Monday, March 14, 2011

1 Sukan 1 Murid

1 MURID 1 SUKAN

LATAR BELAKANG
  • Wajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan FPK yg bhasrat utk melahirkan insan yang seimbang.
  • Dasar ini juga selaras dgn Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui strategi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.
MATLAMAT:
  • Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
KONSEP:
  • Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
  • membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
  • memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi
OBJEKTIF:
  • Meningkatkan kecergasan jasmani
  • Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
  • Memupuk perpaduan di antara kaum
  • Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid
  • Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal
  • Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan
Boleh lihat penerangan lain di web ini :
http://hujungjarimu.blogspot.com/

Sunday, March 13, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa (+Pantun)

Hikayat Merong Mahawangsa

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

Pantun yang digunakan dlm HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.
RATING : 4.5 bintang / 5 bintang
Kesimpulan yang boleh dibuat, citer ni mmg patut ditonton. Grafik yang baik.. (jgn tndingkan dgn citer luar lah) ... 
Kisah yang bermakna... sekurang2nya kita dapat tahu lah pasal hikayat ni...

LAGU : Sedetik Lebih _Anuar Zain
 http://www.4shared.com/audio/_cG2cWq4/Anuar_Zain_-_Sedetik_Lebih.html

p/s : pergi menonton citer ni k.... and kongsi pengalaman & pendapat anda..... daaaaa

Wednesday, March 9, 2011

Kiasan: Tiada Kemahiran Tapi Memanfaatkan Peluang

-Seruling-
Raja Xuan dari negara Qi berkuasa pada zaman Negara Berperang (475 - 221SM). Beliau merupakan seorang yang sangat suka pada permainan muzik TIUP YU (sejenis seruling).  Untuk mencukupkan jumlah pemain muzik TIUP YU, raja mengumumkan pendaftaran untuk mengisi kekurangan pemain.

Mendengar pengumuman itu, seorang pemuda bernama Nan Kuo berminat untuk berdaftar menjadi anggota kumpulan orkestra tersebut. Malangnya dia tidak tahu main muzik pun. Tetapi .....

Dia pergi berjumpa raja dan menyatakan dia merupakan ahli muzik TIUP YU. Mendengar perkara tersebut, raja dengan gembiranya menerima Nan Kuo sebagai ahli orkestra.

-Main Muzik-
Setiap persembahan yang dilakukan oleh kumpulan orkestra itu berjaya membuat raja gembira. Lagu yang dimainkan sungguh indah dan alunan muzik sangat lembut, merdu dan sedap didengar. Bayaran diberikan kepada kumpulan orkestra itu.

Hakikatnya, Nan Kuo hanya berpura-pura meniup alat muzik itu. Perkara ini tidak disedari oleh sesiapapun sebab Nan Kuo hanya 1 orang daripada 300 orang yang hebat bermain alat muzik itu.

Perkara ini berterusan sehinggalah raja Xuan mangkat dan digantikan dgn putera beliau. Oleh sebab pengganti raja Xuan lebih meminati muzik solo, Nan Kuo terpaksa mengundur diri kerana dia bimbang penipuannya terbongkar.

Duit Emas!!!!
Walaupun Nan Kuo terpaksa undur diri, tapi dia telah menerima bayaran dan mendapat keuntungan di atas kepura-puraannya.

PENDAPAT:
  1. Jangan jadi seperi Nan Kuo kerana menipu itu TIDAK BAIK..
  2. Jika ada peluang kenapa tidak dimanfaatkan....
PERSOALAN:
  1. Yang mana satu pilihan ANDA???????
Kisah ini kupetik daripada sebuah buku yang menceritakan tentang kisah masyarakat China dulu.

Monday, March 7, 2011

Kuda vs Anak


Di sebuah desa yang diberi nama DESA SANTAI, hiduplah seorang pak cik tua dengan anaknya. Mereka memelihara seekor kuda. Pada suatu petang, satu-satunya kuda yang dipelihara itu telah menghilangkan diri. Mendengar khabar itu, jirang-jiran dapat melawat untuk menyatakan simpati. 

Orang tua itu berkata: “ Terima kasih jiran-jiranku. Saya menganggap bahawa kehilangan kuda ini bukanlah perkara buruk pada saya.” 

