Tuesday, December 13, 2011

6 Punca Perceraian






 Buku Divorce Proofing Your Marriage menerangkan prinsip dan kepercayaan umum yang sering kali diyakini individu tetapi akhirnya membawa mereka kepada perceraian :






PERNIKAHAN ADALAH SATU KONTRAK
  • Pernikahan memang kontrak yang sah.
  • Namun aspek AGAMA perkahwinan bukan sekadar kontrak. 
  • Perkahwinan juga melindungi individu daripada godaan syaitan yang menyesatkan.
  • Oleh sebab itu, jangan sesekali menganggap perkahwinan hanya sekadar kontrak.
SAYA MENIKAHIMU BUKAN KELUARGAMU
  • Ramai yang anggap hanya melibatkan lelaki atau perempuan atau pasangan suami isteri sahaja.
  • Kebenarannya, anda tidak menikahi pasangan anda sahaja, TETAPI keluarganya juga. 
  • Anda perlu menerima seluruh keluarga pasangan anda.
  • Jadi, jgn bohongi diri dan elak untuk bertema dgn mentua kerana perbuatan itu akan merosakkan perkahwinan yang dibina.
KITA TERLALU BERBEZA
  • Wanita dan lelaki memang dicipta berbeza. 
  • Ketidakserasian tidak akan mampu membunuh perkahwinan tetapi berupaya menjadikan perkahwinan lebih warna-warni dan ceria.
  • Jangan jadikan perbezaan itu sbg batu penghalang dalam mencipta kebahagiaan rumah tangga anda.
CINTA TIDAK BOLEH DIPERTAHANKAN
  • Rasa ghairah memang tidak akan bertahan selamanya tetapi perasaan sayang dan cinta mampu dimilki seumur hidup.
  • Anda mungkin tidak selalu menikmai cinta tetapi anda perlu belajar mencintai pasangan sebagaimana anda sayang diri anda.
  • Rasa cinta perlu mampu dipulihkan dan dipertahankan dengan perubahan.
SAYA TIDAK AKAN BERUBAH
  • Hidup berumah tangga dgn hidup bujang amat berbeza.
  • Sebelum kahwin, anda bebas buat apa sahaja, tetapi lepas kahwin banyak perkara yang perlu dikongsi bersama.
  • "Saya tidak akan berubah" ayat ini tidak perlu ada dalam diri anda dan perkara ini akan memusnahkan perkahwinan.
BERCERAI JIKA CURANG
  • Kecurangan merupakan masalah serius, namun tetap dapat dibaiki keadaannya.
  • Apa yang penting, putuskan hubungan dengan kekasih gelap anda dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
  • Berusahalah untuk memulihkan rumah tangga dan membina kebahagiaan bersama.
  • Keikhlasan hati dan usaha berterusan amat diperlukan.

   Sumber dari Majalah Harmoni, 15-30 Nov  

Titik Santai :   
Saja jerrr kongsi info ni... Sebagai panduan masa depan diri saya sendiri.

BEST FROM THEM, VIEW IT...

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. harap2 perkahwinan saya nanti diberkati dan dirahmati. takut sangat kalau ade masalah lepas kawen :(

    ReplyDelete
  3. minx jauh la dri bcerai berai ni.. huhu.. arap bila kawen t ta jdik cmni.. (kawen nye lmbt g ) :P

    ReplyDelete
  4. bila dah kawen kena pandai la la bawak diri..kena utamakan perasaann
    orang lain jugak..jangan pentingkan diri..

    ReplyDelete
  5. hehehe...dah nak menikah ker???hehehe..sbb tu pepatah omputih selalu cakap.."if u marry someone you have to marry his/her problem too"..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Kahwin utk bersatu,saling memerlukan,saling memahami dan btimbang rasa...kahwin bukan utk bcerai..

    Kalau lah masing2 tak pntingkan diri semua pceraian tak akan berlaku..

    ReplyDelete
  7. yang ko tanye pasal pengunjung papan 2...amik amik dr geng blogger.
    kat:
    setting-widget pelawat.

    ReplyDelete
  8. yg ptg belajar terima hakikat bahawa kehidupan selepas berkahwin berbeza dr sebelum kahwin. kalau x blh terima itu lah punca masalah berlaku

    ReplyDelete
  9. suka no 2... sepatutnya menikahi isteri/suami perlulah terima keluarga jugak kan?

    ReplyDelete
  10. Menarik.. Ade juga topic mengenai penceraian.. Elok utk org yg bakal nk kawin lebih lg yg no 2 tu.. Mcm yg atas nie kate.. (^-^)

    ReplyDelete
  11. sebelum kahwin, kena tau semua benda ni. ;)

    terima kasih berkongsi!

    ReplyDelete
  12. Alam perkahwinan memang berbeza.. perlu bersedia melaluinya....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    Alam perkahwinan mmg banyak dugaan & rintangan.. Kekadang bila kita n pasangan ok.. akan ada masuk campur dari kuarga kita or kuarga pasangan.. so hati dan mental kena sentiasa kuat dan jika kita ikhlas mencintai pasangan.. Insyaallah Tuhan akan permudahkan segalanya walaupun dugaan itu terlalu perit dan hampir meruntuhkan syurga cinta.. Sy dah 11 tahun kahwin dan dah bermacam2 hal terjadi.. tapi berkat kesabaran dan keikhlasan antara satu sama lain.. segala dugaan kami tempuh dgn redha demi membesarkan anak2 yang telah diamanahkan oleh Allah Taala.. Biar apa saja anggapan org terhadap pasangan kita.. jangan pedulikan selagi kita mempercayai antara satu sama lain kerana jika kita or pasangan kita buat perkara yg salah.. Insyaallah Tuhan akan tunjukkan kebenarannya suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  14. Perkahwinan bukan satu perkara yg main2..kalau boleh, kahwin dan tak akan cerai dan berpisah lagi! huh

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.