Sunday, July 24, 2011

Bicara Pendidik (1)

Santai kembali merenung sejenak tentang bicara Tuan Guru Besar iaitu Puan Norizan Binti Ismail.


Guru ibarat pemain LAYANG-LAYANG ... Adakala kita lepas, adakala kita tarik ... 

Apabila kita dah mula menarik mereka dekat dengan kita, mereka dah boleh ikut rentak kita, kita mula lepaskan mereka, bebaskan mereka seketika namun masih dalam genggaman kita.

Saat kita melihat mereka mula menjauh dan hampir terjatuh, kita menarik mereka, tegangkan tali Layang-layang ... 

Falsafah yang mendalam ....

Friday, July 22, 2011

Annissa dah Tamat .. Bererti!!


 4 Bintang
Santai sejenak dengan drama Samarinda yang sudah tiba di penghujungnya iaitu ANNISSA.

Tidak tahu sama ada satu pembaziran masa atau sebaliknya, tapi drama ni ada nilai dan pengajaran yang cukup bermakna.

ASPEK :
Persahabatan -- Kepercayaan -- Ketabahan -- Kekuatan 

Segalanya dapat dilihat dalam drama ini...
"Andai kau berterus terang dengan aku untuk memiliki Farid, aku akan pertimbangkan kerana aku terlalu sayangkan kau." -bicara Anna. 

Luahan seorang insan yang terlalu sayang dan percaya akan rakannya. Malangnya kepercayaan itu dipersiakan.
 
Titik Santai :
Jangan rosakkan kepercayaan insan yang menyayangi anda!!
Hayati seketika lagu "Beribu Sesalan" nyanyian 3 suara (Ning, Jac & Shila)


Sunday, July 3, 2011

KaPaL SeLam, Indonesia

Santai sejenak di Kota Surabaya - Kapal SeLam
Rakaman beberapa kepingan gambar sekitar kawasan kapal selam ....
Berkibar Bendera Merah Putih
 
Monumen Kapal Selam

 410





 Titik Santai :
Merantau seketika mencari sekalung erti yang hakiki...

Klik Churp churp