakah faktor kesihatan Norish Karman tersingkir?
Seperti yang kita sedia maklum, NK mengalami masalah kesihatan pada minggu ini. NK demam dan kebarangkalian NK tidak dapat melaksanakan cabaran pada kali ini dengan sempurna. Ya, bukan rezeki NK pada minggu ini. Walau bagaimanapun, kesungguhan NK sepanjang berada di MASTERCHEF cukup meninggalkan kesan kepada penonton...

Norish Karman telah menyumbang RM4000 kepada badan kebajikan yang diwakili. Apa-apapun, NK sudah buat yang terbaik... All The Best To NK... Setiap pertandingan pasti ada kelebihan dan kekurangan.. Apa-apapun NK tetap berbakat.

Aduhai kena tunggu hari SABTU... dan ketika itu leeza berada di The Pine Hill.. ada kursus di sana! Hoooo

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza harap NK terus sukses! Kepada yang lain terus usaha dan bertarung .... chaiyok chaiyok ... :-)

Monday, May 13, 2013

Cara Buat Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Bertemu dengan entri Kandungan Dokumentasi - Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Peringkat Zon Pudu Tahun 2013. Semasa kat IPG KBM sehinggalah dah berkhidmat di sekolah, tugas sebagai dokumentasi tidak dapat lari jauh daripada leeza. Kali ni perkongsian maklumat berkaitan Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Peringkat Zon Pudu 2013.

Pertama - Kandungan Dokumentasi : 
Cara Buat Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
1. Senarai Ahli Jawatankuasa
2. Senarai Juri Rayuan
3. Surat Pelantikan
4. Surat Panggilan Mesyuarat
5. Senarai Kehadiran Pengurus Pasukan
6. Minit Mesyuarat
7. Data Penyertaan Sekolah Peringkat Zon
8. Surat Makluman Kepada HUKM & Balai Polis
9. Senarai Penyertaan Kejohanan Badminton
10. Peraturan Pertandingan
11. Borang Score
12. Jadual Pertandingan
13.Senarai Penyertaan Kejohanan Badminton 
14. Laporan Keseluruhan
15 Surat Pemilihan Peserta Kejohanan Badminton
16. Borang Pendaftaran Peserta Peringkat Negeri
17. Surat Latihan Pusat
18. Maklumat Pengadil Bertugas
19. Senarai Urusetia
20. Perbelanjaan Mengurus Pertandingan
21 Gambar dan Lampiran 

Cover dan Belakang Dokumentasi : 
COVER DOKUMENTASI oleh Santai Leeza
Partition Dokumentasi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

COVER DEPAN DOKUMENTASI
Leeza nak ucapkan terima kasih juga kepada Penolong Kanan Korikulum yang banyak membimbing leeza untuk menyiapkan dokumentasi ini. Terima kasih......

TITIK SANTAI :: :: ::  
Moga terus sukses rakan-rakanku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca Isu HANGAT