Saturday, April 30, 2011

Kucing Itu, Manja namanya!

Hello ..... 
Ni kucing kesayangan adik aku yang bernama MANJA da Gendut ...
 
 




^^ Dialog ^^
 pahal amek gambar aku jer dari tadi. Stop it!!!!


^^ Dialog ^^ 
 eiii apa tu??? amek gambar aku lagi...
Nak nyorok, malangnya tak dapat, MANJA lagi besar dari batang kayu tu... + terkejut kot tgk kamera... macam nak terkam!

~~~~~~
 
CARA TIDUR MANJA yang tersohor!

 Macam nak tepuk jer .... Geram  tengok dia tido 
zzZZZzzzz

 Barangkali sedang mimpi something yang buat MANJA terkejut kot..
Owww My God!

~~~~~~
 First MANJA duduk belakang lap top aku, atas sebab apa aku tak sure ar kan. Dia selit belakang tu, ngam2 lah nak selit badan dia yang besar tu...
aku tak kesah...

Lepas tu..... ~~~~~
 Boleh tahan lah... dia amek port aku study.. Kiranya dia dah naik takhta lah... Tahniah MANJA.. Kau bakal jadi cikgu, pendidik anak bangsa kew? 
Tak boleh tahannya...
Dia punya muka selamba + tak bersalah...

~~~~~

>> Kucing Kesayangan Adik Aku...

PERTANYAAN :
  1. Cuba teka, aku study di mana????
 

Monday, April 25, 2011

Kawan Baik Adalah Buku_Jangan Bersedih


Dipetik daripada "JANGAN BERSEDIH". Ingin dikongsi bersama:

Sesetengah daripada sebab kebahagiaan itu ialah meluangkan masa untuk mengkaji, membaca dan mengembangkan kekuatan fikiran dengan kebaikan.

Al-Jahiz menasihatkan agar membaca dan mengkaji supaya kita boleh menghalau kesedihan.
Katanya:

BUKU ADALAH KAWAN DUDUK YANG TIDAK AKAN MEMUJIMU DENGAN BERLEBIHAN,
SAHABAT YANG TIDAK AKAN MENIPUMU dan KAWAN YANG TIDAK MEMBUATMU BOSAN. 

DIA ADALAH KAWAN YANG SANGAT BERTOLAK ANSUR YANG TIDAK AKAN MENGHALAUMU. 

DIA ADALAH TETANGGA YANG TIDAK AKAN MENYAKITIMU dan DIA ADALAH KAWAN YANG TIDAK AKAN MEMAKSAMU MENGELUARKAN APA YANG KAMU ADA. 

DIA TIDAK AKAN MEMPERLAKUKANMU DENGAN TIPU DAYA, TIDAK AKAN MENIPUMU DENGAN KEMUNAFIKAN DAN TIDAK AKAN BERBOHONG.

# Buku adalah sesuatu yang memberi dorongan untuk mencuba, menggunakan akal, membentuk keperibadian, menjaga kehormatan, meluruskan agama dan mengembangkan harta mereka. #

Wednesday, April 20, 2011

Ibarat Main Biola Di Depan Lembu


SeLepas menonton MAHARAJA LAWAK minggu ke-3, memang syok sangat dan menghiburkan. Pada mereka yang berduka, tontonlah MAHARAJA LAWAK.. 

terima kasih kepada Azriyanti Sahabe Marubi kerana syor kan saya menonton video ini.
Santai beb!! 

Habis Madu Sepah Dibuang
Dapat Gading Bertuah, Tanduk Dilupakan
Hati ini hanya menyerap, Hatimu hanya memantul
Ibarat memberi kera bunga
Ibarat bermain viola di depan lembu
Ibarat mencurah air ke daun keladi
Ibarat rusa masuk ke kampung

Sayonara!!! 

Monday, April 11, 2011

Ibu Kandung, Ibu Tiri, Ibu Angkat ?

Tidak semua orang mempunyai IBU TIRI dan mungkinkah semua orang ada IBU KANDUNG???

Ibu Tiri = Jahat??
Ibu Kandung = Baik??
Ibu Angkat = Kasih?
Perkara ini terlalu abstrak untuk diluahkan.. 
Kenapa? 
Mengapa? 
Setiap orang berbeza maka apa yang dilalui itu pasti berbeza.

Yang pasti.. Tidak kira 
IBU KANDUNG
IBU TIRI
atau 
IBU ANGKAT

Seandainya .. Sekiranya .. 
DIA melayan kalian dengan baik 
serta
menunjukkan TANGGUNGJAWAB dan KASIH mereka

MAKA ... Wajarlah kita!!!
Menyayangi mereka seperti IBU SENDIRI.

Tiada ribaan selembut ribaan IBU SENDIRI
Tiada kasih setulus kasih IBU SENDIRI
Tiada nyanyian semerdu IBU SENDIRI
Tiada bebelan sepanjang IBU SENDIRI
dan akhir sekali
Tiadalah kita seandainya tiada MEREKA.....

P/S : Sayangi seluruh ahli keluarga anda...