Sunday, March 6, 2011

Kasih Ibu vs Wang Ringgit


Aku menghabiskan hujung minggu di Kinokuniya setelah penat berjalan melihat ibu kota. Berbagai-bagai ragam manusia dapat kulihat. Aku terbaca sebuah buku di Kinokuniya dan kisah tu memang menyentuh perasaanku. Renungkan ... ...

Seorang ibu tidak jemu-jemu menanti kepulangan anaknya. Memang anaknya tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang kepadanya namun bukan itu yang si ibu harapkan. Setelah berbulan lamanya si ibu menanti, akhirnya anaknya pulang setelah beberapa kali disuara oleh si ibu.





IBU : Anak sihat? Macam mana kerja?
ANAK : Sihat! Kerja bertimbun bu, projek sana sini. Sibuk.
IBU : maafkan ibu sebab suruh balik.
ANAK : Ada apa-apa yang tak cukup ke kat rumah ni? Sampai nak saya balik.
IBU : Ibu nak tanya sikit boleh? (si anak berdiam & melontar pandangan ke luar.) Berapa pendapatan anak setiap bulan?
ANAK : (Berasa bengang bila ibunya bertanya demikian). Kenapa ni bu? Tak cukup ke duit yang saya bagi.
IBU : Kalau dihitung purata gaji kamu, berapa sehari yang kamu dapat?
ANAK : (Masih dalam keadaan yang bengis)

Ibu mendesak anaknya, ibunya juga berjanji tidak akan meminta apa-apa, sekadar ingin mengetahui.

ANAK : Lebih kurang seribu. (Jawab si anak dengan anggaran yang kasar.)
IBU : Boleh tak ibu nak minta RM200.
ANAK : Ibu, kalau ibu nak duit, ibu telefon je, saya kirimkan. Tak perlu saya balik sini semata-mata nak bagi RM200 kat ibu. Saya banyak kerja nak uruskan. 

Si anak menghulurkan 4 keping 50 ringgit untuk ibunya.
Ibu masuk ke bilik dan keluar bersama-sama 20 keping 50 ringgit dan diserahkan kepada anaknya. Si anak kehairanan.

IBU : Ameklah seribu ringgit itu. Temankanlah ibu sehari di desa ini. Sesungguhnya ibu merindui kamu.
Si anak terdiam dan berasa kesal.

Kisah seperti ini juga boleh dijadikan tauladan kepada ibu bapa. Barangkali anak-anak juga berharap seperti SI IBU dalam kisah di atas.

 
PERSOALAN:
Kenapa sukar bagi kita menghargai sesuatu yang masih ada?
Kenapa sukar bagi kita menilai yang mana lebih penting?
Sejauh mana wang ringgit akan menghanyutkan kita?
Kasih sayang mampu dibeli dengan wang ringgit? 



P/s: Tiada Kasih Setulus Kasih Ibu Sendiri....

8 comments:

  1. seindah kata tidak sama dgn segunung jasa...

    segunung jasa tidak sama dgn selaut jiwa...

    selaut jiwa tidak sama dgn serelung ikhlas seorang ibu...

    jika hanya pandai berkata2, berjasa, memberi jiwa TAPI tidak disusuli dgn ikhlas, semuanya hanya SIA-SIA....

    coretan yang menggamit bayangan bonda di kampung....TQ

    ReplyDelete
  2. tiada kasih setulus kasih ibuku........ ermmmm... saya turut setuju dgn kata2 emon kubang

    ReplyDelete
  3. i love my mom....

    ReplyDelete
  4. kasih yng suci....

    ReplyDelete
  5. betul 2 kasih ibu x boleh dibeli dgn wang ringgit...

    ReplyDelete
  6. LIKE..............

    ReplyDelete
  7. LIKE..............

    ReplyDelete
  8. mmg tiada kasih setulus kasih ibu... tapi jika menghargainya setelah kehilangan... sesuatu yg perlu difikirkan bersama.... kdg kala kt sering meratapi kehilangan... hingga lupa sekeliling... sehingga kt kehilangan sekali lagi... br tersedar &menghargai... terus meratapi.. begitulah berulang kali... sampai bila???

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.