Tuesday, November 29, 2011

Tips Daripada Pihak Nuffnang Tentang Kempen CPM


3 hari lepas, saya telah hantar tiket kepada pihak Nuffnang tentang pemberian kempen CPM. Nak tahu jawapan pihak Nuffnang dan tips yang diberi. Berikutnya ...

Haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka.
Macam mana nak jadi Pihak Pengiklana (Advertisers)???
  1. memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka.
  2. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers.
  3. 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik.
  4. mereka sentiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.
  5. contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. 
  6. mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
  7. Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami.
Titik Santai :
Itulah jawapan daripada pihak Nuffnang. Emel diterima jam 2.06 petang, 29 November 2011.
Pihak Nuffnang memang ekspres lah balas emel. Good.. Like Like.
Teruskan usaha ya kengkawan yang belum dalam kempen CPM.
Saya pun tak dapat lagi... hehehehe

Kritik dan Pujian Badai Semalam

Pasti ramai yang telah menonton Teater Badai Semalam yang dimainkan di Istana Budaya. Entry ini terhasil daripada bacaan akhbar tempor hari. Al-maklum, saya sendiri tidak sempat menontonnya walaupun sebenarnya nak tengok sangat. 

Kandungan daripada akhbar Berita Mingguan:


Penambahbaikkan Yang Perlu : 
  1. Sedikit kesilapan seperti pakaian saragam sekolah yang dipakai watak utama Mazni (Erra Fazira) bukan untuk pelajar Tingkatan Enam yang sepatutnya memakai skirt dan bukan pinator.
  2. Adegan kematian Bibah (Ziela Jalil), ibu Mazni yang cukup menyakinkan dan baik tetapi adegan berikutnya sewaktu jenazah diusung, alangkah cantiknya jika diiringi zikrullah sebagai latar belakang korusnya dan bukan muzik sedih sedikit ke "India" ala adegan filem Gladiator.
  3. Tidak ada salahnya adegan itu tetapi daripada konteks budaya ia sedikit canggung walaupun atas nama lesen kreatif, perkara sebegini tidak perlu dipertikai kerana tidak pernah ada logik dalam karya kreatif. Bukan karya kreatif cereka namanya kalau di setiap adegan kita bercakap soal logik.

Kekuatan Teater Badai Semalam :
  1. Lakonan cukup baik dan terpikat dengan adegan pembukaan dan akhir yang romantis serta cukup "Kurosawa" .
  2. Pujian bagi ketelitian penataan artistik, prop dan latar belakang serta pencahayaan cukup berkesan.
  3. Banyak dipamerkan dalam teater ini mengenai budaya serta pandangan dunia masyarakat Melayu tahun 1970-an berlatar belakang Johor Bahru dengan pengaruh Singapura dan milieu kota rayanya.
  4. Teater ini juga bakal dibawa ke Singapura. Tahniah.

Titik Santai :   
Agak terkilan rasanya tak dapat tengok teater ni. Selalunya memang akan berkunjung ke Istana Budaya untuk tengok teater.
Tak ada rezeki lah tu kan.
Apa-apapun, terus maju pementasan teater tanah air.
*** Nak buat pementasan teater tidak mudah, jadi kekurangan sana sini, itu adalah lumrah. 

Monday, November 28, 2011

Bahana Idam Cantik, Lain Jadinya. (Donatella Versace)

Hai... Kali ni saya nak kongsi artikel berkaitan BAHANA IDAM JELITA. Terbaca kat akhbar Berita Mingguan, tu yang nak share kat blog. Teringat bisik-bisik masyarakat tentang kecantikan. Misalnya ...
  • "Hidung aku tak cukup cantik lah.... Kalau mancung sikit, pergh....." kata si A.
  • "Kalau bibir aku tebal sikit, mesti meletup kan..." kata si B.
  • "Pipi ni kalau chuby sikit... ermm...." kata si C.
Macam-macam lagi lahh kan.. yang tadi tu contoh jer. Belek-belek akhbar tadi macam tertarik dengan isu ni. Jadi, nak jadikan info tambahan di SantaiLeeza. Tengok kesan ni. Tak ada niat nak mengaibkan, cuma sebagai peringatan. Antaranya, Donatella Vercase, Jocelyn Wildenstein dan Hang Mioku (penyayi korea).

Sesungguhnya, kita semua wajar mensyukuri apa yang ada pada diri kita. 
Syukur dengan KurniaanNya.







