Wednesday, December 14, 2011

Kisah Tauladan: Kejujuran Yang Melampau

Salam Sejahtera ...

Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang dari negera Dayasari yang menceburkan diri dalam perdagangan mutiara. Dia bercadang menjual mutiaranya di negara Cenderawasih.

Untuk menjadikan mutiaranya kelihatan cantik, pedagang itu meletak mutiaranya ke dalam kotak yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Kotak itu diukir serta ditabur dengan sejenis serbuk yang menghasilkan bau wangi yang lembut.

Suatu hari, semasa pedagang itu menjual mutiaranya, seorang pembeli  melihat kotak-kotak tersebut dan tertarik untuk membelinya. Pembeli itu membeli salah satu kotak tersebut.

Pulang ke rumah, apabila pembeli membuka kotak tersebut, terdapat mutiara di dalamnya. Pembeli berasa sangat hairan kerana dia hanya mahu membeli kotak tersebut. Pembeli menyangka pedagang tersebut telah melakukan kesilapan.

Wajarkah pembeli memulangkan semula mutiara tersebut????

Kisah dipetik daripada 50 Madah Pujangga Masyarakat China

Titik Santai : 
Adakala saya tertanya dimanakah letaknya kejujuran?
Andai kita menghadapi situasi seperti di atas... Apa yang harus kita lakukan?
Sama ada kita perlu pulangkan ? 
Atau kita pergi kedai tu, dan periksa kotak-kotak yang lain.


4 comments:

  1. kalau berisiko dan jauh untuk pulangkan, mungkin diamkan saja. tapi jika ia langsung tidak menyusahkan, pulangkan sajalah. kejujuran ni ada yang harus ada juga tak perlu. bergantung kalau bagi aku.

    ReplyDelete
  2. kita perlu pulangkan cik lieza.. hehe.. kasi balik tuan kedai..

    ReplyDelete
  3. better pulangkan bila beli dgn harga kotak..klo peniaga halalkan..itu rezeki namanya~boleh ke?

    ReplyDelete
  4. hmmm sebab tuh la dalam urusan jual beli kite kene tanya betul2 apa yang nak dibeli dan harga yang betul. supaya kemudian hari tak jadi hal lain. hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.