Friday, October 28, 2011

Teater Anjing Untuk Diplomat

Hello geng... ANJING UNTUK DIPLOMAT arahan KHALID SALLEH. Tajuk yang unik dan menimbulkan sejuta tanda tanya. Mula-mula saya pun tertanya, kisah apakah ini... 

Tak banyak yang boleh direfleksikan tentang teater ini. Siapa yang menonton, kalian perlu sediakan minda, kosongkan minda... sebab
  1. Anda perlu berfikir makna konotasinya kisah ini.
  2. Makna tersirat...
  3. Ketelitian dalam mendengar dialog yang diucapkan...
Siapa yang berpeluang menonton, silalah tinggalkan komen di entry ini ... Ceitakan apa yang anda faham...

Info lanjut : dipetik dari laman FB Anjing Untuk Diplomat  
  1. Teater ini diangkat daripada naskhah penulis Singapura, Hamed Ismail yang muncul pemenang Anugerah Persuratan Melayu Singapura 1993 dan pernah memenangi anugerah sama untuk skrip drama televisyen berjudul Antara Pasrah dan Fitnah dan Masih Ada Bintang di Turki.
  2. Teater ini mengenai kisah berlaku sebelum merdeka di Malaya. Ia mengenai kisah seorang diplomat Perancis dengan gaya hidup berfoya-foya dan isterinya juga mempunyai kecenderungan sama.
  3. Masing-masing ada agenda tersendiri melalui hubungan dengan kerabat diraja hingga mencetuskan konflik dan kerabat terbabit juga memberi ganjaran kepada salah seorang. 
  4. Selain itu, ada juga berkisar mengenai sikap optimis untuk tujuan perniagaan.
TITIK SANTAI :   
Perlu sediakan minda untuk tonton teater ni. 
Menguji pemikiran saya. 
Berterusan berfikir mesej dan makna tersirat.

0 Yang Ikhlas:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.