Thursday, December 29, 2011

Beyond The Realm Of Conscience : Review (Good)

Salam Sejahtera

Sebenarnya review ni dah lama saya nak post, tapi ada beberapa halangan. Entri kali ni berkaitan drama Hong Kong yang ditonton.
Tajuk : Beyond the Realm of Conscience   宮心計


Sebenarnya, saya gemar juga tengok drama HK ni, lagi-lagi pasal kisah-kisah maharaja mereka. Minat juga nak tahu salasilah maharaja negara China.

Berbalik, drama ni sebenarnya banyak pengajaran dan amat rapat dengan kehidupan harian kita. 

Antara kata-kata yang sangat meninggalkan kesan : 

Kehidupan di dalam Istana, penuh muslihat dan tipu helah
Ayat ni buat saya berfikir, tidak mustahil dalam kehidupan kita, kita dikelilingi orang seperti ini. Jadi haruslah berwaspada.

Kita perlu bersangka baik, berkata yang baik dan berhati baik
Ermmm... Sejauh mana kebenaran ‘Andai kita buat baik, Orang akan buat baik juga dengan kita’? Berapa peratus agaknya ayat itu tepat? 100%? 70%?

Tapi dalam drama ni, seseorang itu tetap akan berbuat baik, berkata baik dan berhati baik walaupun dengan musuhnya atau dalam apa jua situasi. Sebab dia percaya, Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. Yang Baik Akan Dibalas Baik.

Tambahan, drama ni banyak mengajar erti pengorbanan. Contoh : 

Pengorbanan Seorang Raja
Berkorban apa sahaja untuk negara yang ditadbir berada dalam keadaan aman dan damai.
Sanggup turun takhta demi menyelamatkan negara dan memastikan rakyat tidak terkorban dalam politik pemerintahan dalam istana.

Pengorbanan Percintaan
Raja yang tidak menggunakan kuasanya untuk menjadikan dayang yang dicintai sebagai gundiknya. Sebab rakannya iaitu pangawalnya sedang bercinta dengan dayang tersebut.

Pengorbanan Seorang Sahabat
Pengorbanan Seorang Ibu

Kesimpulannya, drama ni baik ditonton. Saya amat menyukainya. Sudah pasti yang jahat mendapat balasan diakhir kisah. 

Banyak drama HK yang bermutu sebenarnya. Bagi saya drama HK tidak banyak yang romantik jika nak dibandingkan dengan drama Korea. 

Sebenarnnya tengok drama pun boleh memberi pengajaran, tauladan dan motivasi kepada kita. Tak kiralah drama itu datang dari negara mana sekali pun. 

Titik Santai :   
Kita sedang menjalani sisa-sisa 2011,
Moga 2012 menjadikan kita lebih baik dan matang,
Membaiki diri ke arah kebaikan,
Buat Baik, Kata Baik, Hati Baik.
"Rasanya aku pun dah bebas daripada segala jajahan jiwa"

Monday, December 26, 2011

Awal dan Scha Bila Kahwin?

Salam Sejahtera 

Pelakon favourite saya dah umumkan tarikh pernikahannya... Kini, menanti satu lagi artis pujaan iaitu Awal dan Scha.Tadi, selak-selak akhbar jap, ada berita pasal mereka... Teliti jer baca... Fuhhhh......
  1.  Scha akui bakal berkahwin dengan Awal Ashari antara Mac hingga Jun 2012.
  2. Time frame yang kami beri kepada pihak PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan. Jadi, tak sure bila tarikh sebenarnya.
  3. PICC tak beri tarikh lagi, katering tak ada lagi, kursus kahwin tak pergi lagi, baju kahwin pun tak tempah lagi.
  4. Tema perkahwinan nanti di PICC nanti ialah Melayu Kotemporari.
  5. Desas-desus yang menyatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari adalah tidak benar.
Titik Santai :   
Tak sabar nak tengok wedding Lisa Surihani ....
Wedding Awal-Scha lagi lah tak sabar....
Macam aku plak yang kahwin... t0ing t0ing ......

Saturday, December 24, 2011

Mission Imposible: Ghost Protocol (Memang Imposible:Review)

Salam Sejahtera

23 Disember 2011 barulah saya terjah panggung tengok movie ni. Sempena meraikan adikku balik dari Terengganu (macam lah jauh sangat kan Terengganu tu)....

