Friday, March 2, 2012

Tersiar Di Tunas Cipta : Kasih dan Sayang

Akhirnya, puisi leeza tersiar juga di majalah TUNAS CIPTA.


Tajuk : Kasih dan Sayang
Kasih dan Sayang,
Mengapa tidak kau hadir
Dalam hati kecil anak itu
Mengapa tidak kau hadir
Di seluruh jiwa anak itu.

Kasih dan Sayang,
Kau masih setia
Dalam hati kecil bonda itu
Kau tetap setia
Di seluruh jiwa bonda itu.

Kasih,
Kau bisa usir lara
Yang menemani hari si bonda.
Sayang,
Kau bisa usir air mata
Yang membasahi pipi si bonda.

Kuseru namamu Kasih dan Sayang,
Selitkanlah setitik keadilan
Hadirlah dalam hati anak itu
Agar bahagia dinikmati si bonda selalu.
-Tunas Cipta Keluaran March-

Titik Santai :  
Pada siapa puisi dituju, biarlah malam menjawab segalanya.
Kenapa malam... Kerna malam itu terlalu kelam dan merahsiakan sejuta makna.

10 comments:

  1. wah..tahniah..mmg liza tulis ker??stylo gak..hehe..ade bakat menulis puisi ga rupanya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. wah! kluar kat majalah TUNAS CIPTA? hehe congrats..

    pandai awak buat..

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat anda...
    Satu justifikasi bakat anda!!!
    Berapa lam karang puisi ini?

    ReplyDelete
  4. hanya semalam saya mengarang. kemudian, saya terus emel ke editor...
    saya mengarang ni sbb sahut cabaran kawan saya.......

    ReplyDelete
  5. Tahniah Cik Leeza.

    Moga banyak lagi peluang keluar surat khabar dan lain lain media untuk blog Cik Leeza ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.