Saturday, August 25, 2012

Kulit Berminyak! Baca Ni..

(dipetik daripada majalah EH! keluaran SEPT 2011)



Nilai Wajahmu   
Kadang kala tidak semua bahagian pada wajah kita berminyak. Oleh itu, anda harus tahu bahagian yang berminyak kerana perawatan yang silap akan mengakibatkan wajah semakin teruk.

Cari Produk Yang Sesuai  
Pakai produk yg betul itu paling utama lah. Lebih baik pilih kosmetik untuk kulit yang sensitif.
Pelembap Wajib Digunakan
Pelembap boleh bantu kawal keluaran minyak.

Pemakaian Kosmetik         
Pastikan kulit dalam keadaan bersih dan kering semasa pakai barang kosmetik. Sebab kulit yg basah akan buat solekan tidak mesra dgn kulit. Kulit yg tidak bersih dan kita pakai kosmetik masa tu akan mengakibatkan jerawat.

Jaga Kebersihan 
Kulit berminyak cepat kotor, jadi elak sentuh wajah anda dengan tangan.

Lakukan Perawatan Khusus 
Contoh, rawatan muka dan lulur. Perlu dilakukan utk kekalkan kulit yang sihat dan sempurna. Guna bahan spt timun, tomato. Contoh, sebiji buah timun, belah 4 memanjang. Bahagian dalam yang berbiji itu digosok ke wajah yg sudah dibersihkan. Biar 10-15 minit, bersihkan dgn air suam. Seterusnya, sapu pelembap utk kecilkan pori-pori yg terbuka. Digalakkan tidak guna kosmetik selepas buat rawatan wajah. Biarkan wajah rehat.

CARA LAIN :
  • Utk hindari terbentuknya bintik hitam, campur bijirin gandum, jus dari lemon, dan titiskan minyak zaiton ke dalam air suam. Sapu pada wajah lalu bilas dgn air.   
  • Utk mengurangkan kilauan minyak, campur air buah lemon dgn air dan tambahkan sedikit cuka. Gunakan kapas utk disapukan pada wajah. Tunggu hingga kering & gunakan perawatan muka selanjutnya.

    TITIK SANTAI :  
Kadang-kadang bila baca majalah, ada pula idea nak dibuat entri. Leeza muar turun daripada majalah jer info di atas ni. Memandangkan ada seorang rakan yang menghadapi masalah kulit berminyak. Leeza share lah apa yang leeza terbaca.



10 comments:

  1. tq for info tapi resdung punya ubat ada x?hehehe

    ReplyDelete
  2. nice tips!

    dtg lah belog saya! :)
    http://bysabrinart.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kene pandai pilih produk yg sesuai dgn kulit kita..

    ReplyDelete
  4. tengah try guna minyak kelapa dara.
    rasanya lps ni korie boleh dpt kulit mcm artis -__-. huhu

    ReplyDelete
  5. sy dah cuba mcm2 produk tp still x berkesan. apa yg sy buat sekarang menunggu keajaiban dtg. *rintihan seorang yg kulit muka kuat berminyak*

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.