Saturday, October 1, 2011

Teater The Secret Life Of Nora


Hello geng... "The Secret Life Of Nora" teater terbaharu yang dipentaskan di Istana Budaya. OMG, teringin nak tengok ar.. Tapi kekangan masa dan kesibukan dengan persediaan pementasan teater kanak-kanak di IPG KBM buat aku tak ada masa nak tengok teater di Istana Budaya ni. So, siapa yang dah tengok, beri comment sikit, nak tahu feedback....

Pementesan dari 29 September hingga 16 Oktober bertempat di Istana Budaya.
Muzikal fantastika penuh aksi dan debaran. 
Beli tiket di: http://www.airasiaredtix.com/Events/Nora/ 


Sinopsis :  (dipetik daripada laman Istana Budaya)
 
  Cerita berkisar dizaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an, project terbaru Enfiniti ini adalah sebuah muzikal hebat yang menceritakan kisah Nora, seorang mempunyai kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain. Dia berharta, memiliki rupa paras yang amatcantik malah juga merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut adalah merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.

  Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan sebuah pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia. Oleh itu secara tidak langsung, Nora sebagai pemilik baru panggung kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa dalam menjejaki aktiviti haram tersebut. Nora juga diancam dengan penutupan panggung itu dan Nora sendiri bakal dipenjarakan. Namun demikian, mungkin kerana nasib menyelebelahi Nora, pihak Polis Antarabangsa (Interpol) telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkup dalam penjara. Nora bersetuju.

  Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan. Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab... dan pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia.

Selemat Menonton. Moga feedback baik....

1 comment:

  1. hai...syeeda saniey datang bawa jawapan..

    pilihan no 2 kan:

    artinya, -sangat suka dipuji, pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan begitu baik sekali

    hii utk full answer: http://syeedasaniey.blogspot.com/2011/10/jom-tengok-jawapan-ujian-psikologi.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.