Tak pasal-pasal pinggung jadi besar maxima.

Jika anda sedang berfikir untuk membuat pembedahan kosmetik, anda kena sedar risikonya. 


Mungkin boleh menyebabkan kecacatan yang kekal. Anda sanggup ???
Fikir-fikirkanlah beribu-ribu kali tatkala anda mahu melakukan pembedahan kosmetik kerana MENGIDAMKAN WAJAH ANDA LEBIH CANTIK.

Titik Santai :    
Satu perkataan yang perlu ditanamkan dalam diri kita.
iaitu 
KESYUKURAN.


Saturday, November 26, 2011

Dungun dan My Hero Birthday

Wowww..... Dah pukul 5 pagi, saya tak tidur lagi. Usai buat Dokumentasi Teater Mesin, tengok Playful Kiss Episod 13, 14 dan 15. Terus buat entry ni... Sempena BIRTHDAY MY HERO yang berada di Dungun sekarang ni. Too bad tak dapat celebrate birthday together gether....

So, saya buatlah entry ini khas buat Hero saya tersayang .... Honestly, You are so cute dan bila kita gaduh pasal sesuatu yang tah apa-apa, saya suka tengok muka awak yang bengis itu. Hahaha.... dan yang pasti selalunya, awak akan mengalah dengan saya. I LIKE !!!

Happy Birthday My Lovely Brother!


Titik Santai :  
Awak dah semakin tua, semakin dewasa dan tidak pula semakin tinggi... hihi...
1. Ingat... Study elok-elok....
2. Jaga Diri, Jaga Kelakuan dan Kurangkan MEROKOK....
3. Bawa Motor Elok-elok
4. Masak sedap-sedap untuk kakakmu yang penyayang ini.

Friday, November 25, 2011

Jalan-jalan di IPG KBM (2012)

Hello geng!

2012, tamatnya pementasan teater, saya masih ingat perjalanan kami semua nak pergi pulangkan barang-barang di Bilik Budaya. Macam ni ha....

"Uiiii .... Naaaaa......"

Tengok atas, kot-kot ada benda ker ...
Tengok bawah, kot-kot ada lubang ... (sayang kasut sih)
Tengok kiri dan kanan, kot-kot ada kereta, buatnya kereta tu pakai jalan jerr...
Tak ker mandi air teh free namanya...

TitiK Santai :-)    
Apa-apapun, tak lama lagi keadaan di IPG KBM ni, sabar menanti.
Setahun saja lagi saya di sini.

Selingga kedua lingga,
Tiga dengan kaku balam,
Hati tidak dua tiga,
Bagaimana di luar begitulah dalam.
(Dipetik daripada Pantun Melayu)

Thursday, November 24, 2011

Kenapa Pantai Morid Jadi Pilihan ya?

 Kalau dah musim exam, buku sana sini lah jawabnya.

Berakhir sahaja bencana peperiksaan, saya dah pun membawa diri ke Dungun untuk menguruskan penempatan adikku itu. 


Satu hari perjalanan  ke Dungun, Terengganu, kemudian kembali ke KL semula. 12 Jam berada di dalam kereta. Tayar kereta pun buat hal, kena paku. Tak tahu lah mana kutipnya tu.

Rasanya belum sempat nak landing kat katil, ada urusan pula di Puduraya. Rasa macam dah nampak bintang-bintang (Bintang-bintang berkelipan, hanya satu bintang pujaan, bla bla bla) .... Jam 11 malam baru lah sampai rumah dan berehat.


Esoknya, packing pergi bercuti... Pantai Morid jadi pilihan. Kenapa ya? Hmmm... Actually tak ada lah apa yang menarik sangat pun .... Sekadar nak rehatkan minda.

Penat menghadapi debaran final exam dan keletihan teater pasti belum terubat. So, pemandangan pantai jadi pilihan ....



Titik Santai :   
Acapkali dugaan melanda, aku bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk menghadpinya dengan baik.

Bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang kerana esok belum tentu menjadi milik kita.


Wednesday, November 23, 2011

Betul ker Lagu Terbaik AIM 24 iaitu Penakut ditarik balik?


Hello Hello Hello ......
Nak tanya, betul ker LAGU TERBAIK AIM 24 ditarik balik?
Saya terbaca di laman beautifulnara ... klik sini untuk baca entry tu.
Ada lagi satu info di sini .... Klik Sini ....  

Atas sebab apa, kita pun tak pasti..


