3 hari lepas, saya telah hantar tiket kepada pihak Nuffnang tentang pemberian kempen CPM. Nak tahu jawapan pihak Nuffnang dan tips yang diberi. Berikutnya ...
Haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka.
Macam mana nak jadi Pihak Pengiklana (Advertisers)???
Macam mana nak jadi Pihak Pengiklana (Advertisers)???
- memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka.
- Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers.
- 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik.
- mereka sentiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.
- contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda.
- mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami.
Titik Santai :
Itulah jawapan daripada pihak Nuffnang. Emel diterima jam 2.06 petang, 29 November 2011.
Pihak Nuffnang memang ekspres lah balas emel. Good.. Like Like.
Teruskan usaha ya kengkawan yang belum dalam kempen CPM.
Saya pun tak dapat lagi... hehehehe