Friday, June 8, 2012

Bila Saya Tengok Man Sewel Datang KL

Salam Sejahtera ...

Lepas melawat Istana Negara, makan ikan bakar area Istana Negara (lama). Leeza pergi Aeon (Jusco) Cheras Selatan, tengok wayang. Adik leeza lah nak sangat tengok wayang. Plan nak tengok Snow White atau MIB. Malang sih, tiket habis. Nak ker duduk 1st or 2nd row??? Tak sanggup lah... So nak layann HOORE HOORE... Tup Tup tengok tak sampai 10 orang pun, sedangkan show pukul 1.35 dan leeza kat kaunter pukul 1.35.. still tak ada orang tengok. So tengok lah MAN SEWEL ... agak-agak kami sewel tak tengok movie tu?

Tak pernah terlintas nak tengok movie ni. Dah layannn .... Oklah.... 3 Bintang... Tak lah bosan sangat.. Cuma Sound System terlalu kuat.. Bingit telinga dibuatnya!!


Sinopsis: (kredit dari sini)
MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man...pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.   Teruskan membaca di sini ...

Ending cerita ni OKlah juga... gambar real Shuib dan Sarah....
Sekadar nak isi masa lapang boleh lah.. Nak harapkan kesan dan impak yang mendalam, tidak kot. Lagipun ni bukan action movie. huuuuuuuuuuuuuu..........

2.8 BINTANG : Man Sewel Datang KL.
 
Titik Santai :    
Dah lama amat-amat leeza tak tengok cerita melayu yang berkonsepkan komedi sebegini di panggung. Kurang minat menonton movie seperti ini di panggung. Kalau kat TV, memang layannn.....
 

8 comments:

  1. huarghhh xde org tgk?

    cite melayu

    ape nk dharapkan sgt kan?

    ReplyDelete
  2. mcm pelik je normaliza tgk crita mcm ni..kt wayang plak tu.haha...tgk la MIB3..bes gla

    ReplyDelete
  3. @Nur Izzati
    penuh lah der... ikutkan tak nk der tgk,.......

    ReplyDelete
  4. hehe kalo xrasa nak mtk balik duit tiket pas kua,,kira ok la 2..

    :p

    ReplyDelete
  5. teringin gak nak tgk ni sbb shuib jdi hero.. 1st time.. haha

    ReplyDelete
  6. Menghampiri penghujung cerita ni jadi sangatlah bosan. Meh baca review kami juga di KakiWayang.com : Review Filem Man Sewel Datang KL

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.