Titik Santai :    
Kesian lah kat Yuna ... Harap lain kali jangan buat kesilapan yang dramatik macam ni yer....
Siapa yang ada info tu sila-silalah kongsi..... 


Roomate anda Penyayang tak?

Hello.... Kali ni nak share gambar burger XXL...

Al-kisah, sebenarnya saya order makanan dgn roomate, dari pagi tahan lapar sebab malas nak kuar beli makanan. Sekali dia balik kul 4 petang, ni dia bagi... 

"Uiii .... naa....." 

Cara makan - keluarkan sekeping tu.
Kalau tak, mahu koyak mulut den...
Roomate oh roomate!
perli ker apa ni....

Ada lagi saya order, tart telur 3...

Apa-apapun, sebelum 10 malam, semua dah habis..


Titik Santai :   
Ingin menikmati cuti 6 minggu ini dengan penuh ketenangan dan keceriaan.
Ingin mengakhiri 2011 dengan baik dan mula 2012 dengan episod BAHARU.
Berharap mereka yang mencoret titik hitam pada helaian 2011 saya, tidak lagi berkunjung dengan warna hitam, hadirlah dengan warna pelangi.


Monday, November 21, 2011

Malaysia vs Indonesia (Jom Kongsi Komen)

Malaysiaku!!!!
Tanah Air Tercinta

Ulasan Perlawanan :  
  1. 5 Minit perlawanan bermula, gawang Harimau Malaya telah ditembus oleh Garuda... Cukup mendebarkan seluruh penyokong tanah air.
  2. Namun, kelihatan semangat Harimau Malaya tidak setitik pun terhakis dan terganggu dek gol awal Garuda.
  3. Harimau Malaya terus mengasak gawang Garuda tanpa rasa jemu, jelas kelihatan semangat juang putera-putera Malaysia.
  4. Detik 35 minit, gawang Garuda bolos dengan tandukkan Putera Malaysia. Hantaran yang cantik dan disempurna baik oleh Asra (6).
  5. Harimau terus mengasak dan Garuda juga tidak jemu membalas.
  6. Khairul Fahmi agak kerap membuat anggaran dan jangkaan yang silap pada Masa pertama. Namun, Masa Kedua Khairul Fahmi kelihatan begitu fokus.
  7. Masa kedua, benar-benar mendebarkan semua. Serangan balas kedua-dua pasukan. Harimau dan Garuda saling menyerang.
  8. Masa tambahan pula, perlawanan begitu mencabar, jaringan daripada Harimau Malaya dan Garuda begitu mendebarkan penyokong masing-masing. Malangnya, offside disahkan.
  9. Keadaan PADANG juga menduga setiap putera negara kita.
  10. Masa Tambahan membuat semua semakin berdebar. Perlawanan dibawa ke tendangan Penalti.
  11. Di saat hujung masa tambahan, Muslim menjatuhkan Ferdinand (Pemain Indonesia) di dalam kotak penalti, cukup mendebarkan. Bimbang diberi sepakan penalti. Syukur, pengadil bertindak bijak.
  12. Sepakan yang kurang padu daripada stricker Harimau Malaya menyebabkan Khairul Fahmi perlu lebih berkerja keras untuk menyelamatkan sepakan penalti Garuda.
  13. Akhirnya, Harimau Malaya berjaya mempertahakan IBU SEGALA PINGAT... Love You Malaysia...!! Terus Maju. Malaysia menang dengan sepakan penalti 4 - 3.

Titik Santai :-)   
Perasaan saya sepanjang perlawanan adalah gementar. Jantung saya agak terseksa dengan segala serangan Garuda.

Puas hati dengan perlawanan secara keseluruhan. Garuda mahupun Harimau Malaya bermain dengan baik dan masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Malaysia Terus Gemilang... Maju Terus Maju.... 

