Thursday, April 12, 2012

Bahan Bantu Mengajar : Berita Kemalangan

Salam Sejahtera ...


Kemalangan Tiga Buah Kenderaan



SKUDAI, Sabtu – Sebuah kemalangan ngeri telah berlaku jam 11 malam semalam. Kemalangan itu melibatkan sebuah lori balak, sebuah motosikal dan sebuah kereta Naza Ria. Kemalangan itu telah mengorbankan dua nyawa dan seorang mangsa masih lagi dalam rawatan.

         Pemandu lori disyaki memandu dalam keadaan yang mengantuk dan penunggang motosikal memandu dalam keadaan berbahaya serta tidak memakai topi keledar. Pemandu kereta dikatakan sedang berbual melalui telefon sambil membawa kereta. Mangsa tidak memakai tali pinggang keledar.

Erma, 32 tahun iaitu pemandu kereta terkorban di tempat kemalangan. Ng Hi Rau, yang berusia 20 tahun iaitu penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke hospital. Motosikal mangsa dikatakan terperosok ke bawah lori.

Roh Rajan, 54 tahun iaitu pemandu lori hanya cedera di kepala dan patah tangan kerana tersepit. Kayu-kayu balak juga dikatakan berselerak di atas jalan raya.

Pihak berkuasa berpesan agar semua pengguna jalan lebih berhati-hati dan tiba di destinasi dengan selamat. “Pandu Cermat Jiwa Selamat.”

Titik Santai : 
Petikan di atas merupakan bahan bantu mengajar dan hanya rekaan semata-mata.   

5 comments:

  1. bilakah kemalangan itu berlaku?

    berapakah mangsa yang terkorban?

    bagaimanakah kemanlangan ngeri berlaku?

    siapakah yang terselamat dalam kemalangan itu?

    ReplyDelete
  2. thank akk ats entry ni..bantu lyeen cari maklumat psl keja en lokman..:) hahaha:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.