Tuesday, May 31, 2011

Buku Sejarah vs Iphone 4


BUKU NOSTALGIAKU
Buku itu memberi nostalgia pada aku. Yeah.. Aku suka buku itu. Just a simple note book, but buku itu sebagai tanda sejarah hidup aku..

IPHONE 4 
Iphone 4 merupakan gadget yang bermakna pada hari ini. Segalanya telah diperolehi... daa~

TITIK SANTAI :
Terus Melangkah Menjauhi Kenangan Silam Yang Tidak Dijangka Telahpun Kubur Serinya....

** Klik sini**

Sunday, May 15, 2011

HaVen Restaurant

Haven Restaurant 
Pusat Pelancongan Menara Tinjau,
Jalan Ampang - Ulu Langat,
43100 Bukit Langat, Selangor.


14 Mei 2011, 9.25PM

Selak-selak Menu, buntu nak makan apa!!! 
So aku pun suruh ADIK AKU YANG PRO tu pilihkan....

Ni Menu aku
JUICY LAMB RACK (RM26.00)

Cikgu RiNa punya!!
GRILL CHICKEN (RM25.00)

Ni cikgu Raja punya!!
SIRLION STEAK (RM28.00)


Ni Menu Arif Shah Order!
MIX PIZZA (RM35.00)


da Great Menu!!!
LOBSTER (RM79.00)
aDik aku order gak...
Tapi memang puas hati lah.... sedap...
yummieee.....

Secara keseluruhannya memang puas hati... Bayar untuk makan & enjoy view kat sini... Sangat kenyang! dan sangat seronok!!!!

Dah kenyang... jom balik!!

 NI JUMLAHNYA... Keseluruhan... puas hati lah....
sesekali.... adik aku paling banyak memberi komen.. well dia kan bakal tukang masak lah konon!


Daaa~ SeLamat Menjamu Selera.

Titik Santai :
Di puncak kutemui ketenangan itu.
Di puncak segalanya kulihat dengan jelas.
Di puncak segelanya terungkai.
Tiada lagi kepalsuan.
Tiada lagi ketulusan.
Segalanya kuketahui....



Sunday, May 8, 2011

Arita Kasuma

TAJUK : ARITA KASUMA

Sering  berulang-ulang pula membaca bait ayat itu.
Tidak menyalahkan lelaki mahupun memenangkan perempuan.
Tapi bait-bait ayat mengukir sejuta makna.
Apa yang dicoret boleh dinilai oleh sesiapa sahaja pada perspektif yang berbeza-beza.
Tidak membawa makna cinta kepada penari papan kekunci ini ...

"Andai Dia Mampu Memutarkan Hari Ini Menjadi Semalam, Bumi Takkan Dibanjiri ... "

Bermakna bagi penari papan kekunci ini ... 
Dikupas tidak bererti kerna mana mungkin penari papan kekunci bisa memutarkan masa ... 

Segalanya hanya khayalan bukan? mainan minda bukan?





"Andainya dia ada pilihan, dia akan putarkan hari ini menjadi semalam."


Pandangan : Novel yang mencorakkan erti pada diri. Boleh juga dijadikan motivasi. Novel lama yang telah dibaca berulang kali.








Titik Santai : "Andai" mana mungkin bisa wujud dalam putaran hidup ini. Jangan dikesal, jadikan tauladan.