Wednesday, June 29, 2011

Eclipse dan Kata-kata

Santai di situ, Santai di sini ...
Eclipse dan Kata-kata menjadi penghias entry...

 Setitik air boleh membelah batu BUKAN kerana derasnya TETAPI dengan seringnya mengalir

 Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan KEGELAPAN
 
 Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan MASALAH
Semakin dekat ianya datang menghampiri kita ...


Titik Santai :
Berkongsi kata-kata dan gambar yang dirakam pada masa terluang...
Terus melangkah dan masa pun berputar...
Kebenaran kian menghampiri...
Noktah ditemui...

Sunday, June 26, 2011

Kenapa Mata Gajah Kecil?

Persoalan : 
Sejauh mana kebenaran kenyataan ini,
"Sebab mata GAJAH kecil.. agar GAJAH tidak riak / bangga dengan dirinya yang besar"
Berikan Pendapat Kalian ....








Tinggalkan Pesanan / Pendapat Anda....

Saturday, June 25, 2011

Kurangkan Kolestrol : Pengambilan Buah-buahan

Santai pada kali ini berbicara pasal KURANGKAN KOLESTROL!!!
Entry yang ditujukan khas kepada KakiLepak ... hahahaha

Pengambilan buah-buahan, antaranya :

Jambu Batu menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
BETIK boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.

NENAS menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja

 PISANG EMAS  boleh diambil sebanyak 4 atau 5 biji sehari dalam tempoh empat minggu.


Titik Santai :
Amalkan hidup sihat .... 
Info ini dipetik daripada blog ini ... 




Klik Churp churp

Thursday, June 16, 2011

2 reka bentuk Kad Jemputan Pilihan

Seketika berkongsi tentang reka bentuk kad jemputan... 2 jenis reka bentuk menjadi pilihan dan menjadi keunikan pada pandangan mata ini.

 Kad Jemputan Perkahwinan Ning Baizura ... 


 Kad Jemputan yang diterima daripada pengetua SMK Dato Onn ..

Titik Santai :
Pada aku, 2 kad jemputan ni unik, tapi pasti harganya juga unik ....

Klik Klik 

Tuesday, June 14, 2011

Perkampungan : Madura, Indonesia.

Kali ni aku nak ketengahkan pengalaman dan pemandangan di perkampungan sekitar Madura, Indonesia. Sepanjang perjalanan, inilah gambar yang sempat dirakamkan...

Kedai runcit ... tak singgah pun, rakam masa dalam kereta ...


 Ni pun sama.. tapi lain kedai.. dirakamkan sepanjang jalan.

 Tersentuh tengok Lembu ni... Kurus bukan?? ermm.....



 Berbeza dengan di Malaysia.. Cara tanaman di sini bertingkat-tingkat...




Titik Santai :
 
Setiap perjalanan itu, andai dihayati sedalamnya, pasti akan meninggalkan setitik rasa yang memberi sejuta makna.

Monday, June 13, 2011

Manja Kucing itu (2)

Bertemu lagi dengan Manja a.k.a "Da Gendut" .....



Hobi da gendut ialah Tidurrrr!!!!!

Malu nak tengok kamera ... apa boleh buat...

Yeah... Tangan dia kot....

Minggu aku study.. Biasa dia pun menyibuk gak.... 

Apa yang dia tengok.. 

Binggo... dia nak keluar melalui tingkat tu actually....

Please... aku bosan - manja berbicara..

Close up.... huhuhu

Sudah lah tu .... Daaa~

Saturday, June 11, 2011

"7 Hari Mencintaiku" -- 5 Bintang!


PANDANGAN Peribadi :

Tidak dapat dinafikan bahawa Siti Romizah sekali lagi mengambil air mata ini.
Penuh dengan nilai dan pengajaran novel yang dihasilkan pada kali ini.
Setiap insan melakukan kesilapan, setiap insan perlu diberi peluang

Cuba untuk membuka sedikit ruang pada mereka yang pernah melukakan kita,
Nescaya kegembiraan akan menanti di kemudian hari.

Tiada penghujung andai dendam digenggam, ego dirakul erat...
Cuba belajar untuk melepaskan semua yang durjana,
Kerna hari esok perlu dilalui dengan lebih bermakna.

Titik Santai :
Buah pinang buah berangan,
Buah berangan menjadi kenangan,
Biarkan sahaja dipaksa jangan,
Biarkan masa mengubati kenangan.

Thursday, June 9, 2011

Muzium Sempoerna


MUZIUM SEMPOERNA terletak di Surabaya, Indonesia. Sempoerna ialah salah satu brand rokok yang dihasilkan di Indonesia.  

Foto-foto ketika lawatan di Muzium Sempoerna :

 Muzium Sempoerna. 
Gambar ni dipetik dari internet.. Terlupa nak snap .. :-)

- LOGO -

Gerai menjual rokok zaman dulu. Bukan jual rokok sahaja, tapi mereka ada jual barang-barang runcit.

Hasil simpanan tembakau. Dalam bungkusan tu ada tembakau!

 Set Pancaragam SEMPOERNA

 Mesin buat kotak rokok SEMPOERNA...

 Alatan untuk membuat rokok... 

 Salah satu bentuk kotak rokok SEMPOERNA.. 

Berbagai jenis kotak rokok ... Unik!

Titik Santai:
Muzium Sempoerna - Mempunyai haruman yang kurang menyenangkan. Pada mereka yang dah biasa dengan rokok, mungkin tidak menjadi masalah ...
Kenangan di sini :


 

Thursday, June 2, 2011

KeyChain 1

Ermm... Siapa minat kumpul keychain?
Sama ada dapat sebagai hadiah
ATAU 
Yang beli sendiri...

Saja kongsi gambar-gambar ni...


Titik Santai :
Antara Barangan Yang Menjadi Koleksi Peribadi Setiap Individu...
Anda Pula Bagaimana??