Monday, October 17, 2011

7 Kesilapan : Merosakkan Perhubungan

Dipetik daripada Majalah Eh! keluaran Oktober 2011


Buangkan PERASAAN EGO jika inginkan kejayaan dalam hubungan. Ringankan mulut untuk beri pujian dan ucapkan terima kasih.

  1. Lupakan Si Dia Yang sudah menjadi BEKAS! Selagi anda tidak dapat melupakan bekas kekasih anda selagi itulah anda tidak boleh memulakan perhubungan baharu. Perkara ini akan menyebabkan anda membuat perbandingan.
  2. Terlalu CEMBURU. Apabila terbit perasaan sayang maka cemburu akan timbul apatah lagi bila melihat lelaki yang anda puja bersama dengan wanita lain. Elak syak wasangka dan selidik terlebih dahulu. Kita kena santai ..... hehehehe
  3. Terlalu awal mencurahkan CINTA. Hubungan baru memerlukan masa untuk bercambah dgn mekar. Tapi 1 kesilapan anda ialah terlalu awal mencurahkan perasaan cinta pada si dia. CINTA ADALAH SATU KOMITMEN. So, sblm terikat dgn komitmen cinta, kenal dulu hati budi masing-masing.
  4. MENIPU....RACUN hubungan. Kata manis ibarat madu namun bertukar menjadi pahit apabila berselindung di sebalik penipuan. Berterus-terang apabila anda tidak lagi mempunyai perasaan terhadap pasangan anda. Jangan berterusan menipu diri anda dan dia.
  5. Cuba MENGUBAH si dia. Jangan cuba mengubah si dia. Sebaliknya, cuba menerima dirinya seadanya.
  6. LEMAH KOMUNIKASI... merupakan isu yang kerap berlaku dalam kehancuran perhubungan. Minat dan kepentingan berbeza menyebabkan lemah komunikasi. Cuba berkongsi pengalaman masing-masing dan jadi pendengar yang baik.
  7. Meletakkan semua KESALAHAN pada si dia. Cuba memahami konflik yang berlaku dan elak meletakkan kesalahan kepada pasangan anda. Ya benar, anda marah, namun cuba bertenang dan bawa berbincang. Sesungguhnya kemarahan tiada penyelesaiannya.

TITIK SANTAI :    
7 Tips di atas ini tidak semestinya untuk hubungan percintaan... Boleh diguna pakai secara umum juga. Aku paling suka no 7.... 

1 comment:

  1. Betul...tetapi first love memang susah nak dilupakan...mahu atau tidak no. 1 itulah cabarn hebat bagi sy..moga dpt dilupakan xgf dulu..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.