Thursday, August 9, 2012

My Precious You: Hargai Kasih Ayah (3.8 star)

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Minggu lepaskan leeza sibuk dengan menonton drama bersiri Korea sebanyak 54 episod. Kali ni leeza nak review drama tu. Pada mereka yang minat menonton korea, anda dialu-alukan menontonnya. 

Sebab apa leeza pilih drama ni :
  • Sebab drama ni kisah keluarga... Pengorbanan ibu dan bapa... Kisah seumpama ini, amatlah leeza suka.
  • Drama yang menyelitkan kisah cinta, pengorbanan cinta dan keikhlasan dalam percintaan.
  • Kisah ini juga mengajar kita erti kesedaran, tatkala kita berada di atas, bila-bila masa sahaja kita akan tergolek ke bawah.
  • RAHSIA, PENIPUAN.. haaaa tidak akan selama-lamanya dapat disembunyikan. Ni leeza suka, sebab kita adakala suka berahsiakan, suka buat sesuatu itu secara tersembunyi, tapi akhirnya, rahsia itu tetap akan diketahui. Tak mungkin dapat dirahsiakan.
  • Bila rahsia itu terbongkar, masalah lebih besar dan membebankan semua pihak.
  • Sesuatu yang dirahsiakan akhirnya merobek hati... hmmmmm
  • Pengorbanan AYAH.. jarang sekali orang mengenang tentang AYAH.. drama ni jelas menunjukkan kasih seorang AYAH.

SINOPSIS DRAMA : READ MORE HERE
There have been numerous scenarios reflecting sacrificing life-styles of mothers, in comparison to fathers'. Let's talk about our fathers' stories of current time; a father who endures many hardships and servilities for his family's continuous of well-being, a father who sacrifices his time and efforts to make the most earnings for his children to have a chance of receiving better education, a father who's not recognized and being isolated in his family regardless of all his struggles in his lonely battlefield of work, a father who choose the family's betterment instead of his own by meeting the need of the family members instead of his...

Despite the efforts, our lonely father is losing his status and presence in the family and is neglected by his people of family. Sometimes we forget the unseen fact of our lives; at our starting point, and in our every journey, he's been always there for us to encourage and to motivate our beginning.

He's got the world's greatest name, 'Father'.

WATAK :

Bapa tunggal yang begitu protektif.

Anak merupakan segala-galanya buat dirinya.

Dia kembali bangkit dan mengejar impian kerana hadirnya seorang wanita dalam hidupnya.

Sebuah keluarga yang serba kekurangan kembali sempurna dengan kehadiran seorang wanita yang mencintainya tanpa mengambil kira akan status ekonominya.

Bapa tunggal yang membesarkan anak-anaknya. Apabila dewasa, anak-anak tidak berhenti memberi masalah kepada si ayah. Manakala si ayah tidak pernah menyalahkan anak-anak mereka tetapi meletakkan segala kesilapan adalah tanggungjawab dirinya. 

Sering menyatakan dirinya tidak memberi kasih sayang dan didikan yang baik untuk anak-anak.

Seorang ayah sanggup melutut kepada orang lain demi kebahagiaan anaknya.

Perempuan yang baju hitam tulah wanita yang hadir dalam keluarga di atas tu dan menceriakan keadaan. Tapi dugaan pasti akan bertandang pada pasangan yang mahu mengecapi kebahagiaan. Apa dugaannya? Dahsyat... Tengok lah nanti...

KESIMPULANN : 
3.8 BINTANG... Ikutkan nak bagi 4 bintang, tapi cerita ni episod panjang... haaaaa 

     TITIK SANTAI :   
Nak tengok drama ni meh terjah sini ...... MY PRECIOUS YOU
Pada kawan-kawan yang nak.. boleh minta jer kat leeza. leeza ada EP 10-54 jer.. yang EP 1-9 leeza tak ada, sebab dah tengok kat TV.






11 comments:

  1. lme sngtla

    y 16 epi pon lmbt nak abis

    ReplyDelete
  2. selalunya kita nampak ibu tunggal yg banyak berkorban. yg jadi bapa ni main lepas tangan je bila bercerai bagai.

    kalau bapa tunggal ni yg sanggup harungi pelbagai rintangan susah benar nak jumpa

    ReplyDelete
  3. layan juga citer korea kadang2,, teringat arwah abah KA alfatihah

    ReplyDelete
  4. menarik jugak ceritanya.... kepada mana2 yg memenag enjoy korean.... mesti kena tgk nie.....

    ReplyDelete
  5. suka tengok episode Changjin dari Korea cerita mengenai perubatan tradisional,cinta tiga segi.

    ReplyDelete
  6. dan sebab nya lg...untuk menghilangkn kebosanan..huhux.. :D ..jom ke blog saya..http://rozssalovepink.blogspot.com/2012/08/bosan.html

    lawat melawat.. :D

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaaaaaaaa 54 episod. malsanye hahahaha

    ReplyDelete
  8. panjangnya episode sampai 44...bukan biasa drama korea dalam 20 episode tu jek ke?

    tapi tengok drama korea ni ketagih la..rasa nak tengok jek =__=

    ReplyDelete
  9. dah lama tak tengok drama Korea..sejak external rosak..huhuk..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.