Friday, August 24, 2012

Petikan Dikir Barat




Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar.
 
Di Kelantan persembahan ini lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thailand pula dikenali dengan Dikir Karut. Dikir barat juga boleh dijadikan permainan dan biasanya dimainkan oleh masyarakat pada musim menuai padi serta pada majlis perkahwinan. 

Orang yang memainkan peranan utama dalam pasukan dikir barat ialah Tukang Karut. Tugas Tukang Karut ialah berpantun dan bersyair. Tukang Karut akan mendendangkan karutnya sambil berdiri dan menari. Tukang Karut merupakan watak yang mempunyai kebolehan semulajadi kerana tidak semua orang boleh menjadi Tukang Karut.
Tok Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pertunjukan dikir barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang Karut mengarut. Tok Juara tidak menyanyi tetapi berdikir sambil duduk. 

Awok-awok adalah sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan dikir barat. Awok-awok akan menyanyi korus sambil duduk dalam kedudukan secara bulatan. Tugas awok-awok ialah mengikut atau mengulangi seni kata yang didendangkan oleh Tok Juara atau Tukang Karut mereka.

Alat-alat yang diperlukan untuk membuat persembahan Dikir Barat ialah Rebana Ibu, Rebana Anak, Gong, Marakas dan Canang. 

TITIK SANTAI :
Apa yang leeza post ni adalah koleksi petikan yang pernah leeza guna untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Harap maklum... heeeee

8 comments:

  1. ara xsuka sgt dikir barat even ore kelate.. hehe

    ReplyDelete
  2. camtu rupanya.....
    selalu tengok karrot komedia jer....
    sekali sekala layan dikir barat nie best...tgk gerak tangan dan semangat berdikir tu.....

    ReplyDelete
  3. yup..tukang karut adalah seorang yang spontan.. apa yang diucapkannya kebanyakkannya spontan

    ReplyDelete
  4. dikir barat, kdg2 paham kdg2 xpham apa yg depa dok nyanyi tu ;) hehe

    ReplyDelete
  5. leeza layan karoot komedia x pun ada dikir barat juga siap ada penari lagi klas gitu...

    ReplyDelete
  6. Karut komedia memang bagus kerana mempopularkan dikir barat kepada semua masyarakat malaysia. Cuma kualiti lirik spontannya tak menepati ciri warisan dikir. Apapun satu usaha yg baik

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.