Monday, October 31, 2011

Naik Kapal Terbang Berisiko Kena Kanser


Gambar terpilih.... hahahaha
Jika anda salalu naik kapal terbang... Emmm anda semua kena berhati-hati sebab pesawat ternyata berisiko menimbulkan serangan kanser terhadap individu. 

Kajian Universiti Reading, UK – partikel sinar ekstraterestrial yg menghujani bumi mampu mengancam kesihatan penumpang kapal terbang.

Prof Mike Lockwood – kajian itu menjelaskan perubahan dramatis dalam aktiviti matahari mampu meningkatkan risiko kerosakan sel-sel kanker individu yg kerap naik kapal perbang bg tempoh yang lama. Individu yg scr teratur mengambil penerbangan jarak jauh terdedah kpd risiko tertentu akibat radiasi matahari.

Para penumpang digalakkan utk buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali setahun bg mengesan kerosakan tubuh yang berpotensi utk dpt kanser. 

Galakan itu dibuat berdasarkan pada perubahan aktiviti magnetik matahari, yang mengeluarkan sinar dan partikel berbahaya sehingga berupaya memicu perkembangan pada sel-sel tubuh.

(dipetik daripada Majalah Harmoni keluaran November 1-15, 2011)
Titik Santai :   
Zaman moden ini, kita terdedah dengan pelbagai risiko serangan penyakit.
Kesimpulannya, anda semua perlu dan wajar menjaga kesihatan.
Amalkan GAYA HIDUP SIHAT!!

Saturday, October 29, 2011

Naili's Place


Hello geng. Jom santai di Naili’s Place. Tenang dan terasa seperti di tepi pantai. Saya suka tempat ni. Jom lepak kat sini....

Jom usha makanan yang my geng bedal... Tadaa~

Ini menu Azriyanti
Mihun Tomyam dan Rainbow Tree

Chicken Chop , Teh'o Ais, Air kepala muda, Rainbow Tree

Makan sup jer... Sebab makanan orang lain aku bedal.

Yummie... Sedap... Hangus sikit jer.

Selesai sudah... 

Jom tengok decor kat Naili's Place 

Penuh pokok-pokok tapi tak da nyamuk pun.

Bot : atas bot tu ada meja makan tau, bolehlah kalau siapa yang nak rasa makan atas bot tak bergerak.

Romantik tak makan kat sini?

Untuk family punya.. Ala kampung..

Ada kura-kura... Actually bila kalian jejak kaki kat sini, di bawah anda ada macam kolam... ada ikan, kura-kura...

Titik Santai :   
So jom lah pergi sini lepak..
Tenangkan fikiran..
Ada banyak menu sebenarnya..


Friday, October 28, 2011

Kabhi Khushi Kabhie Gham pengajaran kepada Kita



Khabi Khushi Kabhie Gham sebuah kisah hindi yang menjadi pujaan hati saya. Kisah yang penuh nilai dan pengajaran berkaitan sebuah kekeluargaan. Setiap kali menonton, setiap kali itu juga perlu disediakan sekotak tisu. Hahahaha

Pada mereka yang belum pernah menyaksikan movie ini, silalah menontonnya. Pada mereka yang dah tengok, sila kongsikan pengalaman dan perasaan anda. Boleh kita kongsi pandangan.

Detik menyentuh hati :
1.   Saat Rahul dihalau keluar daripada keluarga.
2. Saat Rahul bertemu semula dengan ibunya.
3. Saat Rahul berbicara dengan ayahnya.
4. “Sekelip mata aku menjadi darah dagingmu, sekelip mata aku boleh menjadi orang asing bagimu.”

Sesungguhnya, doa ibu bapa kita sentiasa menemani kita walau sejauh mana kita merantau. Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. Gembirakanlah hati mereka.

Titik Santai :  
“Kegembiraan aku adalah datang daripada senyuman dan gelak tawa kedua-dua orang tuaku.”
“Sanggupku korbankan sebuah kegembiraan yang dikecapi demi melihat senyuman di wajahmu itu kekal abadi.”

"Jika kamu ingin menjadi seorang yang berjaya, Jika kamu ingin mencapai sesuatu, Jika kamu inginkan kemenangan, Dengarlah kata hati kamu dan jika tiada jawapan, pejamlah matamu dan fikirkan kedua-dua orang tuamu, dan kamu akan mampu atasi segala halangan dan masalah yang melanda. Kejayaan akan menjadi milikmu."

