Tuesday, August 21, 2012

KL Masih BERNYAWA pada 1 SYAWAL

Salam Sejahtera ...

KL "bernyawa" dengan pelancong, pekerja asing  [baca lanjut di sini]

KUALA LUMPUR — Walaupun warga tempatan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota bagi meraikan Aidilfitri namun beberapa kawasan di ibu negara masih dibanjiri dengan pelancong dan rakyat tempatan yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah dan meluang masa bersama keluarga dan kenalan.
Tinjauan mendapati pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menjadi tumpuan warga tempatan, pelancong serta pekerja asing.
Seorang pelancong dari Kuwait, Ahmad Yassir, 35, ketika ditemui berkata, sambutan Aidilfitri di Malaysia adalah unik sekali kerana rakyat pelbagai bangsa dan agama turut menyambut perayaan itu secara bersama.
"Malaysia adalah negara yang indah dan aman dan orang di sini mesra dan kami suka datang ke sini untuk menjamu pelbagai jenis makanan dan membeli-belah.
"Kami gembira untuk datang ke sini pada musim perayaan Aidilfitri kerana 1 Syawal disambut dengan meriah sekali di sini,” katanya.— BERNAMA

Berita di atas ni leeza salin daripada laman KOSMO... Semalam leeza tengok berita dan tertarik dengan isu ini. Bukan apalah, leeza ni dah beberapa tahun beraya di KL dan suasananya tahun demi tahun terasa perbezaannya. Tahun ini, mendengar dan melihat situasi ini, sememangnya 100% benar.

Masa solat sunat AIDILFITRI, masjid yang dikunjungi, penuh dengan warga asing ini. 80% adalah terdiri daripada mereka. Leeza ingatkan lengganglah masjid ni, rupanya sangkaan leeza meleset. Malahan, lebih ramai dariapda biasa, lebih ramai dari hari-hari solat tarawikh. Sampai ke luar masjid.  Bangga juga dengan mereka kerana mereka bertapak agak jauh untuk ke masjid itu.

Apa-apapun, leeza rasa ayat "sunyi KL bila menjelang RAYA ..." tidak dapat digunakan lagi. KL tak lah sunyi sangat. hiiii.....

      TITIK SANTAI :   
SALAM LEBARAN SEMUA... MAAF SEKIRANYA ENTRI NI ADA MENYINGGUNG HATI MANA-MANA PIHAK....

 

3 comments:

  1. pad zaman sekarang ni, agak mustahil KL tu nak sunyi..hehhe

    ReplyDelete
  2. Hehehe.....penuh dgn warga asing

    ReplyDelete
  3. betapi org luar mengagumi bumi bertuah malaysia, tapi sayang ada rakyat kita sendiri tak mensyukurinya..... sibuk nak cuci sana dan sini....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.