Monday, March 7, 2011

Kuda vs Anak


Di sebuah desa yang diberi nama DESA SANTAI, hiduplah seorang pak cik tua dengan anaknya. Mereka memelihara seekor kuda. Pada suatu petang, satu-satunya kuda yang dipelihara itu telah menghilangkan diri. Mendengar khabar itu, jirang-jiran dapat melawat untuk menyatakan simpati. 

Orang tua itu berkata: “ Terima kasih jiran-jiranku. Saya menganggap bahawa kehilangan kuda ini bukanlah perkara buruk pada saya.” 

Beberapa bulan kemudian, kudanya telah kembali bersama seekor lagi kuda lain. Jiran tetangga pun datang untuk mengucap selamat. 

Orang tua itu berkata: “Walaupun saya telah dapat seekor kuda lagi, tidak bermaksud suatu keuntungan buat saya.” 

Pada suatu hari, anaknya menunggang kuda tersebut dan terjatuh. Kaki anaknya patah. Para jiran datang melawat meluahkan simpati. 

Orang tua berkata: “ Bagaimana kalian yakin kejadian ini sesuatu yang buruk?” 

Tidak lama selepas peristiwa itu, kerajaan meminta pemuda yang sihat tubuh badan wajib menyertai pasukan tentera ekoran daripada kekurangan anggota tentera untuk berperang ketika itu. Oleh sebab anak Orang tua itu patah kakinya, maka anaknya terlepas dari menyertai pasukan tentera. Hampir kesemua yang ikut berperang telah mati. 

PERSOALAN:
  1. Mana 1 yang untung? Mana 1 yang rugi? 
Ketika Orang tua kehilangan kuda, siapa yang tahu perkara itu ada kebaikan?
Anda merelakan hilang kuda atau hilang anak??????

7 comments:

  1. hahha...siot...untungla anak dier....dapat kawin ramai pas2...sbb dier sorg anakmuda yang tggl kat kg tue..kah3!!

    ReplyDelete
  2. Fer pk paling terpesong.... hahahahaha

    Semua perkara ada untung & ruginya. Maka janganlah kita bersedih apabila mengalami perkara yg kurang menyenangkan. Siapa tahu perkara tersebut ialah permulaan utk suatu keuntungan.

    ReplyDelete
  3. rugi sebab patah kaki..
    untung sbb x mati..
    zap3

    ReplyDelete
  4. ermmmm.........

    ReplyDelete
  5. KALAU CERITA INI BENAR.. SEMUA TU KETENTUAN ALLAH JUA..

    ReplyDelete
  6. KALAU CERITA INI BENAR.. SEMUA TU KETENTUAN ALLAH JUA..

    ReplyDelete
  7. LIKE..............

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.