Teater Anjing Untuk Diplomat

Hello geng... ANJING UNTUK DIPLOMAT arahan KHALID SALLEH. Tajuk yang unik dan menimbulkan sejuta tanda tanya. Mula-mula saya pun tertanya, kisah apakah ini... 

Tak banyak yang boleh direfleksikan tentang teater ini. Siapa yang menonton, kalian perlu sediakan minda, kosongkan minda... sebab
  1. Anda perlu berfikir makna konotasinya kisah ini.
  2. Makna tersirat...
  3. Ketelitian dalam mendengar dialog yang diucapkan...
Siapa yang berpeluang menonton, silalah tinggalkan komen di entry ini ... Ceitakan apa yang anda faham...

Info lanjut : dipetik dari laman FB Anjing Untuk Diplomat  
  1. Teater ini diangkat daripada naskhah penulis Singapura, Hamed Ismail yang muncul pemenang Anugerah Persuratan Melayu Singapura 1993 dan pernah memenangi anugerah sama untuk skrip drama televisyen berjudul Antara Pasrah dan Fitnah dan Masih Ada Bintang di Turki.
  2. Teater ini mengenai kisah berlaku sebelum merdeka di Malaya. Ia mengenai kisah seorang diplomat Perancis dengan gaya hidup berfoya-foya dan isterinya juga mempunyai kecenderungan sama.
  3. Masing-masing ada agenda tersendiri melalui hubungan dengan kerabat diraja hingga mencetuskan konflik dan kerabat terbabit juga memberi ganjaran kepada salah seorang. 
  4. Selain itu, ada juga berkisar mengenai sikap optimis untuk tujuan perniagaan.
TITIK SANTAI :   
Perlu sediakan minda untuk tonton teater ni. 
Menguji pemikiran saya. 
Berterusan berfikir mesej dan makna tersirat.

Thursday, October 27, 2011

Real Steal : 5 Bintang!

Hello geng!! Lately ni entry asyik berkaitan Teater Mesin jer.. .. Actually dah 2 minggu nak buat entry berkaitan Real Steal... 

Dah tengok movie ni? Siapa yang belum tengok tu, Silalah serbu pawagam berdekatan. Sebab... 
  1. TAK RUGI wooo.... Memang best lah....
  2. Suasana saya tengok.. pergh siap org tepuk tangan masa lawan-lawan tu. So boleh bayangkan lah best or tak kan.
  3. Ada part touching... Air mata pun mengalir lah jawabnya
15 Oktober 2011... Bertempat di KLCC.. Saya layannn Real Steal... Gempax sih... Terjumpa MARIA FARIDA sekali.. Nampak muda dan cantik. Simple but kecantikannya terserlah. hahaha

Titik Santai :   
Jom layann Real Steal... Release tension..
Actually ada tarian robot dalam ni yang menjadi sumber ilham tarian robot dalam TEATER MESIN. Saat-saat akhir kami tambah tarian robot Teater Mesin. Tak Rugilah tengok Real Steal sebab dapat juga tolong tambah idea untuk teater saya... Like!!!

Sunday, October 23, 2011

Kenangan Teater Kanak-kanak MESIN

Kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh krew PRODUKSI DAYASARI .....



Baju budak-budak nak juga dicubanya...

kalau koyak tak ker 2 cerita jadinya... 

hasmie oh hasmie.....




PENGARAH Pening fikir pasal teater.. 

Belum masuk perangai para pelakon...
Sabar yer ....






Latihan lakonan....
Dari 0 hingga lah menjadinya sebuah pementasan 20 Oktober 2011...

Sejarah dan kenangan yang tak mungkin dilupakan....








Ini lah latar yang dilekat di dewan Za'ba...
dari kotak.. lekat surat khabar...
lukis dan warna....
akhirnya gantung...
nasib tak jatuh kan....








makan.....
pergh muka lapar..
ayoooo
muka aku...
malu nyer.....






Tinjau jangan tak tinjau...

huuuu........

Kenangan... dan tak ada mcm ni dah lepas ni....


Latihan tarian....