Mula-mula tengok macam rasa borink, bukan apa... Banyak bebenor penerangannya tu, sakit kepada den nak faham mission nyerr..... Tapi tak lama lepas tu, "wowwwwww" sampai ke habis

Berlatarkan negara India dan Dubai, cukup mempersonakan!! Teruja sih.. Siap ada pelakon hindi lagi dlm  MI4 kali ni.

ADEGAN PALING "IMPOSIBLE"
Memang super sih... panjat menara tertinggi di dunia tu... Mau tak kecut jantung tengok... 
Betul-betul IMPOSIBLE !!!

ADEGAN PALING TERPESONA
Kereta idaman sih... Rasanya kereta ni memang jadi idaman semua orang !!!
BMW Vision Efficient Dynamics

ADEGAN PALING MENDEBARKAN

Pelakon Hindi Yang Terlibat (Sebelah kanan)

MI4 better sebab ada unsur KECINDAN (jenaka)
KESELURUHANNYA :  

Titik Santai :
Puas hati juga lah tengok. Dapat juga tinjau-tinjau menara tertinggi dan suasana Dubai. 
"Ingin melalui hari seterusnya dengan lebih kejutan dan imposible" .... la la la.....


Thursday, December 22, 2011

Drama Korea 49 Days: Cukup Impak! (Review)

Salam Sejahtera

3 hari ni saya jarang blogwalking sebab saya menumpukan sepenuh perhatian untuk menghabiskan drama korea 49 DAYS. Setiap hari tidur lepas subuh sebab nak habiskan 20 episod drama ni. 

Jadi entri kali ini berkaitan drama 49 DAYS.

Luahan Dari Hati :
  1. Drama ini memberi kesan yang mendalam kepada diri saya. Terutama berkaitan AIR MATA TULEN. Apabila menonton drama ini, saya tersedar tidak semua orang MENANGIS akan mengeluarkan AIR MATA TULEN. Keluarga sendiri pun belum tentu, apatah lagi rakan-rakan kita.
  2. Saya berfikir, AIR MATA... Benar, mungkin benar... wujud AIR MATA PALSU.. 
  3. Orang yang kita fikir sayang kita, belum tentu mengeluarkan air mata tulen. Sebaliknya terjadi.
  4. Dalam drama ini, rakan karibnya dan tunangnya yang telah menjadi dalang segalanya. Apakah wujud situasi ini dalam realiti? Saya berharap saya tidak berada dalam situasi watak Shin Ji Hyun.
  5. Situasi selepas 49 hari, cukup memukul perasaan saya. Bila part kematian ni, memang sedih lah kan. Di situ dapat melihat bagaimana manusia akan melakukan perkara yang terakhir dalam hidup mereka.
  6. Andai kita tahu hayat kita tidak lama, lebih baik kita tidak menjalinkan hubungan. Sesungguhnya, akan lebih memeritkan pasangan kita nanti.
 PALING COMEL  :

PALING KESIAN DAN MALANG:
PALING KACAK :

PALING BAIK :

-------------------------------------------------------------------------------------------
Nilai dan Pengajaran : 5 Bintang
Watak dan Perwatakan : 4.5 Bintang
Latar : 4 Bintang

KESELURUHAN

Titik Santai : 
Terima kasih kat mereka yang telah menyebut drama ini dan
Rakan-rakan drama korea yang rekeman drama ni. (Penduduk Galaksi)
Lepas ni saya boleh rekeman kat orang lain plak.
Nak tengok detail drama ni di sini (49 DAYS)
"Bila kita kata TIDAK TERJADI, tidak bermakna ianya benar-benar TIDAK TERJADI."


Wednesday, December 21, 2011

Pernah Makan Roti Telur?

Salam Sejahtera

Pernah makan roti telur tak? Entri kali ni saja jer nak share pengalaman makan roti telur. Sebenar makan roti ni masa tengok bola hari tu... Around pukul 4 pagi. Terasa lapar.

Baru nak memasak ni ....

Siap!!!!!

Titik Santai : 
Kebelakangan ni, asyik lapar roti telur jerrrr......


