Sunday, April 15, 2012

BBM: Contoh Petikan Berita Kejadian Tanah Runtuh

Salam Sejahtera ...

Berikut merupakan petikan Berita Tanah Runtuh untuk pengajaran pada 17 April 2012. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------  

SIMPANG PULAI, Sabtu - Sekurang-kurangnya empat cerun bukit dikenal pasti mengalami pergerakan kecil tanah berikutan hujan lebat sejak tiga hari yang lalu. Jabatan Kaji Cuaca Ipoh melaporkan semua cerun tersebut berada dalam keadaan terkawal.

     Cerun-cerun yang terbabit adalah di jalan susur ke Simpang Pulai, jalan ke Pos Slim dan ke Kampung Bukit Raja. Para pengguna yang sedang menuju ke Tanah Tinggi Cameron diminta berhati-hati semasa melalui jalan tersebut.
   
     Menurut Pengarah Jabatan Kaji Cuaca Ipoh, Encik Akmal, pergerakan kecil tersebut dijangka akan berlarutan selagi hujan tidak berhenti. Justeru, pihak Jabatan Kaji Cuaca akan sentiasa memantau lokasi demi memastikan keselamatan pengguna di jalan itu terjamin.

     Dalam pada itu,  beliau mengingatkan para pemandu agar mematuhi had laju yang telah ditetapkan iaitu 50 km sejam. Jangan sekali-kali memotong kenderaan di hadapan. Selain itu, lampu kenderaan hendaklah dipasang ketika hujan atau semasa kabus tebal.

    "Kami juga berharap pengguna akan segera menghubungi kami seandainya mereka ternampak pergerakan tanah di mana-mana lokasi berhampiran. Talian kami ialah 05-80889994," tambah beliau lagi.

 Kosa Kata :  
  1. cerun - lereng bukit
  2. terkawal - dapat diatasi
  3. berlarutan - berterusan
  4. had - batas

Titik Santai : 
Sekali lagi leeza menggunakan blog ini sebagai ruangan mengajar leeza di sekolah. Terima kasih kepada yang memahami. :-)

1 comment:

  1. Ini merupakan sumbangan kepada pendidikan negara ... teruskan usaha yang murni ini :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.