Came on robot robot.....




baju ini sbg kenangan.....
huhuhu.....

baju rekaan sendiri...
hebat...!!!


Rakaman suara yang dibuat..
Amat penat ya jawapannya...

Tgk momoi smpai naik atas kerusi... sbb nak rakam suara yang sedap kononnya...

Fer smpai pegang perut nk kuarkan suara yg sedap. Murnee smpai bongkok2.... Macam2...

Tahniah semua.....


 

Watak mantop....


Terbaik... Ketua Robot....


TITIK SANTAI :   
Semua gambar tu... kenangan yang tidak mungkin dilupakan .....
Setahun jer lagi kita di IPG KBM....
cipta banyak sikit kenangan k....

Tuesday, October 18, 2011

Khazanah Kapal Karam

Singgah di Muzium Negara... Tertarik dengan Kapal Karam ni.... 



Kapal Karam Longquan
  •  Ditemui pada tahun 1996 paad kedalaman 63 meter dan 23 batu nautika dari perairan Terenganu.
  • Dari negara China. Pada aman Dinasti Ming. 
  • Artifak yang ditemui seladon China, seladon Sisatchanalai dan Tembikar Sukhotoi dari Thailand.

Kapal Karam Tanjung Simpang Mengayau
  • Kapal Karam Tertua  
  • Ditemui pada ke dalam 12 meter. 1 batu nautika dari pantai Tanjung Simpang Magayau, Kudat, Sabah.   
  • Artifak : pinggan mangkuk seladon hijau, gong dan kendi.Karam akibat terumbu karang.

Kapal Karam Singtai
  • Ditemui pada kedalaman 53 meter, 12 batu nautika dari pantai Pulau Redang pada April 2001. 
  •   Dari China dgn mautan seramio Sisatcahanalai dan Sukhotai dari Thailand

SAKSIKAN GAMBAR YANG DIRAKAM 

TITIK SANTAI :   
Hargai khazanah negara .... semua khazanah ni sangat berguna....
Apa2pun, happening lah juga ......



Cenderamata Dari Sabah

Hello geng... Firstly, nak ucap Thx kepada rakan yang sudi memberi cenderamata kepada aku... Thx dude....


TITIK SANTAI :    
Terima kasih ya .... Bertambah koleksi aku...
Entry ni 1 penghargaan kepada pemberi...

Monday, October 17, 2011

7 Kesilapan : Merosakkan Perhubungan

Dipetik daripada Majalah Eh! keluaran Oktober 2011


Buangkan PERASAAN EGO jika inginkan kejayaan dalam hubungan. Ringankan mulut untuk beri pujian dan ucapkan terima kasih.

  1. Lupakan Si Dia Yang sudah menjadi BEKAS! Selagi anda tidak dapat melupakan bekas kekasih anda selagi itulah anda tidak boleh memulakan perhubungan baharu. Perkara ini akan menyebabkan anda membuat perbandingan.
  2. Terlalu CEMBURU. Apabila terbit perasaan sayang maka cemburu akan timbul apatah lagi bila melihat lelaki yang anda puja bersama dengan wanita lain. Elak syak wasangka dan selidik terlebih dahulu. Kita kena santai ..... hehehehe
  3. Terlalu awal mencurahkan CINTA. Hubungan baru memerlukan masa untuk bercambah dgn mekar. Tapi 1 kesilapan anda ialah terlalu awal mencurahkan perasaan cinta pada si dia. CINTA ADALAH SATU KOMITMEN. So, sblm terikat dgn komitmen cinta, kenal dulu hati budi masing-masing.
  4. MENIPU....RACUN hubungan. Kata manis ibarat madu namun bertukar menjadi pahit apabila berselindung di sebalik penipuan. Berterus-terang apabila anda tidak lagi mempunyai perasaan terhadap pasangan anda. Jangan berterusan menipu diri anda dan dia.
  5. Cuba MENGUBAH si dia. Jangan cuba mengubah si dia. Sebaliknya, cuba menerima dirinya seadanya.
  6. LEMAH KOMUNIKASI... merupakan isu yang kerap berlaku dalam kehancuran perhubungan. Minat dan kepentingan berbeza menyebabkan lemah komunikasi. Cuba berkongsi pengalaman masing-masing dan jadi pendengar yang baik.
  7. Meletakkan semua KESALAHAN pada si dia. Cuba memahami konflik yang berlaku dan elak meletakkan kesalahan kepada pasangan anda. Ya benar, anda marah, namun cuba bertenang dan bawa berbincang. Sesungguhnya kemarahan tiada penyelesaiannya.