Sunday, December 18, 2011

Pasang Langsir Guna Kayu, Boleh ker?

Salam Sejahtera ...

Berdasarkan gambar di atas, sebenarnya inilah teknik dan gaya terbaharu untuk kita pasang langsir di rumah.

Masa ni, saya singgah rumah mak cik saya. Dia tengah betulkan langsir rumahnya. Tapi tak sangka sampai kena guna kayu .... Ha ha ha...

Sebenarnya tak ada orang nak tolong dia pegang.. So pakai kayu lah....  Berkesan tapi cukup menyusahkan!!!!

Titik Santai :
Dalam rutin harian kita, macam-macam boleh jadi.. Macam-macam boleh kita guna bagi merealisasikan impian kita. TAPI.... janganlah kita guna teknik dan cara yang "kotor" untuk mengejar impian orang lain. 
Sekali anda menindas orang, 
anda mungkin mengundang seorang musuh. 


Friday, December 16, 2011

Kenapa iPhone 4S direbut?

Salam Sejahtera ....

Pasti semua sudah maklum bahawa iPhone 4S sudah mula dipasarkan. Tengok berita pun, bukan kepalang manusia ingin memilikinya.....

Apakata kita tengok plan iPhone 4S ni..... Click gambar untuk view lebih lanjut .... 
Boleh lah kita tahu anggaran perbelanjaan kita....
Sama ada iphone ni sesuai dengan kita ker tak???
ads

Bring out the best in your iPhone 4 with Maxis talk and data plans.
The iPhone 4S is finally here! Choose a Maxis iValue plan that’s right for you!
Titik Santai :   
 Saya telah memiliki iphone 4 sejak bulan Mei yang lepas. 
Belum sampai setahun jagung pakainya...
Sooo.... Mana mungkin saya nak pakai iphone 4S kan...
kayap lah nanti...
 


Thursday, December 15, 2011

Kisah Tauladan : Kesyukuran Itu Penting

Salam Sejahtera ....
~Sedetik Kisah~
Ali sering merungut akan kekurangan dirinya yang hidup dalam kemiskinan. Ada saja yang tidak kena dan mengimpikan untuk dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

ALI : Kenapa? Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga miskin ini!!!!

Si Tua : Kenapa kamu kelihtan begitu muram. Seperti ada masalah.

ALI : Saya bosan... bosan dan rasa sungguh malang kerana hidup dalam kemiskinan.... Kenapa saya dilahirkan dalam keluarga ini. Miskin!!!!

Si Tua : Miskin?????? Aku tidak melihat kau miskin!

ALI : Baju saya ni koyak-koyak, lusuh.... ini yang pak cik kata saya tak miskin. Orang lain bergaya sana sini. Saya.... dengan baju buruk ini.

Si Tua : Ohh begitu.... Kalau aku nak beli tangan kiri kau dengan harga RM100 RIBU.. kau nak jual tak? 
(Ali hanya membisu)

Si Tua : Kalau aku beli kedua-dua blah tangan kau dengan harga RM 300 RIBU... kau nak jual tak?

ALI : Pak cik nak buat apa???

Si Tua : Kalau aku beli tangan dan kakimu dengan harga RM 1 JUTA... kau sudi jual kat aku?

ALI : Tidak sama sekali... Macam mana saya nak ........ (belum sempat Ali nak cakap lagi...)

Si Tua : Itulah kekayaanmu.... Belum aku hitung lagi dengan kesihatan tubuh badanmu... Umurmu.... Segala yang dikurniakan oleh Tuhan kepadamu... Andai aku beli semuanya... Boleh mencapai angka yang luar biasa... Hargailah apa yang ada pada dirimu....!

Titik Santai :  
  1. Berharap pada diri sendiri lebih baik daripada kita berharap dengan orang lain...
  2. Apa yang ada pada diri kita andai kita guna sebaiknya kita mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan.
  3. Kesyukuran dan hargai dengan kurniaan-NYA...


Wednesday, December 14, 2011

Kisah Tauladan: Kejujuran Yang Melampau

Salam Sejahtera ...

Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang dari negera Dayasari yang menceburkan diri dalam perdagangan mutiara. Dia bercadang menjual mutiaranya di negara Cenderawasih.

