Sunday, August 12, 2012

Bahasa Blogger Teruk Sangat Ker?

Salam Sejahtera ...

Dewan Bahasa keluaran Jun 2012 memuatkan beberapa artikel yang menyentuh tentang isu bahasa dan media internet (blog, web, laman sosial). Suatu ketika pernah leeza pernah bertanya pada seorang blogger yang terkenal tentang penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam blog. Juga leeza pernah membaca entri berkaitan penggunaan bahasa dalam blog dan seumpamanya. Setiap insan mempunyai pendapat masing-masing.


Kenyataan iniSebagai pendidik, kita perlu membetulkan bahasa kita, jaga bahasa yang ditutur dan ditulis. Jangan merosakkan bahasa.


Sekarang, leeza tertanya, sejauh mana blog leeza, entri-entri leeza menggunakan bahasa yang betul, bahasa yang tidak merosakkan anak-anak bangsa. Jujurnya, leeza akui leeza bukan dalam kelompok mereka yang menggunakan bahasa 100% betul. Itu leeza akui dan leeza belum mampu serta masih mencuba untuk menyempurnakan penggunaan bahasa Melayu leeza pada tahap yang optimum.

Oleh yang demikian, leeza boleh katakan, leeza cuba meminimakan penggunaan bahasa dan ayat yang tidak gramatis.


Antara ayat-ayat dalam artikel Dewan Bahasa :

Penggunaan bahasa yang salah akan menggambarkan kelemahan dalam kemahiran bahasa dan yang paling buruknya akan memaparkan kelemahan diri.



Bentuk dan struktur bahasa yang sedemikian (bahasa rojak, bahasa pasar & penggunaan singkatan sesuka hati) bukan sahaja berlaku dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa lain di dunia ini. Keringkasan bentuk amat diutamakan dengan mengetepikan persoalan nahu bahasa yang semestinya dikekalkan dan dijaga.



Apabila memperkatakan penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti rendah ini, secara langsung hal ini akan menyentuh aspek kesantunan dalam bahasa yang turut tidak diberikan perhatian utama. Ungkapan kasar seperti mulut puaka, mulut longkan, muka pecah penggung, yang suatu ketika dulu dianggap tabu untuk ditulis, namun kini menjadi perkara yang biasa.

Dipetik daripada Dewan Bahasa Jun 2012, halaman 7-10.


Contoh :
Study – studi
Sini – cni
Pergi – p / pi
Kenapa – napa / nape
Kau – ko
Pun – pown
Begitu – gitew
Mantap – mantaps
Gila - giler

Titik Santai : 
Entri ni TIDAK bermaksud untuk membuktikan kesalahan mereka yang tidak menjaga bahasa, (leeza sendiri ada guna bahasa yang salah)... Tapi entri ini leeza buat sebab perubahan dan perkembangan era globalisasi yang menyebabkan bahasa kian berubah. Apa yang penting, guna bahasa mengikut situasi yang betul dan tujuan kita. Kita sedar akan apa kita buat dan khalayak mengetahui maksud yang hendak disampaikan. Jangan TERLALU menghukum mereka yang silap, sebagai manusia, kita sama-sama lah meningkatkan kualiti diri. Sekali lagi, leeza sendiri banyak juga mengubah bahasa yang sedia ada.

Komik juga ada laras bahasanya, setiap tempat dan situasi ada laras bahasanya.

PEDAS : 
Apa perasaan anda kalau orang cakap  "PAHAL KO B*D*H SANGAT, MENGEJA PUN TAK RETI."
Mungkin kesilapan ejaan itu 1 kesilapan yang sangat besar sehingga dimaki "B*D*H"... haaaaa



21 comments:

  1. DBP nii
    inilah di tegur
    banyak lagi bende lagi penting perlu di tegur

    ReplyDelete
  2. setuju dgn pendapat leeza......
    cuma kekadang kita terlalu selesa dgn cara kita......
    tapi kalau bukan kita semua yg nak memertabatkan bahasa kita sapa lagi kan?

    ReplyDelete
  3. nama pon blog....bende free...memg xlari dari kesilapan mengeja...

