Salam Sejahtera
Sebenarnya review ni dah lama saya nak post, tapi ada beberapa halangan. Entri kali ni berkaitan drama Hong Kong yang ditonton.
Tajuk : Beyond the Realm of Conscience 宮心計
Sebenarnya, saya gemar juga tengok drama HK ni, lagi-lagi pasal kisah-kisah maharaja mereka. Minat juga nak tahu salasilah maharaja negara China.
Berbalik, drama ni sebenarnya banyak pengajaran dan amat rapat dengan kehidupan harian kita.
Antara kata-kata yang sangat meninggalkan kesan :
Kehidupan di dalam Istana, penuh muslihat dan tipu helah
Ayat ni buat saya berfikir, tidak mustahil dalam kehidupan kita, kita dikelilingi orang seperti ini. Jadi haruslah berwaspada.
Kita perlu bersangka baik, berkata yang baik dan berhati baik
Ermmm... Sejauh mana kebenaran ‘Andai kita buat baik, Orang akan buat baik juga dengan kita’? Berapa peratus agaknya ayat itu tepat? 100%? 70%?
Tapi dalam drama ni, seseorang itu tetap akan berbuat baik, berkata baik dan berhati baik walaupun dengan musuhnya atau dalam apa jua situasi. Sebab dia percaya, Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. Yang Baik Akan Dibalas Baik.
Tambahan, drama ni banyak mengajar erti pengorbanan. Contoh :
Pengorbanan Seorang Raja
Berkorban apa sahaja untuk negara yang ditadbir berada dalam keadaan aman dan damai.
Sanggup turun takhta demi menyelamatkan negara dan memastikan rakyat tidak terkorban dalam politik pemerintahan dalam istana.
Pengorbanan Percintaan
Raja yang tidak menggunakan kuasanya untuk menjadikan dayang yang dicintai sebagai gundiknya. Sebab rakannya iaitu pangawalnya sedang bercinta dengan dayang tersebut.
Pengorbanan Seorang Sahabat
Pengorbanan Seorang Ibu
Kesimpulannya, drama ni baik ditonton. Saya amat menyukainya. Sudah pasti yang jahat mendapat balasan diakhir kisah.
Banyak drama HK yang bermutu sebenarnya. Bagi saya drama HK tidak banyak yang romantik jika nak dibandingkan dengan drama Korea.
Sebenarnnya tengok drama pun boleh memberi pengajaran, tauladan dan motivasi kepada kita. Tak kiralah drama itu datang dari negara mana sekali pun.
Titik Santai :
Kita sedang menjalani sisa-sisa 2011,
Moga 2012 menjadikan kita lebih baik dan matang,
Membaiki diri ke arah kebaikan,
Buat Baik, Kata Baik, Hati Baik.
"Rasanya aku pun dah bebas daripada segala jajahan jiwa"