Sunday, November 20, 2011

Keputusan Festival Filem Malaysia Ke-24


Keputusan Festival Filem Malaysia Ke-24 ( FFM 24)

Anugerah Box Office  
KL Gangster
Anugerah Khas Juri Yang Pertama  
Sidik Hussein
Anugerah Khas juri Yang Kedua 
Filem Libas
Anugerah Khas Juri Yang Ketiga 
Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik 
Edry Abdul Halim ( Hikayat Merong Mahawangsa )
Anugerah Pereka Kostum Terbaik 
Hikayat Merong Mahawangsa
Anugerah Penyunting Terbaik 
KL Gangster ( Syamsul Yusof & Hisham Jupri )
Anugerah Penataan Bunyi Terbaik 
KL Gangster ( Hisham Jupri & Rizal Ashreff )
Anugerah Cerita Asal Terbaik
Filem Libas
Anugerah Lakon Layar Terbaik 
KL Gangster
Anugerah Sinematografi Terbaik 
Hikayat Merong Mahawangsa
Anugerah Penataan Seni Terbaik 
Hikayat Merong Mahawangsa
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 
Faezah Elai ( Filem Cun )
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 
Sofhi Jikan ( Filem KL Gangster)
Anugerah Pencapaian Gemilang 
Michelle Yeoh
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
  Eja( Filem Janin )
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik 
Shaheizy Sam ( Filem Kongsi )
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 
Tan Sri Jins Shamsuddin
Anugerah Pengarah Terbaik 
Syamsul Yusof ( KL Gangster )
Anugerah Filem Terbaik 
Hikayat Merong Mahawangsa ( KRU Studio )

Titik Santai :  
Tahniah kepada semua krew yang terlibat dalam pembikinan filem Hikayat Merong Mahawangsa..... Filem yang mantap... Sememangnya layak dinobatkan sebagai FILEM TERBAIK...

Saturday, November 19, 2011

Lisa Surihani : Di sebalik Kisah


Tajuk entry ni sebenarnya, tajuk story dalam majalah HARMONI ... saja nak kongsi di sini. Lisa Surihani nampak cantik sekali. Tak rugi lah beli majalah ni kiranya. Banyak yang dibincangkan. Antaranya :
  1. Berkaitan hubungan Lisa dan Mia berenggang itu tidak tepat sama sekali. Melihat Lisa melayan kerenah Mia, jelas menunjukkan bahawa semua itu hanya gosip semata-mata.
  2. Lisa mengaku bahawa dia dan Yusry memang dalam perhubungan.
  3. Lisa tertarik dengan Yusry kerana sikap Yusry yang matang. Mentaliti Lisa dan Yusry cukup serasi.
  4. Yusry juga seorang yang gentleman, family person dan berpendirian tetap serta menghormati pendapat orang lain, juga  tidak suka bergosip.
  5. Sikap Yusry yang tidak suka bergosip banyak mengubah Lisa agar tidak bergosip apabila melepak dengan kawan-kawan.

TARIKH ..... 
  1. Kesibukkan jadual kerja menyebabkan masih belum memikirkan tentang perkahwinan.
  2. 2012, sangat terkejut. Kenyataan tersebut bukan daripada mulut Lisa.

LAKONAN ....
  1. Lisa memang agak teliti pilih watak, sebelum ni pun Lisa memang akan berbincang dengan mummy untuk sesuatu watak yang bakal dilakonkan.
  2. Sekarang, walaupun Yusry tidak pernah tanya apa yang Lisa buat, tapi bagi Lisa itu satu kemestian
  3. Lisa akan beritahu Yusry terlebih dahulu berkenaan cerita dan pelakon yang berganding dengan Lisa. 
  4. Pada Lisa,  lebih baik maklumkan dahulu sebelum timbul sebarang gosip.
  5. Lisa respect dengan hubungan ini.
  6. Sebagai wanita, dia tidak boleh lari daripada perasaan cemburu. Jadi, sebelum timbul perasaan cemburu, lebih baik kita ceritakan perkara sebenar agar dia faham situasi tersebut.
Actually ada lagi pasal si comel Mia Sara.... Bakal menyusul di entry akan datang......

Titik Santai :   
Sebab apa saya selitkan berkaitan Lisa Surihani di blog saya yang selalunya lebih kepada rutin saya.
Sebab Saya Minat Lisa Surihani....... la la la la la

Tertekan? Try Baca Ni...

 Gambar hiasan semata-mata 

Bagi mengatasi tekanan, silalah baca tips di bawah ni yer.... taaa daaaa...... 
Sebenarnya tips ni utk diri sendiri gak.... TERTEKAN!!!!!!

