Friday, February 25, 2011

Nangis & Nangis ..


Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan… Si Lulu berasa lain dan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Pusing kanan dia rasa hambar, pusing kiri dia rasa suram, pusing 360 darjah dia pening… Hari tersebut dilalui oleh Si Lulu penuh perasaan duka. 

Rakannya call, bercakap punya bercakap… bla bla bla…  Kah kah kah… hehehe hohoho…. Sejarah mungkin ber........... errrrrr
 
Si Lulu tiba-tiba menangis….  rakannya bercakap sesuatu… Tapi Si Lulu tak nangis sebab apa yg kawannya cakap… Si Lulu nangis tanpa sebab & air mata tanpa putus mengalir... tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kategori menangis habis habis punya… mcm kehilangan sesuatu lah..

 
Si Lali  : Knp ko nangis ?
Si Lulu : aku sedih tiba2…. Nangis & nangis & nangis …
Si Lali : dah lah…. Buruk gilerz….
Si Lulu : dah nk nangis, nk uat mcm mana….

Blaaaa blaaaa……

Malangnya, Si Lulu tak tahu kenapa dia nangis.. ???? buntu… !!! dia nangis & nangis & nangis.. perkara macam ni selalu jadi kat Si Lulu..

 
PERSOALAN :
Kenapa Si Lulu menangis ?
Pada pendapat kalian, mungkinkah terdapat sesuatu yang tersirat yang Si Lulu sendiri tidak tahu kenapa dia nangis…..
Pandangan anda ……:-)


Wednesday, February 23, 2011

S.E.J.A.R.A.H.



zzZZZzzzzz
Di sekolah, bila cakap pasal sejarah, perkara utama yang terpancul dari mulut pelajar, “bosan……”, “ngantuk…..”. Maka binggunglah kita dibuatnya… belajar Sejarah sekadar nak lulus exam, tapi penghayatannya sifar…. “boleh tahan’lah”… (gaya aku cakap)

Tidak perlu melihat jauh, contoh terdekat, aku sendiri tidak mampu memberi sepenuhnya minat aku pasal sejarah. Tapi putaran masa dan perkembangan sekeliling adakala membuat aku ingin mengetahui tentang sejarah. Kenapa? Mengapa? Benarkah?

RINGKASNYA :  
mungkin terlambat utk aku tahu sekarang, tp sekurang2nya ada keinginan. 
(1) Bagaimana wujudnya berbilang kaum di Malaysia (Tanah Melayu)? [secara tepat]
(2) Keaslian/kebenaran/ketepatan sejarah yang aku tahu.
(3) Gambaran yang lebih jelas tentang sejarah negara.

Persoalan yang bermain ini sebenarnya aku terfikir apabila aku terpanggil membaca coretan Tun Mahathir.

13. Saya telah baca buku teks sejarah dan saya dapati banyaklah peristiwa yang penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku-buku ini.
14. Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru, sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran.


 Aku tidak yakin untuk memberi pendapat seandainya aku tidak mempunyai fakta yang kukuh. Namun, aku bersetuju dengan coretan Tun Mahathir iaitu :

11. Kita semua belajar dari pengalaman. Jika zaman ini lebih baik iklimnya daripada dahulu sebabnya ialah kerana kita tidak amalkan kesilapan-kesilapan dahulu. Kita telah belajar dari pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian dari sejarah.

12. Jika kita lupakan atau ketepikan pengalaman dahulu yang kita alami tak dapat tidak pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

Kini aku tengah baca novel Interlog (pinjam orang punya, hehehe) untuk mengatahuinya. Mungkin tidak banyak yang dapat diketahui, sekurang-kurangnya aku dapat gambaran zaman dahulu.   Like!

"Buku apa kau baca tu?? INTERLOG!!! Perghhh ....
"Leeza baca Interlog???"...   

kawan-kawan aku pelik wo.... aku pun buat muka baik, "boleh tahan'lah"

AKHIR :
Sejauh mana tahap pengetahuan anda tentang sejarah negara anda?
[1] – Secara dasarnya sahaja. Setakat bila merdeka, siapa Perdana Menteri ......
[2] – Apa yang pernah belajar masa sekolah, so far ingat...
[3] – ketegori mengetahui perkembangan sejarah negara dengan baik... sikit-sikit jer yang tak tahu pun.

Tuesday, February 22, 2011

Bandung, Indonesia.

Hari Raya Aidilfitri Pertama, 2010


Tercipta 1 sejarah dalam perjalanan hidup aku... Mula melangkah menjauhi tanah air ini... Tak ada apa-apa pun sebenarnya, saja ingin beraya di suatu daerah yang asing ...  taaadaaaaa

TAMAN WISATA ALAM, TANGKUBAN PARAHU
 
Pengalaman yang indah, namun suasana hari raya semestinya tidak terasa. Kadang-kadang tu memang ar rindu gak bila fikir. Tapi aroma sekitar sini, buat aku lebih fokus nak tutup hidung. Bau busuk.. serius wooo .... hehehehe

Gerai-gerai di Tangkuban Perahu

MASA UNTUK MENJAMU SELERA. No Lemang, No Ketupat, No Rendang!!! Yang aku jamu pada 1 syawal ialah ........... taaadaaaaaa >>>>>>

-IGA PEDAS-
 Memang pedas, aku makan telan jer sebab dah lapar.. Tapi sedap ar.. IGA mmg enak sekali....

-Gerai Bergerak-

-Gerai Bergerak Penjalan Kaki-

Hidangan Santai & Sempoi
Gerai macam ni memang banyak lah kat Bandung.. Sebenarnya aku suka gak benda-benda unik macam ni.. Lepak-lepak, santai-santai tengok budaya masyarakat kat sini kan.. tapi tak faham pun apa diaorang cakap.

Seminggu spend time kat Bandung & kembali ke tanah air selepas zon aidilfitri reda... No rendang, No Ketupat, No Lemang 2010... Tersiratnya aku lega... Tersuratnya: aku dah sampai Bandung!!!