Untuk menjadikan mutiaranya kelihatan cantik, pedagang itu meletak mutiaranya ke dalam kotak yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Kotak itu diukir serta ditabur dengan sejenis serbuk yang menghasilkan bau wangi yang lembut.

Suatu hari, semasa pedagang itu menjual mutiaranya, seorang pembeli  melihat kotak-kotak tersebut dan tertarik untuk membelinya. Pembeli itu membeli salah satu kotak tersebut.

Pulang ke rumah, apabila pembeli membuka kotak tersebut, terdapat mutiara di dalamnya. Pembeli berasa sangat hairan kerana dia hanya mahu membeli kotak tersebut. Pembeli menyangka pedagang tersebut telah melakukan kesilapan.

Wajarkah pembeli memulangkan semula mutiara tersebut????

Kisah dipetik daripada 50 Madah Pujangga Masyarakat China

Titik Santai : 
Adakala saya tertanya dimanakah letaknya kejujuran?
Andai kita menghadapi situasi seperti di atas... Apa yang harus kita lakukan?
Sama ada kita perlu pulangkan ? 
Atau kita pergi kedai tu, dan periksa kotak-kotak yang lain.


Pantun Nasihat #1

Salam Sejahtera Semua...... 

Kayu cendana di atas batu,
Sudah diikat dibawa pulang;
Adat di dunia memang begitu,
Benda buruk memang terbuang.

Bagaimana hendak saya longgokkan
Sekam ditaruh dalam salang;
Bagaimana hendak saya sorokkan,
Maknikam jatuh cahayanya terang.

Kemuning di tengah balai,
Bertumbuh semakin tinggi;
Berunding dengan orang tak pandai,
Sebagai alu pencungkil duri.

Kalau ruan mengail ikan,
Jangan mengail ikat sepat;
Bukankah dulu saya berpesan,
Pokok berduri jangan dipanjat.

Titik Santai : 
Saja memilih pantun-pantun tersebut. Dah lama tak berpantun. 
Akhiri entri dengan pantun yang diubahsuai ...

Kemuning di tengah balai,
   Bertumbuh semakin tinggi;
Kalau dia dah berlagak pandai,
   Jangan dilayan, jauhkan diri.

~Terima Kasih Keran Sudi Berkunjung~ 




Tuesday, December 13, 2011

6 Punca Perceraian






 Buku Divorce Proofing Your Marriage menerangkan prinsip dan kepercayaan umum yang sering kali diyakini individu tetapi akhirnya membawa mereka kepada perceraian :






PERNIKAHAN ADALAH SATU KONTRAK
  • Pernikahan memang kontrak yang sah.
  • Namun aspek AGAMA perkahwinan bukan sekadar kontrak. 
  • Perkahwinan juga melindungi individu daripada godaan syaitan yang menyesatkan.
  • Oleh sebab itu, jangan sesekali menganggap perkahwinan hanya sekadar kontrak.
SAYA MENIKAHIMU BUKAN KELUARGAMU
  • Ramai yang anggap hanya melibatkan lelaki atau perempuan atau pasangan suami isteri sahaja.
  • Kebenarannya, anda tidak menikahi pasangan anda sahaja, TETAPI keluarganya juga. 
  • Anda perlu menerima seluruh keluarga pasangan anda.
  • Jadi, jgn bohongi diri dan elak untuk bertema dgn mentua kerana perbuatan itu akan merosakkan perkahwinan yang dibina.
KITA TERLALU BERBEZA
  • Wanita dan lelaki memang dicipta berbeza. 
  • Ketidakserasian tidak akan mampu membunuh perkahwinan tetapi berupaya menjadikan perkahwinan lebih warna-warni dan ceria.
  • Jangan jadikan perbezaan itu sbg batu penghalang dalam mencipta kebahagiaan rumah tangga anda.
CINTA TIDAK BOLEH DIPERTAHANKAN
  • Rasa ghairah memang tidak akan bertahan selamanya tetapi perasaan sayang dan cinta mampu dimilki seumur hidup.
  • Anda mungkin tidak selalu menikmai cinta tetapi anda perlu belajar mencintai pasangan sebagaimana anda sayang diri anda.
  • Rasa cinta perlu mampu dipulihkan dan dipertahankan dengan perubahan.
SAYA TIDAK AKAN BERUBAH
  • Hidup berumah tangga dgn hidup bujang amat berbeza.
  • Sebelum kahwin, anda bebas buat apa sahaja, tetapi lepas kahwin banyak perkara yang perlu dikongsi bersama.
  • "Saya tidak akan berubah" ayat ini tidak perlu ada dalam diri anda dan perkara ini akan memusnahkan perkahwinan.
BERCERAI JIKA CURANG
  • Kecurangan merupakan masalah serius, namun tetap dapat dibaiki keadaannya.
  • Apa yang penting, putuskan hubungan dengan kekasih gelap anda dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
  • Berusahalah untuk memulihkan rumah tangga dan membina kebahagiaan bersama.
  • Keikhlasan hati dan usaha berterusan amat diperlukan.

