Monday, November 21, 2011

Malaysia vs Indonesia (Jom Kongsi Komen)

Malaysiaku!!!!
Tanah Air Tercinta

Ulasan Perlawanan :  
  1. 5 Minit perlawanan bermula, gawang Harimau Malaya telah ditembus oleh Garuda... Cukup mendebarkan seluruh penyokong tanah air.
  2. Namun, kelihatan semangat Harimau Malaya tidak setitik pun terhakis dan terganggu dek gol awal Garuda.
  3. Harimau Malaya terus mengasak gawang Garuda tanpa rasa jemu, jelas kelihatan semangat juang putera-putera Malaysia.
  4. Detik 35 minit, gawang Garuda bolos dengan tandukkan Putera Malaysia. Hantaran yang cantik dan disempurna baik oleh Asra (6).
  5. Harimau terus mengasak dan Garuda juga tidak jemu membalas.
  6. Khairul Fahmi agak kerap membuat anggaran dan jangkaan yang silap pada Masa pertama. Namun, Masa Kedua Khairul Fahmi kelihatan begitu fokus.
  7. Masa kedua, benar-benar mendebarkan semua. Serangan balas kedua-dua pasukan. Harimau dan Garuda saling menyerang.
  8. Masa tambahan pula, perlawanan begitu mencabar, jaringan daripada Harimau Malaya dan Garuda begitu mendebarkan penyokong masing-masing. Malangnya, offside disahkan.
  9. Keadaan PADANG juga menduga setiap putera negara kita.
  10. Masa Tambahan membuat semua semakin berdebar. Perlawanan dibawa ke tendangan Penalti.
  11. Di saat hujung masa tambahan, Muslim menjatuhkan Ferdinand (Pemain Indonesia) di dalam kotak penalti, cukup mendebarkan. Bimbang diberi sepakan penalti. Syukur, pengadil bertindak bijak.
  12. Sepakan yang kurang padu daripada stricker Harimau Malaya menyebabkan Khairul Fahmi perlu lebih berkerja keras untuk menyelamatkan sepakan penalti Garuda.
  13. Akhirnya, Harimau Malaya berjaya mempertahakan IBU SEGALA PINGAT... Love You Malaysia...!! Terus Maju. Malaysia menang dengan sepakan penalti 4 - 3.

Titik Santai :-)   
Perasaan saya sepanjang perlawanan adalah gementar. Jantung saya agak terseksa dengan segala serangan Garuda.

Puas hati dengan perlawanan secara keseluruhan. Garuda mahupun Harimau Malaya bermain dengan baik dan masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Malaysia Terus Gemilang... Maju Terus Maju.... 

7 comments:

  1. Tahniah buat Pasukan Harimau Muda! Kemenangan yang sungguh bermakna..

    Post Terbaharu Saya - Malaysia Menang Pingat Emas - Bola Sepak Sukan SEA 2011

    ReplyDelete
  2. Haha...mmg tak sesuai utk mereka yg ada darah tinggi kan..:) anyway, tahniah pasukan Malaysia...terbaikk! Datuk Ong Kim Swee kejap lagi..

    ReplyDelete
  3. Dari mula start perlawanan sampai sepakan penalti, jiwa kacau..bila Baddrol Bakhtiar sepak penalti bagi menang..baru lega..

    ReplyDelete
  4. Perlawanan yg sangat bagus.. dua hebat...

    Jujurnya team garuda muda sangat serasi dan hebat juga.. Terutamanya Bonai.. Profesional dan berjiwa sukan dan bersih (walaupun bukan islam dia sentiasa tunjukkan nilai kerohanian dan persahabatan sesama team dan lawan) .. Tapi lainnya? allah hu alam..

    Cuba reffer ni leeza :D

    olahraga[dot]kompasiana[DOT]com/bola/2011/11/22/timnas-tolong-hilangkan-kebencian-dan-dendam/

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.