Thursday, December 29, 2011

Beyond The Realm Of Conscience : Review (Good)

Salam Sejahtera

Sebenarnya review ni dah lama saya nak post, tapi ada beberapa halangan. Entri kali ni berkaitan drama Hong Kong yang ditonton.
Tajuk : Beyond the Realm of Conscience   宮心計


Sebenarnya, saya gemar juga tengok drama HK ni, lagi-lagi pasal kisah-kisah maharaja mereka. Minat juga nak tahu salasilah maharaja negara China.

Berbalik, drama ni sebenarnya banyak pengajaran dan amat rapat dengan kehidupan harian kita. 

Antara kata-kata yang sangat meninggalkan kesan : 

Kehidupan di dalam Istana, penuh muslihat dan tipu helah
Ayat ni buat saya berfikir, tidak mustahil dalam kehidupan kita, kita dikelilingi orang seperti ini. Jadi haruslah berwaspada.

Kita perlu bersangka baik, berkata yang baik dan berhati baik
Ermmm... Sejauh mana kebenaran ‘Andai kita buat baik, Orang akan buat baik juga dengan kita’? Berapa peratus agaknya ayat itu tepat? 100%? 70%?

Tapi dalam drama ni, seseorang itu tetap akan berbuat baik, berkata baik dan berhati baik walaupun dengan musuhnya atau dalam apa jua situasi. Sebab dia percaya, Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. Yang Baik Akan Dibalas Baik.

Tambahan, drama ni banyak mengajar erti pengorbanan. Contoh : 

Pengorbanan Seorang Raja
Berkorban apa sahaja untuk negara yang ditadbir berada dalam keadaan aman dan damai.
Sanggup turun takhta demi menyelamatkan negara dan memastikan rakyat tidak terkorban dalam politik pemerintahan dalam istana.

Pengorbanan Percintaan
Raja yang tidak menggunakan kuasanya untuk menjadikan dayang yang dicintai sebagai gundiknya. Sebab rakannya iaitu pangawalnya sedang bercinta dengan dayang tersebut.

Pengorbanan Seorang Sahabat
Pengorbanan Seorang Ibu

Kesimpulannya, drama ni baik ditonton. Saya amat menyukainya. Sudah pasti yang jahat mendapat balasan diakhir kisah. 

Banyak drama HK yang bermutu sebenarnya. Bagi saya drama HK tidak banyak yang romantik jika nak dibandingkan dengan drama Korea. 

Sebenarnnya tengok drama pun boleh memberi pengajaran, tauladan dan motivasi kepada kita. Tak kiralah drama itu datang dari negara mana sekali pun. 

Titik Santai :   
Kita sedang menjalani sisa-sisa 2011,
Moga 2012 menjadikan kita lebih baik dan matang,
Membaiki diri ke arah kebaikan,
Buat Baik, Kata Baik, Hati Baik.
"Rasanya aku pun dah bebas daripada segala jajahan jiwa"

17 comments:

  1. huhu..
    lama dah tak tengok cite hk..
    sejak dok asyik tgk drama korea ni..-_-'

    ReplyDelete
  2. Cerit aini maksudnya berkisar seorang pemimpin yang baik!!!
    Sekarang susah nak pemimpin yang baik... DAN JUJUR

    ReplyDelete
  3. lama dah tak tgk drama cina nie..last dulu tgk kat tv2 kul 7.00 malam..tapi lupa plak citer ape..tapi drama macam nie sekali tengok memang bleh melekat sampai abis..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. wah sungguh menarik.suka cerita2 yang iberinspirasi dan bermessage ni.. :) tapi ini bukan masanya sebab tengah sibuk exam ni.. haha

    ReplyDelete
  5. samela, dulu pn cik suke tgk cite cina, tp skrg dh kurang, xtau nk tgk kt mne, huhuhu..

    ReplyDelete
  6. eh nad suka sangat tengok cerita cina tau..:)

    www.nornadiah.com

    ReplyDelete
  7. Good start for 2012
    "Buat Bak, Kata Baik, Hati Baik"
    i likeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  8. aie layan forensic heroes drama hong kong yg superb best...dari musim satu sampai 3 yg terbaru ni aie layan...dapat tgk cara2 dorg selesaikan misteri,lebih kurang macam CSI jugak,hee

    ReplyDelete
  9. fuiyooo..blog da berubah wajah..

    ReplyDelete
  10. suka tgok cite HK polis yg petang2 tv 2 dulu..ehh..tu cite HK ke??? :D

    ReplyDelete
  11. dah lama ndak tengok cerita dari drama lebih2 lagi dalam istana...

    ReplyDelete
  12. sayang..boleh download tak??

    p/s :: jom la join contest nad..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.