   Sumber dari Majalah Harmoni, 15-30 Nov  

Titik Santai :   
Saja jerrr kongsi info ni... Sebagai panduan masa depan diri saya sendiri.

BEST FROM THEM, VIEW IT...

Monday, December 12, 2011

OBSES Twilight ker awak ni?

Salam Semua....

Macam dah agak lambat sangat saya nak buat review filem TWILIGHT SAGA BREAKING DAWN : PART 1. Sebenarnyakan, baru semalam sih tengok.. Obses sangat ker....

Ni novel Twilight. 
Tapiii..... Saya tak baca habis pun lagi... 
Membazir tak? Beli tapi tak baca!!

Banner The Twilight Saga New Moon Tergentung indah sih...
Sebelah tu poster Avatar yang diframekan.....
Ni dikira obses ker?
I dont think sooo.... :-)

Sebenarnya, saya ni bukanlah tergolong dalam kalangan yang OBSES movie ni, mungkin faktor terpengaruh dengan rakan sekerja masa kerja kat GSC dulu. So, layann jer lah.... 

Keseluruhan movie Twilight Saga Breaking Dawn Part 1 yang ditonton....
Santai Leeza beri .............

Titik Santai :  
Banyak lagi movie yang hendak saya layannn cuti ni...
Sebenarnya saya tengok movie tadi.. FREE.. hehehe
Guna Complimentary past...
Masih berbaki-baki lagi ni....

Saturday, December 10, 2011

Lisa Surihani Menyanyi, Jom Dengar!

Salam Sejahtera Semua ... ...

Dari tengok Man Utd vs Basel pagi khamis tu, terus blogging then dengar radio sampai pukul 10 pagi. (peliknya tak ngantok pula semalaman tak zzZZzz).. Buka Twitter, Lisa Surihani akan ke udara di Hot.fm. Apalagi, buka radio lah ....

Di akhirnya, Kak Lisa kita menyanyi sih... Katanya, kalau karaoke, Lisa Surihani akan nyanyi lagu Awie ni. Apa lagu tu???  Meh dengar ni .... 


video

Titik Santai : 
Sepanjang dengar Hot.fm pagi tu, saya rasa terhibur lah. Tu yang tak ngantuk.

Tapi lepas tuuuu..... Uiiii naaaa...... Sakit Kelapa!!!!!

Friday, December 9, 2011

Kebodohan Yang Memakan Diri

Hello readers. 

Kali ni nak kongsi kisah dongeng. Sebenarnya nak letak gambar ular, tapi saya sendiri geli melihat gambar-gambar ular di yang dicari di google. Jadi saya teruskan jer lah dengan kata-kata tanpa gambar.... Cerita yang diadaptasi daripada sebuah buku motivasi : 50 Madah Pujangga Masyarakat China.

Terdapat seorang tuan rumah sedang mengadakan pesta. Dia ingin menghidangkan jus anggur kepada para tetamunya, namun kuantitinya tidak mencukupi.

Maka dia mengadakan pertandingan untuk merebut anggur tersebut. Arahan pertandingan :
  1. MELUKIS SEEKOR ULAR PADA LANTAI.
  2. SIAPA YANG SIAP DAHULU, DIKIRA PEMENANG.

1 ... 2... 3.... Mulaaaaaaa.........!!!!!!!

