Friday, December 2, 2011

Review Ombak Rindu : Saya Dah Tengok

Salam semua... tayangan pertama OMBAK RINDU di TGV Cheras Selatan pada jam 12.05tengah hari telah menjadi pilihan saya untuk menonton filem melayu yang dinanti-nantikan ini. Bukan apa, saya ni gemar juga membaca novel. Novel yang sentiasa bertakhta di hati : 
  1. Andai Itu Takdir-Nya, dan Semua hasil karya Siti Romizah
  2. Bicara Hati
  3. Ombak Rindu
  4. Pergilah Sepi (Tak tahu mana pergi novel ni...)

Jadi, saya nak lihat sejauh mana mesej dan perjalanan kisah Ombak Rindu versi Novel dapat disampaikan dalam bentuk Filem. Lepas menonton tadi, inilah persepsi saya. Barangkali persepsi ini sedikit sebanyak terpengaruh dengan pengalaman saya yang pernah membaca novel ini.

  1. Saya berpendapat kurang memberi impak jika dibandingkan dengan membaca novel itu sendiri.Tapi ....... novel dan filem kan beza....
  2. Sudah semestinya novel mempunyai dunianya dan filem juga begitu, jadi saya tidak mahu berkata Novel lebih best berbanding Filem.
  3. Ringkasnya, saya beri 3.7 bintang
  4. Sebab bukan 4 bintang, kisah itu terlalu cepat dan belum sempat nak rasa sedih  max dah tukar babak. (ini pendapat saya) dan orang kiri kanan saya lain pendapat mereka...
  5. Jujurnya, cerita ini masih dalam rate yang baik. Andai diberi peluang menonton, saya nak tengok lagi. 
  6. YANG BELUM TENGOK, CEPAT-SEPAT SIKIT PENUHKAN PANGGUNG YER.....
  7. Tahniah.. Lagu memang mantap sangat-sangat... 4.5 bintang
  8. Lokasi pengambaran... 5 bintang... Saya sangat suka lokasi pengambaran. 
  9. Pelakon tak perlu cakaplah kan.. sememangnya 5 bintang....
Titik Santai : 
Masa menonton tadi, banyak kisah di sebaliknya....
Nak Tahu kisah... Baca entry seterusnya (SINI) ... Lawak pun ada....
Akhir kata, Ombak Rindu boleh diletakkan sebagai sebuah filem adaptasi yang baik. Pergi tengok cepat sih....



 

5 comments:

  1. Novel dibaca selama 4-5 jam..filem terpaksa dipendekkan ke 2 jam.. Jadi tak bleh masukkan semua.. Nantikan juga drama bicara hati di astro tidak lama lg.. Dari pengarah yg sama.. Osman ali.

    ReplyDelete
  2. macam best ja? hehe macam nak pergi tengok tapi takkan nak pergi tengok sorang2 sah2 la yang pergi kapel2 adoi.. haha.. klu pergi ngn sorang membe laki len mesti kena label gay.. klu g sorang2 mesti kena label " isk mamat ni mesti lepas putus cinta ni~ kesian dia.." bhhahaha '=.=

    ReplyDelete
  3. betul la komen si anonymous tu
    filem nih lebih bermain pada masa
    namun Ombak Rindu 10 kali menarik dan tidak mengecewakan seperti filem LBS
    :-)

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/12/review-filem-ombak-rindu.html

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya, aku tak baca novel ombak rindu. Langsung tak berpeluang..Tapi, boleh pula aku baca novel sambungan cerita ombak rindu..Ada watak kembar Izzah...

    Hmmm..sampai pawagam..full!!..

    ReplyDelete
  5. novel dah baca tapi drama tak tengok..hmmm...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.