Monday, June 18, 2012

DIR... KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA : Anda Mahu Tengok?

Salam Sejahtera ...

Selalu ringan tangan berkunjung ke  laman Istana Budaya. Inilah persembahan koir yang bakal berlangsung di IB. Ermmm... Siapa tidak mahu mendengar alunan lagu Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad. Leeza sendiri tidak pernah rasa jemu dan bosan mendengar koleksi lagu beliau.

Mungkin leeza tak berkesempatan untuk berkunjung dan mendengar persembahan koir itu. Tapi leeza nak promosi pada mereka yang berminat.... Well leeza dah mula intership + nak setle kan tesis yang bakal dibentangkan pada bulan September nanti.

Seperti Biasa, Kalau Nak Beli Tiket, di sini : 
http://www.ticket2u.biz/


 

SINOPSIS 

Selepas 20 tahun pemergian Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad, namun lagu-lagu ciptaan serta nyanyiannya yang cukup dekat dengan budaya serta kehidupan masyarakat seharian masih lagi segar dalam ingatan kita semua. Sebagai satu penghormatan atau tribute kepada ikon muzik Malaysia yang disenangi serta disayangi ramai ini, Koir Kebangsaan yang genai 20 tahun penubuhannya akan mempersembahkan Dir… Koir Kebangsaan Malaysia. Apa yang menarik, dalam konsert ini nanti, Koir Kebangsaan ini akan mengalunkan vokal harmoni mereka menerusi 23 buah lagu Allahyarham Sudirman yang hits seperti Terasing, Antara Hujan dan Air mata, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Itu, Pelangi Petang, Merisik Khabar, Hujan dan One Thousand Million Smiles. Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan pergerakan, lakonan dan lontaran suara ahli Koir Kebangsaan ketika persembahan.

 HARGA TIKET UNTUK PERSEMBAHAN NI :  
RM10, RM20 dan RM30

Kredit Sini ; Klik Sini

Titik Santai :
Kalau ada kesempatan, rasanya nak ajak lah my dear pergi.... Hmmmmm....... Nak kew? 

13 comments:

  1. Murah je harga tiketnya, kan? :)

    ReplyDelete
  2. mesti beshhhh konsert sudirman nih.

    ReplyDelete
  3. mesti ticket sold out. Reganya pun dalam kemampuan. Ada masa nanti nak g gak la.

    ReplyDelete
  4. macam menarik jer...hehe..harga pun berpatutan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. sehingga ke hari ini masih tak berkesempatan ke IB lagi... (",)

    murahnye tiket ni eh... RM10 (",)...huhu

    ReplyDelete
  6. gajah mati tinggal apa?
    manusia mati tinggal lagu ;-)

    ReplyDelete
  7. @Adylia Qarissa

    gajah mati tinggal kain pelikat..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.