Abu dapat menyiapkan lukisan dalam masa yang singkat. Dia pun ambil jus anggur tersebut namun dia tidak meminumnya. Sebab dia melihat tetamu lain masih belum menyiapkan lukisan mereka.

Lalu, Abu menambah kaki pada lukisan ularnya. Sedang dia melukis kaki pada lukisan ularnya, Ali telah menyiapkan lukisan ularnya. Ali merebut jus anggur tersebut. Mereka berbalah antara satu sam lain.

Tuan rumah berkata :
"Awak belum selesaikan lukisan awak kerana awak sedang melukis kaki ular! Kenapa awak perlu tambah kaki pada ular itu."

Akhirnya, Ali telah mendapat jus anggur itu.

PENGAJARANNYA :
Lakukanlah sesuatu itu sebagaimana seharusnya. Janganlah kurang mahupun lebih. Hal ini kerana menambah apa-apa yang tidak perlu akan menyebabkan yang betul menjadi salah walaupun masih mempunyai masa.

Cuba lakukan perkara lain yang lebih berguna.
Atau, gunakan masa tersebut untuk berehat agar fikiran anda lebih segar untuk melakukan perkara berikutnya.
Titik Santai :   
Orang yang bertindak keterlaluan akan merugikan diri sendiri. Lakukan semua perkara dengan penuh kesederhanaan.

Adakala sesuatu perkara itu tidak perlu kita lakukan.. Tapi kenapa kita tetap nak buat dan akhirnya kita sendiri yang rugi.. kita sendiri yang terluka.... Renung-renungkan.....





Wednesday, December 7, 2011

Trafik Blog Meningkat: Cara saya.

Hello readers.... Apa khabar kalian? 
Saya buat entri ni bukan nak tunjuk trafik meningkat ker apa, cuma nak share dengan kawan-kawan seperjuangan yang ingin meningkatkan trafik khususnya ferdy!! (boleh klik tengok blog dia)

Sebelum ni, trafik blog ni sehari paling tinggi 60-70 jer pengunjung... Tapi 2 minggu ni, trafik kian meningkat sih. Lagi-lagi 2 Disember..

Minggu lepas, trafik Santai Leeza meningkat mendadak secara tiba-tiba. Tengok ni ... Tapi satu hari jer lah... Hari-hari yang lain tu kira naik juga jika dibandingkan dengan sebelum ni.


Cara Santai Leeza :

Guna kemudahan yang diberi seperti :
  1. Ping Busuk
  2. Blogged.my
  3. Innit
  4. Geng Blogger
4 laman ni memang menjadi pilihan untuk ping entri terkini. Serius membantu kalian. Tak banyak pun, sikit tu ada.

Tambahan :
Kalau kalian ada join group di FB boleh lah ping, CONTOH :

  1. Komuniti Gila Blog - KLIK
  2. Blogger Area - KLIK
  3. Suka Hati Jer Buat Blog! - KLIK 

YANG PALING PENTING :
Kalian kena RAJIN BLOGWALKING .....
Kunci kejayaan untuk dapat trafik tinggi dan pengunjung ....
Bila kalian blogwalking tu, rajin-rajinkan tangan kalian untuk tinggalkan komen. Dengan itu, pasti kalian pun dapat komen juga.



Dulu, buka dashboard memang tak ada orang komen. Sekarang dah okey sikit....
Kalau dah komen boleh juga buat macam ni...
<a href="URL ENTRI ATAU BLOG"> TAJUK YANG DIINGINI...</a>
TAMBAHAN :
Setiap komen yang ditinggalkan, saya memang balas di blog pengunjung tersebut. Saya tidak balas di ruangan komen itu.

Titik Santai :

  1. Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan jejak di blog Santai Leeza.
  2. Rajin-rajin juga lah singgah blog yang kalian follow k..
  3. Sebenarnya saya buat blog ni suka-suki jer.. Cuma sekarang ni tengah cuti semester, layan blog dan kembangkan sayap.
  4. Sebarang perkongsian digalakkan..


Tuesday, December 6, 2011

Ana akhiri zaman janda 11 Disember dengan anak Chef Wan


Ana Dahlia kini sudah bergelar tunang orang. 
6 bulan menyulam cinta, akhirnya Ana menjadi tunang kepada Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.