TITIK SANTAI :    
7 Tips di atas ini tidak semestinya untuk hubungan percintaan... Boleh diguna pakai secara umum juga. Aku paling suka no 7.... 

Kejohanan Badminton On-Off IPG KBM

Menyertai Pertandingan Badminton Anjuran PISMP 2A, 2B, 2C
Saja jer....
Apa2pun... 3 hari spend time kat ipg tercinta aarrr....



Biasa jer... Hamper dah habis aku bukak...
wakakaka.....
Apa2pun... terima kasih kepada semua.. sebab sanggup spend time di IB pada hujung minggu. Tahniah kepada pemenang.

TAK ADALAH PEMENANG, KALAU TAK ADA YANG KALAH.
(ayat Dr Ali)

TITIK SANTAI :

I LOVE BADMINTON SO MUCH....


Sunday, October 16, 2011

Teater Kanak-kanak MESIN,IPG KBM. (Design Poster)

Final Poster Yang Dipilih.

I like tis Poster so much.....

Friday, October 14, 2011

Santai Giler : 18sx Ow Dad!

Bukak FB tadi, ada orang post gambar ni. Apa lagi.... Jadilah entry....
Ada ker macam ni?
Atau semua ni sekadar edit jer....


Isu di sini bukan nak gelak atau apa...
Tapi sejauh mana benda ni benar.
Andai wujud?? 
Apa anda rasa?

TITIK SANTAI :
Ibu bapa perlu tunjukkan tauladan yang baik.
Anak-anak itu sangat bernilai.
Jangan rosakkan masa depan anak-anak anda dengan kasih sayang yang melampau.

Wednesday, October 12, 2011

Isu Guru Denda/Pukul Murid (Komen Sikit)


Dahulu, saya masih ingat kalau saya didenda atau dirotan di sekolah, saya sama sekali tidak berani untuk memberitahu ibu bapa saya bahawa saya dirotan atau didenda. Sebabnya, saya tahu ibu atau ayah saya akan lebih memarahi saya.

Namun kini, fenomena itu sudah berbeza. Ya benar, ada fenomena yang guru keterlaluan dalam mendidik sehingga kelihatan seperti mendera. Saya akui itu 1 kesilapan seorang pendidik. Tapi andai ibu dan bapa menyerang pihak sekolah atau guru, tidakkah anak itu lebih berasa dia hebat. Selepas ini, mungkinkah anak itu akan dengar kata-kata guru? 

Ringkasnya, guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam mendidik, sama-sama melihat apa yang perlu dilakukan. Adakala, ramai ibu bapa tidak tahu aktiviti anak-anak, dan anak-anak begitu bijak berlakon di hadapan mereka.

Persoalan Yang Ingin Dikongsi :
  1. Andai seorang murid tidak siap kerja dan guru meminta dia berdiri? Wajar atau tidak?
  2. Seorang murid tidak siap kerja dan guru meminta dia ketuk ketambi? Wajar atau tidak?
  3. Seorang guru tidak mahu mengambil tahu pasal seorang murid ini kerana ibu dan bapanya akan serang sekolah andai dia mendenda murid itu? Wajar atau tidak?
TITIK SANTAI :
Adakala kita harus mengkaji sebaiknya sebelum bertindak. Jangan rosakkan masa depan anak-anak kita. Setinggi mana kejayaan yang dijulang tidak bisa menjamin kecerahan pewaris kita.

Tuesday, October 11, 2011

Lawak Santai : Terlanjur

Kandungan tak segempak Tajuk sebenarnya. Jenaka biasa jer. Dipetik daripada akhbar.



Ringkasnya, terlalu banyak yang didengar dan berlaku di luar kawalan kita. 
Apa yang harus dilaksanakan, hanya sabar dan senyum.
Mungkin juga diam.
Tapi diam pun boleh terkeluar kata Malas.
Sabar mereka dah habis, menanti meletup.
Nak dikira ramai lagi yang terasa dan air mata jatuh.

