Wednesday, February 23, 2011

S.E.J.A.R.A.H.



zzZZZzzzzz
Di sekolah, bila cakap pasal sejarah, perkara utama yang terpancul dari mulut pelajar, “bosan……”, “ngantuk…..”. Maka binggunglah kita dibuatnya… belajar Sejarah sekadar nak lulus exam, tapi penghayatannya sifar…. “boleh tahan’lah”… (gaya aku cakap)

Tidak perlu melihat jauh, contoh terdekat, aku sendiri tidak mampu memberi sepenuhnya minat aku pasal sejarah. Tapi putaran masa dan perkembangan sekeliling adakala membuat aku ingin mengetahui tentang sejarah. Kenapa? Mengapa? Benarkah?

RINGKASNYA :  
mungkin terlambat utk aku tahu sekarang, tp sekurang2nya ada keinginan. 
(1) Bagaimana wujudnya berbilang kaum di Malaysia (Tanah Melayu)? [secara tepat]
(2) Keaslian/kebenaran/ketepatan sejarah yang aku tahu.
(3) Gambaran yang lebih jelas tentang sejarah negara.

Persoalan yang bermain ini sebenarnya aku terfikir apabila aku terpanggil membaca coretan Tun Mahathir.

13. Saya telah baca buku teks sejarah dan saya dapati banyaklah peristiwa yang penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku-buku ini.
14. Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru, sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran.


 Aku tidak yakin untuk memberi pendapat seandainya aku tidak mempunyai fakta yang kukuh. Namun, aku bersetuju dengan coretan Tun Mahathir iaitu :

11. Kita semua belajar dari pengalaman. Jika zaman ini lebih baik iklimnya daripada dahulu sebabnya ialah kerana kita tidak amalkan kesilapan-kesilapan dahulu. Kita telah belajar dari pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian dari sejarah.

12. Jika kita lupakan atau ketepikan pengalaman dahulu yang kita alami tak dapat tidak pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

Kini aku tengah baca novel Interlog (pinjam orang punya, hehehe) untuk mengatahuinya. Mungkin tidak banyak yang dapat diketahui, sekurang-kurangnya aku dapat gambaran zaman dahulu.   Like!

"Buku apa kau baca tu?? INTERLOG!!! Perghhh ....
"Leeza baca Interlog???"...   

kawan-kawan aku pelik wo.... aku pun buat muka baik, "boleh tahan'lah"

AKHIR :
Sejauh mana tahap pengetahuan anda tentang sejarah negara anda?
[1] – Secara dasarnya sahaja. Setakat bila merdeka, siapa Perdana Menteri ......
[2] – Apa yang pernah belajar masa sekolah, so far ingat...
[3] – ketegori mengetahui perkembangan sejarah negara dengan baik... sikit-sikit jer yang tak tahu pun.

9 comments:

  1. secara jujurnya, sya memang x minat sejarah. tpi bila da mula baca buku sejarah or ensklopedia, x henti2 membaca pulak...ai ya...

    ReplyDelete
  2. Bagiku Sejarah adalah perkara yang menyeronokkan..Setiap perkara yang berlalu ada sejarah. Sejarah yang tertulis bukan sekadar tulisan pemberi pengajaran. Lebih daripada itu.

    ReplyDelete
  3. sejarah seronok dipelajari andai kita tau tekniknye...ak pun mula2 xske sejarah..tp ble cikgu ak sorg ni aja..pergh...smpi skrg ak minat sejarah beb..sempoi gle dia aja..sng ingat n fhm kot..

    ReplyDelete
  4. soyus4: aku rasa ko perlu cerita ttg cikgu sejarah kau itu.. kongsikan bagaimana seorang yg tidak minat sej beralih menjadi minat sej.

    ReplyDelete
  5. aku minat sej...cite aku sama jgk mcm usop...wktu PMR subjek sej slalu gagal...n than SPM aku mula suka sngt subjek sej coz cara guruny mengajar sngt2 menarik...latihan bnyk...selalu wt latihan dlm kls brsama...akhirnya aku mampu skor A1 tuk sej wktu SPM...saya suka sejarah...

    ReplyDelete
  6. wawa: waaa sejarah ko A1 erk... bagusnya.. sejarah ni kena kreativiti utk diajar... tak boleh guna kaedah tradisional..... baru ok....

    ReplyDelete
  7. ermm..... sejarah mengajar kita erti hidup masa depan yg lbh baik.
    -FRSH

    ReplyDelete
  8. LIKE..............

    ReplyDelete
  9. Owh...mmg suka sejarah..even semua result dr exam awm subjek sejarah mmg score dr subjek sc... At the end end up as a science teacher. .. (ironi betul la..)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.