    ReplyDelete
  4. hehe tulah kan

    iffah pon dok pk2 jage bahasa kat blog tu

    kang skema sngt org xnk bace

    #anda ditag

    ReplyDelete
  5. Saya juga bukan manusia yang sempurna tidak salah kalau kita memperbaiki pengunaan bahasa yang betul. Memanglah mudah mengunakan bahasa pasar kerana entri berkenaan lebih mudah dibaca.

    ReplyDelete
  6. jnji boleh faham dah la... Mmg betul bahasa jiwa bangsa, tapi kalau nak disalahkan blog atau seangkatannya, baik salah kan yang kat luar tu.. Macam bahasa rojak... Kalau kat banner ke banting ke, selalu kita jumpa ayat rojak...

    ReplyDelete
  7. kenkadang tu kita ni terlalu ikutkan loghat negeri masing2, tu bahasa boleh jadi lain sikit

    7 Cara mudah bina backlink

    ReplyDelete
  8. banyak jugak blog yang suka taip bahasa-bahasa 'moden' dengan niat nak dekatkan diri dengan pembaca lain tapi bahasa tu kadang kala buat kita menyampah nak baca..susah nak paham.. lebih senang kita gunakan bahasa baku.

    dkna pon ada jugak rojakkan bahasa tapi mungkin ia masih boleh difahami oleh orang lain.

    ReplyDelete
  9. Menulis di dalam jurnal dan di dalam blog perlu ada perbezaannya. Mana mungkin kedua-duanya mempunyai gaya dan penyampaian yang sama. Sesuai dengan fungsi blog, menyampai dengan santai, kesilapan ejaan yang minima itu biasa. Tidak perlulah terlalu skema dalam penulisan blog. Jika ada bunyi-bunyi di belakang mengatakan penulis blog menggunakan tatabahasa yang tidak tepat dan terus dilabel sebagai perosak bahasa dan bangsa, hebat lagilah kerosakkan yang dibuat oleh mereka yang mencampur adukkan bahasa melayu, inggeris,jawa dan spanyol dalam pertuturannya. Tetapi perlu juga diperbaiki tatabahasa dan intonasi tulisan yang cuba digarap dalam sesuatu artikel agar pembaca mudah faham dan tidak jemu ( seperti membaca jurnal).

    ReplyDelete
  10. kalau terlalu formal pun tak boleh jga hehe

    ReplyDelete
  11. @Cikgu Hairul

    yup setuju aku bro, dalam blog penyampaian nyer tdk sama dalam majalah atau sebagainya....yang penting si penulis itu tahu bahasa ug indah untuk disampikan..dalam hal ini pula yang paling penting apa yg hendak disampikan...

    ReplyDelete
  12. bahasa melambang bangsa, saya juga tidak terkecuali kadangkala sebagai seorang blogger mesti letakkan situasi anda sama ada bahasa blog itu sesuai atau tidak untuk disampaikan..
    Nota:selalu ingat cikgu bahasa melayu

    ReplyDelete
  13. yelah bahasa melambangkan budaya bangsa kita..siapa lg nak pertahankan bahasa kita..kalau bukan diri sendiri..hhehehee

    ReplyDelete
  14. bahasa blogger memang kadang kala agak teruk sikit huhu maybe sebab masing2 terkejar masa jadi tulisan dalam entri ditaip mengikut bahasa pasar seharian.

    eyza pun kadang2 ada yang boleh elak dan ada jugak yang terlepas guna.

    ReplyDelete
  15. kdg2 bila kita menulis secar santai, ejaan2 yng tertaip pown automatik akan jd santai.. hehehe

    ReplyDelete
  16. bila blogger guba bhasa mcam bhasa harian yg digunakan, lyla rasa itu lebih mnggmbarkan yg blogger tu hdup.. bukan setakat artikel biasa..

    ReplyDelete
  17. sy selalu gne bhasa ringkas2..kna perbaiki ni:)

    ReplyDelete
  18. selagi boleh faham, dah kira ok dah tu..

    ReplyDelete
  19. cr tak pandai guna bahasa yg pelik2 hihihi

    ReplyDelete
  20. saya cuba sedaya upaya saya untuk tidak menyingkatkan perkataan dalam blog saya... dan saya cuba menggunakan bahasa Malaysia dengan betul...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.