Wednesday, October 12, 2011

Isu Guru Denda/Pukul Murid (Komen Sikit)


Dahulu, saya masih ingat kalau saya didenda atau dirotan di sekolah, saya sama sekali tidak berani untuk memberitahu ibu bapa saya bahawa saya dirotan atau didenda. Sebabnya, saya tahu ibu atau ayah saya akan lebih memarahi saya.

Namun kini, fenomena itu sudah berbeza. Ya benar, ada fenomena yang guru keterlaluan dalam mendidik sehingga kelihatan seperti mendera. Saya akui itu 1 kesilapan seorang pendidik. Tapi andai ibu dan bapa menyerang pihak sekolah atau guru, tidakkah anak itu lebih berasa dia hebat. Selepas ini, mungkinkah anak itu akan dengar kata-kata guru? 

Ringkasnya, guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam mendidik, sama-sama melihat apa yang perlu dilakukan. Adakala, ramai ibu bapa tidak tahu aktiviti anak-anak, dan anak-anak begitu bijak berlakon di hadapan mereka.

Persoalan Yang Ingin Dikongsi :
  1. Andai seorang murid tidak siap kerja dan guru meminta dia berdiri? Wajar atau tidak?
  2. Seorang murid tidak siap kerja dan guru meminta dia ketuk ketambi? Wajar atau tidak?
  3. Seorang guru tidak mahu mengambil tahu pasal seorang murid ini kerana ibu dan bapanya akan serang sekolah andai dia mendenda murid itu? Wajar atau tidak?
TITIK SANTAI :
Adakala kita harus mengkaji sebaiknya sebelum bertindak. Jangan rosakkan masa depan anak-anak kita. Setinggi mana kejayaan yang dijulang tidak bisa menjamin kecerahan pewaris kita.

7 comments:

  1. Susah tak jadi cikgu ni?
    kalau kita buat bodoh jer dgn murid yg mak bapak suka serang guru ... ok x?

    ReplyDelete
  2. PENDAPAT SAHAJA

    Jawapan Untuk Soalan2

    Perbetulkan Niat Kita Sebagai Guru bukan untuk Mengajar tp untuk mendidik..Pandai atau Bodoh bukan ukuran yang penting usaha pelajar itu sendiri..Cabaran Menghadapai Ibu Bapa masa kini boleh dibawa bincang dengan pentadbiran..

    ReplyDelete
  3. adakala bila ibu bapa dtg serang2 pihak sek, boleh membantut guru utk didik anak. bila ditegur lebh2.. mak bapa dh dtg sek. mcm mana ya?

    ReplyDelete
  4. Budak budak skang mmg terlebih manja..cabaran sebagai guru pun makin bertambah...

    ReplyDelete
  5. ni jawapan sy kak...
    1.boleh je guru mintak murid berdiri, dengan syarat tempoh dia berdiri tu sesuai dengan umur dia. jangan la budak djh 2 kena berdiri sampai setengah jam..huhu

    2.ketuk ketampi pon ok,,tapi macam tadi jugak..biar berpatutan. 30x utk budak sekolah rendah,ok la tu..kalau sampai 50x,,parah gak r..huhu

    3.kalau guru wat xtaw kat budak..mintak mahap ler,,yg ni sy x stuju lgsung! budak tu berhak diberi phatian, dan mmg tgjwb kita sbg guru utk didik dia.. kita pun jgn la terlalu ikut perasaan. kalau mak bapak dia serang kita,,,sabarlah...ikhlaskan niat..nanti kat akhirat kita serang dia balik! >_<

    kesimpulan:boleh je nak denda student,,tp biar berpatutan. denda dgn niat nak mendidik,bukan utk lepas kemarahan..:)

    ReplyDelete
  6. Entahlah..ada buat entry pasal ni juga tapi rata2 mengatakan budak2 sekarang terlalu manja, semuanya bermula dari rumah..cikgu dulu tegas dan penuh disiplin cuma boleh menyakitkan, cikgu skrg tertekan apabila murid bodoh! nak rotan salah tak rotan pun salah..

    ReplyDelete
  7. didikan sbnrnnya daripada keluarga dan rumah.
    sbg ibu bapa kita perlu tahu juga. jgn salahkan cikgu sahaja. nilai sndiri.
    kalau anak dah salah, cth tak buat kerja rumah, mencuri ker, panjat panggar ker. nk serang cikgu.. susah jugakan.....
    kesimpulannya... kena sabar dan ikhlas kan hati.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.