Saturday, June 30, 2012

Semporna, Sabah: Pulau Busungan Hangat

Salam Sejahtera ...

Entri percutian di Pulau Busungan diselit dengan bait-bait ayat yang 
menggambarkan sejuta rasa.


NUKILAN :
Sejauh mana aku tergambar kehidupan mereka di sini. Saat dan detik ini aku benar-benar mengenal erti kesyukuran yang asli. Kehidupan kanak-kanak yang jauh berbeza di sini.


NUKILAN :
Marilah kita melihat sesuatu perkara itu sekurang-kurangnya dari 3 sudut yang berbeza.
Kerna kita akan mendapat sekurang-kurangnya 3 perkara yang berbeza. 
Justeru, buatlah keputusan di atas sesuatu perkara itu dengan menilai 3 hasil itu.


NUKILAN : 
Bingkisan yang mencerita sesuatu rasa yang tidak bisa aku rungkaikan dengan sebaris ayat sekali pun. Permukaan yang biru belum tentu asalnya adalah BIRU. Yang Sebenar tetap ada yang mengetahuinya.


NUKILAN :
Rangka sebuah rumah perlu dibina kukuh. Agar masa mendatang tidak roboh ditiup angin.
Ibarat kata-kata perlu diluah dan dinyata kukuh, agar masa mendatang tidak memakan diri.


NUKILAN :
Di sebuah pulau yang asing lagi tidak pernah singgah namanya pada diri ini, kutemui  ini. 
Ibarat dalam dunia ini banyak perkara di luar jangkaan kita yang akan berlaku. Jadi wajarlah kita tabah menghadapi saat tidak diduga.

Titik Santai :
Kali ini entri yang berlainan, kerana saat membuat post ini, seribu emosi singgah di hati. Sehingga tidak lagi membicarakan keindahan pantai ini. 

Nama pulau di atas ialah PULAU BUSUNGAN. Pulau yang baru dibuka penempatannya dan indah sekali. Air yang amat jernih!!!!


13 comments:

  1. cantik sngtla

    nmpk indah je

    ke cr tangkap gamba y mencantikkan ni hehe

    ReplyDelete
  2. kesiannn tgk khidupan mereka tuh

    ReplyDelete
  3. bestnye lama dah x g laut.. waaaaa

    ReplyDelete
  4. Indahnya ciptaan Illahi..:)
    nice pic with nice words... menambahkn keinginan nk melancong kat sabah ni,hehe

    ReplyDelete
  5. Entri ni sgt menarik..gambar yg sgt indah dan bermakna, sekurang2nya mereka bahagia dan ceria hidup disana.. ^_^

    ReplyDelete
  6. fuhhh cntik!! bila lah dpt pegi area2 sbh ni..haha

    ReplyDelete
  7. @Iffah Afeefah yer... leeza suka pemandangan dan suasana di sana. tp mcm kesian melihat penempatan mrk.

    @Unknown yer... saya sendiri kesian sbnrnnya......

    @RazFiRa Lautan menggambarkan sejuta makna. saya suka sangat... dpt ilham buat sajak.

    @zaxx Melancong mmg best. Tapi ongkosnyer kena gak disediakan mencukupi. huuuuu.. kalau tidak, tak best lahh.

    @Elih Japahar SAAT menulis dan mengedit, minda ni penuh kusut.

    @hairy MEMANG cantik sangat.... ohh yer... agak2 u amek upah buat header?

    @jebengotai TAK ADA tandas tau. membuang di laut... hmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  8. cantik suasana pulau ni.... tp komen tok graphic pic x brape perfect... :) tp boleh ar...

    ReplyDelete
  9. Rasanya boleh dikira dengan jari jumlah saya ke pantai. Namun saya sukakan pantai sebab memori masa kecil kot. Lol.
    Ni baru ke? Sabah dah makin banyak pulau untuk pergi. Oh.. akan pergi satu masa nanti.

    ReplyDelete
  10. @otayko dhimz yup setuju. sbb apa yg saya tulis tu nk cuba dikait dgn gmbr...
    saat tulis nukilan tu.. saya tgh emosi dgn sesuatu prkara.

    ReplyDelete
  11. @Apple mai lah terjah pantai sana sini...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.