Beberapa bulan kemudian, kudanya telah kembali bersama seekor lagi kuda lain. Jiran tetangga pun datang untuk mengucap selamat. 

Orang tua itu berkata: “Walaupun saya telah dapat seekor kuda lagi, tidak bermaksud suatu keuntungan buat saya.” 

Pada suatu hari, anaknya menunggang kuda tersebut dan terjatuh. Kaki anaknya patah. Para jiran datang melawat meluahkan simpati. 

Orang tua berkata: “ Bagaimana kalian yakin kejadian ini sesuatu yang buruk?” 

Tidak lama selepas peristiwa itu, kerajaan meminta pemuda yang sihat tubuh badan wajib menyertai pasukan tentera ekoran daripada kekurangan anggota tentera untuk berperang ketika itu. Oleh sebab anak Orang tua itu patah kakinya, maka anaknya terlepas dari menyertai pasukan tentera. Hampir kesemua yang ikut berperang telah mati. 

PERSOALAN:
  1. Mana 1 yang untung? Mana 1 yang rugi? 
Ketika Orang tua kehilangan kuda, siapa yang tahu perkara itu ada kebaikan?
Anda merelakan hilang kuda atau hilang anak??????

Sunday, March 6, 2011

Kasih Ibu vs Wang Ringgit


Aku menghabiskan hujung minggu di Kinokuniya setelah penat berjalan melihat ibu kota. Berbagai-bagai ragam manusia dapat kulihat. Aku terbaca sebuah buku di Kinokuniya dan kisah tu memang menyentuh perasaanku. Renungkan ... ...

Seorang ibu tidak jemu-jemu menanti kepulangan anaknya. Memang anaknya tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang kepadanya namun bukan itu yang si ibu harapkan. Setelah berbulan lamanya si ibu menanti, akhirnya anaknya pulang setelah beberapa kali disuara oleh si ibu.





IBU : Anak sihat? Macam mana kerja?
ANAK : Sihat! Kerja bertimbun bu, projek sana sini. Sibuk.
IBU : maafkan ibu sebab suruh balik.
ANAK : Ada apa-apa yang tak cukup ke kat rumah ni? Sampai nak saya balik.
IBU : Ibu nak tanya sikit boleh? (si anak berdiam & melontar pandangan ke luar.) Berapa pendapatan anak setiap bulan?
ANAK : (Berasa bengang bila ibunya bertanya demikian). Kenapa ni bu? Tak cukup ke duit yang saya bagi.
IBU : Kalau dihitung purata gaji kamu, berapa sehari yang kamu dapat?
ANAK : (Masih dalam keadaan yang bengis)

Ibu mendesak anaknya, ibunya juga berjanji tidak akan meminta apa-apa, sekadar ingin mengetahui.

ANAK : Lebih kurang seribu. (Jawab si anak dengan anggaran yang kasar.)
IBU : Boleh tak ibu nak minta RM200.
ANAK : Ibu, kalau ibu nak duit, ibu telefon je, saya kirimkan. Tak perlu saya balik sini semata-mata nak bagi RM200 kat ibu. Saya banyak kerja nak uruskan. 

Si anak menghulurkan 4 keping 50 ringgit untuk ibunya.
Ibu masuk ke bilik dan keluar bersama-sama 20 keping 50 ringgit dan diserahkan kepada anaknya. Si anak kehairanan.

IBU : Ameklah seribu ringgit itu. Temankanlah ibu sehari di desa ini. Sesungguhnya ibu merindui kamu.
Si anak terdiam dan berasa kesal.

Kisah seperti ini juga boleh dijadikan tauladan kepada ibu bapa. Barangkali anak-anak juga berharap seperti SI IBU dalam kisah di atas.

 
PERSOALAN:
Kenapa sukar bagi kita menghargai sesuatu yang masih ada?
Kenapa sukar bagi kita menilai yang mana lebih penting?
Sejauh mana wang ringgit akan menghanyutkan kita?
Kasih sayang mampu dibeli dengan wang ringgit? 



P/s: Tiada Kasih Setulus Kasih Ibu Sendiri....