Bicara Ana Dahlia :
  1. Gembira sebab Riz dan keluarga menerima diri saya seadanya.
  2. Kagum dengan Chef Wan sebab tidak mementingkan darjat dan status. Memandangkan dirinya berasal daripada kampung. Tidak menyangka Chef Wan dan seluruh ahli keluarga memberi layanan yang cukup baik kepada keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa Chef Wan tidak langsung fikir soala darjat.
  3. Chef Wan seorang yang tegas dan cerewat namun berhati mulia dan baik.
Tarikh 11 Disember 2011 telah pun dipilih untuk diijabkabulkan. Keluarga kami tidak mahu bertunang lama-lama. Walaupun buat masa ni kami sibuk, namun kami akan cuba membuat persiapan yang terbaik. Riz juga tengah sibuk dengan MASTER OF THE CHEF 30 November 2011.

(Info dipetik daripada Mingguan-Pacaindera)


Titik Santai :    
Selamat Pengantin Baru yer.....
Suka tengok Master Chef... Walaupun Chef Riz ada sejarah yang kurang enak dalam master chef, tapi saya tetap suka menontonnya...

Monday, December 5, 2011

Kantoi Santai : Buat malu diri sendiri.


         Suatu pagi, di bawah pohon yang rendang duduklah seorang pemuda. Semenjak tadi pemuda itu asyik memerhatikan seorang gadis cantik yang sedang berjalan di taman. Kecantikan gadis itu membuat pemuda itu jatuh hati.

Lalu, pemuda itu mendekati si gadis lalu memperkenalkan dirinya.
“Nama saya A’Gun. Sejak tadi saya asyik memerhatikan saudari. Saudari sungguh anggun dan cantik. Saya telah jatuh hati pada saudari.”

Si gadis tersenyum lalu menjawab,
“Saudara silap. Adik saya lebih muda malahan jauh lebih cantik dan anggun jika dibandingkan dengan saya. Adik saya ada di belakang saudara.”

Pemuda itu menoleh ke belakang dan tiada sesiapa di belakangnya.
 Saudari tipu saya ya...”

Si gadis menjawab
“Saudara yang tipu saya.... Sebentar tadi saudara menyatakan saya cantik dan anggun, tapi kenapa saudara perlu menoleh ke belakang mencari gadis lain.”

Si gadis pun beredar..... Pemuda itu tercengang....!

Kisah ini diuabahsuai daripada sebuah buku "Falsafah Kehidupan Masyarakat China"

Titik Santai :  
Setiap yang kita tuturkan haruslah seiring dengan perlakuan kita.
Jangan cakap lain, tapi buatnya lain... 
Peringatan di sebalik kisah di atas...

Saturday, December 3, 2011

Pertandingan Badminton Jam 3.30 pagi



Saya telah menyertai pertandingan badminton di Lee Chong Wei Sport Arena, Jalan Klang Lama semalam. Berdasarkan jadual perlawanan, game saya akan bermula pada 11.15 malam

Malangnya, disebabkan masalah teknikel di siang hari, perlawanan lambat 4 jam. Rasanya kalau pergi Muar dan sampai kot.

Dari jam 10.45 malam saya menanti sehingga jam 3.15 pagi. Tak payah cakap lah, mata ni macam nak tutup dah. Dah malas nak main. 

Kira-kira Jam 3.00 pagi, perlawanan saya bermula namun pihak lawan tidak ada. 

15 minit tunggu, jadi kami diberi kemenangan percuma. Tiba-tiba pihak lawan muncul, saya dah kemas beg, kasut pun dah tanggal... Partner pun dah siap nak balik.

Kami diminta bermain... Nak tak nak, main jer lah...
AKHIRNYA, kami kalah 25 -30 ... Hahaha.....

Kecewa tapi puas hati sebab good try lah... 1st time berlawan jam 3.30 pagi. 

Ni dah kategori lawan kesabaran dan kekuatan mental kot...

Titik Santai : 

Kepada partner saya tu, pagi tadi kita dah try the best lah.... No luck & mistake menyelebahi kita. 1st time masuk perlawanan... 

Kepada peserta-peserta lain, ALL THE BEST....
Abang Lee Chong Wei pun ada kat situ...