Wednesday, January 18, 2012

Cara Sediakan Laporan Dokumentasi

Kali ni nak share share pasal DOKUMENTASI atau Laporan Dokumentasi. Cara nak sediakan buku dokumentasi @ laporan dokumentasi. Saya share maklumat ni sebenarnya nak memudahkan rakan-rakan yang mungkin akan dilantik memegang jawatankuasa ni. 

Sebelum tu, kalau ada salah silap, kekurangan sila maklumkan. Apa yang dinyatakan ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri. Boleh jadi penyediaan dokumentasi bagi pihak tertentu berbeza dengan saya.

Ni dua contoh dokumentasi yang dihasilkan :

Dokumentasi Pementasan Teater Kanak-kanak Mesin (2011)
Cover depan dan Cover belakang
Cover Buku Dokumentasi Perkhemahan Unit Beruniform PPK 2010

Kandungan sesebuah buku dokumentasi :
  1. Kertas Kerja
  2. Jawatankuasa
  3. Pendahuluan : macam sekapur sirih ... buatlah ulasan serba sedikit tentang perkara yang bakal dilakukan.
  4. Laporan Aktiviti : Buatlah laporan berkaitan aktiviti yang terlibat. Kalau ada gambar lebih baik.
  5. Penutup : lebih kepada penghargaan jawatankuasa dokumentasi itu sendiri atau penghargaan keseluruhan jawatankuasa yang terlibat.
  6. Lampiran : Masukkan semua bahan-bahan bercetak yang terlibat seperti, kad jemputan, brochur, buku program, laporan kewangan, gambar-gambar aktiviti dan sebagainya.
Berikut beberapa kepingan gambar kandungan dokumentasi yang pernah dihasilkan :

Ni semua bahagian lampiran ; Gambar-gambar.

Ni Partition sesebuah dokumentasi. Nak buat boleh , tak buat pun boleh.
 Partition juga : kenapa ni warna hijau. 
Sebab ni copy yang pertama. 
Dokumentasi Teater Mesin, saya buat 3 copy atas permintaan pensyarah.
Ni contoh laporan Teater Mesin 2011.
Ada laporan ada gambar.





Yang ni pula laporan Perkhemahan Pandu Puteri 2010.
Sama juga, ada laporannya ada gambarnya.
Titik Santai :    
Demikianlah hasil dokumentasi saya.
Andai ada sebarang penambahbaikkan silalah maklumkan.
Andai ada persoalan, sangat mengalukan kalian meninggalkan komen.
Insyaallah saya akan membalasnya.
"Sharing is Caring" tapi jauh-jauhkanlah dari palagiat / ciplak hak milik orang.

14 comments:

  1. Cantik cover depan tu..pandainya buat hehe :)

    ReplyDelete
  2. wah..buat report..benda yang paling tak best..especially kalau nak kena set format sendiri..hehehe..

    p/s: kalau report utk keja laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Kalau cetak rompak memang salah OOOooo ... :D

    ReplyDelete
  4. Tetapi kalau tiru 100% rasa boleh kot ... hanya perlu tukar nama, tarikh dan apa2 yang patut ... format masih sama lagi ... betul tak ?

    ReplyDelete
  5. Wow ! terer nya buat banyak tu ... cayalah ... ini ira ada bakat jadi editor ni ... :D

    ReplyDelete
  6. er,cik x penah buat lg..ehehe

    p/s: cik dh lupe kat mane cik edit gmbr dekstop tu tp cik wat online..kak liza cube la search online photo editor,msti bnyk web yg sediakan editor free =)

    ReplyDelete
  7. dedulu selalu ngelat xnk jadi setiausaha persatuan sbb nnt kena wat report ngn minutes..hee~

    ReplyDelete
  8. lama tak buat benda2 macam ni,sekarang ni asyik dgn komputer jer..huhu

    ReplyDelete
  9. Tutorialnya sangat membantu aku dalam mendokumentasikan seseuatu. Thanks sudah berbagi.

    ReplyDelete
  10. Lepas nie bolehla Eyz buat laporan dokumentasi utk pandu puteri nie..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.