Friday, December 9, 2011

Kebodohan Yang Memakan Diri

Hello readers. 

Kali ni nak kongsi kisah dongeng. Sebenarnya nak letak gambar ular, tapi saya sendiri geli melihat gambar-gambar ular di yang dicari di google. Jadi saya teruskan jer lah dengan kata-kata tanpa gambar.... Cerita yang diadaptasi daripada sebuah buku motivasi : 50 Madah Pujangga Masyarakat China.

Terdapat seorang tuan rumah sedang mengadakan pesta. Dia ingin menghidangkan jus anggur kepada para tetamunya, namun kuantitinya tidak mencukupi.

Maka dia mengadakan pertandingan untuk merebut anggur tersebut. Arahan pertandingan :
  1. MELUKIS SEEKOR ULAR PADA LANTAI.
  2. SIAPA YANG SIAP DAHULU, DIKIRA PEMENANG.

1 ... 2... 3.... Mulaaaaaaa.........!!!!!!!

Abu dapat menyiapkan lukisan dalam masa yang singkat. Dia pun ambil jus anggur tersebut namun dia tidak meminumnya. Sebab dia melihat tetamu lain masih belum menyiapkan lukisan mereka.

Lalu, Abu menambah kaki pada lukisan ularnya. Sedang dia melukis kaki pada lukisan ularnya, Ali telah menyiapkan lukisan ularnya. Ali merebut jus anggur tersebut. Mereka berbalah antara satu sam lain.

Tuan rumah berkata :
"Awak belum selesaikan lukisan awak kerana awak sedang melukis kaki ular! Kenapa awak perlu tambah kaki pada ular itu."

Akhirnya, Ali telah mendapat jus anggur itu.

PENGAJARANNYA :
Lakukanlah sesuatu itu sebagaimana seharusnya. Janganlah kurang mahupun lebih. Hal ini kerana menambah apa-apa yang tidak perlu akan menyebabkan yang betul menjadi salah walaupun masih mempunyai masa.

Cuba lakukan perkara lain yang lebih berguna.
Atau, gunakan masa tersebut untuk berehat agar fikiran anda lebih segar untuk melakukan perkara berikutnya.
Titik Santai :   
Orang yang bertindak keterlaluan akan merugikan diri sendiri. Lakukan semua perkara dengan penuh kesederhanaan.

Adakala sesuatu perkara itu tidak perlu kita lakukan.. Tapi kenapa kita tetap nak buat dan akhirnya kita sendiri yang rugi.. kita sendiri yang terluka.... Renung-renungkan.....





15 comments:

  1. Terima kasih sebab follow blog tak seberapa saya... Salam perkenalan... Selamat berblog... :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe,, selesaikan kerja yang dahulu, buat seterusnya bile kerja yg lame tu da siap...kan kak??

    ReplyDelete
  3. Entri yang menarik
    terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog saya.
    Salam perkenalan ^_^

    ReplyDelete
  4. same mcm buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali..

    ReplyDelete
  5. aduh..abu..abu..mana ade ular ade kaki..hikhik..citer nie mempunyai moral yg practical untuk digunakan..hehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. hehhe....nk gambar ular!!!

    ReplyDelete
  7. hehhe....nk gambar ular!!!

    ReplyDelete
  8. hehhe....nk gambar ular!!!

    ReplyDelete
  9. kadang2 kita susah nk berpuas hati dengan apa yg kita ada,..sedangkan apa yang ada sudah memadai..

    ReplyDelete
  10. kelakar jer ular ada kaki..hehe

    *yup betul tu,kadang agak terlebih2 pun lain pula jadinya...

    ReplyDelete
  11. jangan na lebeh2.. huhu..

    btw , owner blog 22 tpi most entry ara yg tulis.. iz tulis cket jew entry n stiap entry dia ara ada letak kt 1 page :)

    ReplyDelete
  12. ketidakpuashatian selalunya sering mendatangkan kerugian. bersederhana itu sebaiknya kan. entry ini betul-betul meninggalkan kesan.

    ReplyDelete
  13. macam mana ye nak join tunas tu?aie berminat juga ni,nak ketengahkan bahasa dlm penulisan...

    ReplyDelete
  14. nice words.. sangat inspiring.. :)

    ReplyDelete
  15. betul tu..kesederhanaan adalah cara hidup yang terbaik ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.