BUAT SENARAI SEMAKAN
  • Kalau dah tahu diri tak mahir dalam urusan administratif, maka lakukan perancangan dari awal. 
  • Bila fikir banyak sangat, tu yang buat anda stress..... 
  • So, buatlah catatan yer.. rajin-rajin menulis ..
  • Kalau tiba-tiba teringat ada benda tak setle, maka cepat-cepat catat....
Titik Santai : perghhh, bab mencatat memang malas, tapi insyaallah boleh kot, catat dalam HP... oklah kan.. jimat kertas... ki ki ki

STATIK DALAM ZON ANDA
  • Buat sesuatu yang dah biasa anda buat. Jangan menggatal nak buat benda yang di luar konteks kebiasaan anda.
  • Kalau perempuan pasti suka shopping kan, kalau tak ada ongkosnya, window shopping pun OK.
  • Cara nak elak fikir tentang bebanan.
Titik Santai : suka shopping kalau ada duit, tak ada duit, duduk diam kat rumah lagi baik.

BERI KEPERCAYAAN 
  • Bagi mengelakkan anda terkejar-kejar ke sana ke mari, haaaa why not anda semua cuba beri kepercayaan kepada org lain untuk membantu anda.
  • Berilah penerangan yang baik kepada mereka agar mereka juga dpt membuat spt yang anda mahu!
Titik Santai : Susahlah kalau nak bagi kerja kat orang, menyusahkan orang lagi dan kadang-kadang hasilnya belum tentu sama macam kita nak. 

JANGAN LUPA MAKAN
  • Kalau dah sibuk sangat, janganlah sampai tak makan.
  • Paling utama, sarapan!!! 
  • Minum jus buah-buahan sebelum keluar rumah.
Titik Santai : Memang arrr kalau sibuk, makan mmg terlupa. Macam tak larat nak kunyah & rasa masa tu emas lah nak makan... Kalau makan pun, makan cepat2....

Thursday, November 17, 2011

Ombak Rindu (Promosi)

Facebook aku penuh pula dengan promosi OMBAK RINDU yang bakal ditayangkan 1 Disember 2011 nnt. Pasti peminat novel tidak sabar nak tengok movie ni kan. Well, OMBAK RINDU antara novel yang terhangat, well my geng pun dah tak sabar-sabar kot. 

Jommmm saksikan OMBAK RINDU 1st Disember 2011 ini........ GSC boleh, TGV pun boleh..... hahahaha 

Kira nak promote lah ni......


SINOPSIS OMBAK RINDU (novel)     
    
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Titik Santai :   
Sangat berharap movie ni akan menjadi movie terhebat.....


Wednesday, November 16, 2011

Apa lagi Tentang Najwa Muhiddin

Yang telah merangkul 2 kategori dalam AIM 18 baru-baru ni... iaitu NAJWA MUHIDDIN ...
Sebenarnya, saya agak terkejut dengan persembahan pembukaan.. Well saya tak kenal siapa artis tu, TAPI....... Kagum giler dgn vokal beliau... mantap sih! 

Rasa kagum bertambah-tambah gak ar bila tengok beliau menang... Pendek kata, Najwa berhak dinobatkankan sebagai Artis Baru Terbaik... sebab vokal dia mmg perfect tooo...

Tahniah diucapkan kepada Najwa... Gunakan bakat anda sebaik yang mungkin ..... 

Kenyataan Najwa :     
dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu. - dipetik dari laman ini.

Sesungguhnya, saya sangattttt setuju dengan kenyataan ini.... Gambateh Najwa... :-)

TITIK SANTAI : 
Nilai seseorang bukan kerana paras rupanya.
Nilai seseorang bukan kerana harta dan statusnya.
Nilailah seseorang dengan apa yang pernah mereka lakukan.

Dont Judge A Book By Its Cover! 


"Saya tidak kesah apapun yang awak nak kata, sebab saya tahu diri saya dan keluarga saya kenal siapa saya. Awak hanya hadir seketika dlm hidup saya dan mana mungkin awak kenal saya." -bisik hati geng santai.

Glory Jane / Man Of Honor

Nak kongsi feedback drama Korea : Glory Jane / Man Of Honor

Walaupun drama ni belum habis ditayangkan dan sehingga kini baru dimainkan 10 episod, so far GLORY JANE ni mmg betul betul glory lah.....   klik SINI utk tgk drama ni ....

  1. Cerita yang penuh dengan kekeluargaan dan detik dramatik yang sgt mendalam.
  2. Pengorbanan seorang anak.
  3. Kesusahan dan kepayahan sebuah keluarga.
  4. Detik percintaan yang kian mekar namun atas sebab tertentu terpaksa dipendam.

Apa-apapun, cuti sem ini layannn drama dan movie di panggung terdekat lah jawabnya.

