Thursday, November 17, 2011

Ombak Rindu (Promosi)

Facebook aku penuh pula dengan promosi OMBAK RINDU yang bakal ditayangkan 1 Disember 2011 nnt. Pasti peminat novel tidak sabar nak tengok movie ni kan. Well, OMBAK RINDU antara novel yang terhangat, well my geng pun dah tak sabar-sabar kot. 

Jommmm saksikan OMBAK RINDU 1st Disember 2011 ini........ GSC boleh, TGV pun boleh..... hahahaha 

Kira nak promote lah ni......


SINOPSIS OMBAK RINDU (novel)     
    
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Titik Santai :   
Sangat berharap movie ni akan menjadi movie terhebat.....


4 comments:

  1. ok ke filem ni?..huhu..salam jentik2 iklan tu juga.. :)

    ReplyDelete
  2. My favourite novel nih! Masa saya tingkatan 3 beli novel ni..memang touching betul. Sampai bengkak2 mata baca. Tak sabar nak tengok filem ni. Hope so, best mcm novel lah..

    ReplyDelete
  3. thanx 4 visit my blog...tk sbr nk tgok cite ombak rindu...hrp2 bestlah..but i dont think da film can compete the novels...hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.