Friday, October 28, 2011

Kabhi Khushi Kabhie Gham pengajaran kepada Kita



Khabi Khushi Kabhie Gham sebuah kisah hindi yang menjadi pujaan hati saya. Kisah yang penuh nilai dan pengajaran berkaitan sebuah kekeluargaan. Setiap kali menonton, setiap kali itu juga perlu disediakan sekotak tisu. Hahahaha

Pada mereka yang belum pernah menyaksikan movie ini, silalah menontonnya. Pada mereka yang dah tengok, sila kongsikan pengalaman dan perasaan anda. Boleh kita kongsi pandangan.

Detik menyentuh hati :
1.   Saat Rahul dihalau keluar daripada keluarga.
2. Saat Rahul bertemu semula dengan ibunya.
3. Saat Rahul berbicara dengan ayahnya.
4. “Sekelip mata aku menjadi darah dagingmu, sekelip mata aku boleh menjadi orang asing bagimu.”

Sesungguhnya, doa ibu bapa kita sentiasa menemani kita walau sejauh mana kita merantau. Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. Gembirakanlah hati mereka.

Titik Santai :  
“Kegembiraan aku adalah datang daripada senyuman dan gelak tawa kedua-dua orang tuaku.”
“Sanggupku korbankan sebuah kegembiraan yang dikecapi demi melihat senyuman di wajahmu itu kekal abadi.”

"Jika kamu ingin menjadi seorang yang berjaya, Jika kamu ingin mencapai sesuatu, Jika kamu inginkan kemenangan, Dengarlah kata hati kamu dan jika tiada jawapan, pejamlah matamu dan fikirkan kedua-dua orang tuamu, dan kamu akan mampu atasi segala halangan dan masalah yang melanda. Kejayaan akan menjadi milikmu."

1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.