TITIK SANTAI :  
Kepada semua penuntut IPG, Selamat Bercuti!!!

Saturday, November 12, 2011

Keputusan AIM 18

 Tahniah kepada semua pememang...

ALBUM TERBAIK –
The MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid
LAGU TERBAIK –
Penakut oleh Yuna!
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) -
Yuna - Penakut
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) –
Anuar Zain – Sedetik Lebih
Penerima Anugerah Sri Wirama –
Puan Beh Suat Pheng, Pengasas MACP
ANUGERAH KEMBARA - 
Yuna
ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK –
6ixth Sense. 1.8 juta muat turun mobile!
LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA –
Ku Menunggu – Rossa
VIDEO MUZIK TERBAIK –
Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)
LAGU ROCK TERBAIK –
Pelita – A.P.I
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU –
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan
LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK –
Got To Go – Najwa
LAGU POP ETNIK TERBAIK
Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati
LAGU NASYID TERBAIK –
Nora feat VOU – Pedoman
LAGU POP TERBAIK –
Sedetik Lebih – Anuar Zain
ARTIS BARU TERBAIK –
Najwa Mahiaddin #najwamahiaddin

Tiktik Santai :  
3 Suara menang! i like..
Yuna juga!!

Saturday, November 5, 2011

Tamat sudah Kelima-lima Teater Kanak-kanak, IPG KBM 2011

Tanggal 3 November 2011, Pementasan Teater Kanak-kanak di IPG KBM telah melabuhkan tirainya. Berakhirnya pementasan teater Hikayat Indahawata maka berakhirlah minggu pementasan teater di IPG KBM.

Teater Kanak-kanak Sayang Adik Abang - PISMP 6C 

Actually, saya tak sem;at tengok teater ni. Sorry guy!

Feedback yang positif daripada penonton.

Lawak spontan...

Poster ni nampak cute.. Khas buat kanak-kanak... 









Teater Kanak-kanak Pengembaraan Intan - PISMP 6B 


Semasa pementasan teater ni, PISMP 6A telah menjadi krew yang bertugas. 


Terbaik daripada Produksi Gagak.



Teater Kanak-kanak Lala dan Lili - PISMP 6D


Teater yang lain daripada teater sebelum ini. 

Bertemakan ala-ala bangsawan.

Saya dtg untuk menyokong rakan saya terutama roomate saya! hehehe.....

Usaha yang baik daripada Produksi Cikki
Logo yang menarik ...


Teater Kanak-kanak Mesin - PISMP 6A
Teater ni merupakan arahan kumpulan saya. Produksi Dayasari. Nak tahu info lebih lanjut klik link berikut :

Kenangan
Gambar pementasan
Prapersolekan
Poster
Sinopsis dan Jawatankuasa
Pemegang Watak


Teater Kanak-kanak Hikayat Indahawata - PISMP 6E






Rekaan latar yang sangat menarik. Masa pertukaran prop, serius menarik.


Busana pelakon di laut, kreatif dan sedap mata memandang. Tahniah!






Titik Santai :    
Tahniah diucapkan....
Tunggu tahun depan pula... 
Nantikan lagu tema yang akan diupload. Insyaallah....

Friday, November 4, 2011

Peralatan Rumah: Ancam Kesihatan


Tertarik dengan info yang dibaca dalam majalah Harmoni keluaran November 2011. So kongsi maklumat sikit kat sini....
Masa nak buat kerja-kerja bersihkan rumah, anda dinasihatkan utk berhati-hati guna peralatan rumah. 

Sebab ada perlatan yg mampu mengancam kesihatan tubuh anda kerana kandungan kimia yg berbahaya.

Buku Cancer : 101 Solutions To A Preventable Epidemic' karya Armstrong menyenaraikan peralatan dapur & pembersih sarat racun karsinogen yang memudaratkan kesihatan. 
Alatan itu ialah 
  1. Ketuhar Gelombang Mikro
  2. Pembersih Karpet
  3. Lilin
  4. Penyegar Udara
  5. Mesin Pengering Baju
  6. Pembasmi Hama, Kutu dan Serangga
  7. Racun Serangga

Semua alatan itu ada bahan kimia berbahaya seperti 
  1. Formaldehida, 
  2. Nitrobenzena, 
  3. Metelin Klorida 
  4. Napthelene
  5. Racun Reproduksi
  6. pengganggu Hormon

Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan hati, ginjal, otak, alergi dan asma.