TITIK SANTAI :
Letih mendengar dan berkata.

Sunday, October 9, 2011

Lawak Santai : Cikgu or Murid Yang Bodoh.

Guru Disiplin, Ratu berjalan dengan penuh bergaya ke dalam kelas yang dianggap paling degil di sekolah. Kali ini misinya untuk mengenakan murid-muri dkelas berkenaan lalu bertanya ....

CIKGU : Siapa BODOH? Sila berdiri.
Murid A : Ha ha ha ha ha 
CIKGU : Awak dengar tak arahan saya? Siapa BODOH, sila diri sekarang. (pekik Cikgu)
Murid A : (Berdiri) Saya dah berdiri cikgu.
CIKGU : Ohhhh... Jadi awak seorang sahaja yang BODOH dalam kelas ni. Saya dah agak.
Murid A : Bukan Cikgu. Cuma saya tidak sanggup melihat cikgu berdiri seorang diri.

Cikgu Ratu bengang dan terus keluar dari kelasnya. 

(Dipetik daripada Mingguan - 9 Oktober 2011)

TITIK SANTAI :
Sesungguhnya aku juga pernah melalui saat diuji oleh anak murid. Berkaitan meminta murid-murid senyap. Tak mungkin aku lupakan.

All Your Love: Siti Nurhaliza Kalis Kritikan

(Maklumat berikut dipetik daripada Berita Minggu)
 
TEMPOH : Masukkan vokal - 2 minggu ... Siap sepenuhnya 2 bulan lalu. Cuma Siti pilih masa yangs esuai untuk dipasarkan.
  1. All Your Love yang berada di pasaran sejak 24 September lalu, tidak langsung menjadi kudis kepada penyanyi nombor 1 negari itu.
  2. Impian sekian lama sudah tercapai dengan memiliki album Inggeris.
  3. Majlis pelancaran album terbitan penerbit dari Australia, Bryan B itu disempurnakan pada 26 September lalu di Shook! Starhill, Kuala Lumpur.
  4. Ada yang mempersoalkan pembabitan Adib sebagai mengambil kesempatan atas populariti yang diraih Siti, apatah lagi produksi itu dihasilkan di bawah label miliknya, What's Up Entertainment Sdn Bhd. 
  5. Bantah Siti : tidak wujud eksploitasi kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat tersedniri utk melebarkan pengaruh dalam industri muzik.
  6. Apabila Adib pulang bercuti dari Melbourne, dia ada meluahkan hasrat untuk membabitkan diri dalam dunia muzik.
  7. Mulanya, Siti dan suami kurang yakin, tapi berubah apabila dia memperkenalkan Bryan B yang juga penerbit album di Australia.
Enggan mempedulikan pandangan segelintir pihak yang mempertikaikan usahanya itu, malah dia TIDAK TERGURIS jika cara penyampaiannya dipandang rendah kerana masih tebal dengan lenggok Melayu.

Titik Santai :
Pandangan Kalian Tentang COVER ALBUM SITI INI?
LAGU-LAGU DALAM ALBUM NI? 

Thursday, October 6, 2011

Teater Badai Semalam

BADAI SEMALAM

Erra Fazira dan Aaron Aziz akan menjadi pelakon utama dalam TEATER BADAI SEMALAM yang akan dipentaskan di ISTANA BUDAYA. Badai Semalam merupakan sebuah novel, karya KHADIJAH HASHIM.

TANGGAL 11 - 20 November 2011, Istana Budaya akan menyajikan anda dengan Badai Semalam.

Rasanya teater ni akan kutonton. Tambahan dengan harga student yang aku terima daripada pensyarah IPG KBM. Terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah yang terlibat. 

KEPADA SELURUH WARGA IPG KBM, luangkan masa anda untuk mennyaksikan teater ni. Walaupun masa tu dah nak exam... hihihi 

HARGA RM 16.50 ...  
TARIKH 12 , 13 , 19, 20 November (keterangan lanjut, tengok memo kat depan Kantin tu)

UMUM : 
HARGA TIKET : 
RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300
Pembelian :  
www.ticket2u.biz
Ikuti Sinopsis BADAI SEMALAM : (dipetik daripada Laman Istana Budaya)
 
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
Titik Santai :
Geng santai, jommm tengok.....