Wednesday, August 1, 2012

Petua Mudah Ingat Pelajaran

Salam Sejahtera ... Sihat semua????

Kata-kata Mr. Kevin Trudeau, “I dint have learning disability, I just had an untrained memory”.
Saya bukan lemah dalam belajar/menghafal, saya cuma mempunyai daya ingatan yang tidak dilatih

Hayati kata-kata di atas, leeza rasa sangat bertepatan. Adakala diri kita ni, bukannya ‘bodoh’, tak pandai.. tapi kita tidak melatih ingatan kita. Jomm baca PETUA MUDAH INGAT PELAJARAN.  
(diambil dari majalah Dewan Pelajar, keluaran Mei 2011) Hasil tulisan Osman Affan

Dewan Pelajar: Keluaran Mei 2011

SATU : 
Ulang dan baca semula apa-apa yang dipelajari dalam masa dua hari.
  • Manusia akan lupa 9 drpd 10 perkara ttg apa yg dipelajari dalam masa 2 hari shj. 
  • Dlm khdpn harian, byk perkara yg berlaku di sekeliling kita. Dalam banyak-banyak perkara itu, kita hanya mampu ingat satu perkara dalam satu masa. 
  • Jadi bukan mudah untuk kita memberi tumpuan. 
  • Oleh sebab itu, kita kena lah buat ulangkaji. Bukan bila balik kuliah atau sekolah, beg dan segala bagai nota, dicampak ke tepi sudut. Haaaaa......

DUA :
Tumpukan Sepenuh Perhatian Semasa Belajar
  • Abaikan perkara lain yg berlaku di sekeliling kita. 
  • Berikan tumpuan sepenuhnya pada pengajaran guru/pensyarah. 
  • Cuba fahami apa yang mereka sampaikan. 
  • Tukarkan kata-kata pensyarah atau guru kepada gambar di dalam minda kita.

TIGA :
Ingat akan apa yang dipelajari menggunakan bahasa memori.
  • Yaaa... bahasa memori... Bahasa memori itu maknanya “GAMBAR”. 
  • Dengan menukarkan maklumat kpd gambar, kita akn lebih mudah mengingati akn sesuatu berbanding dengan hanya mendengar sahaja. 
  • Ada satu sebab utama kita perlu melakukan hal ini. Untuk pengetahuan semua,
Kelajuan manusia bercakap adalah antara 150-200 patah perkataan seminit.
Kelajuan manusia berfikir adalah antara 300-500 patah perkataan seminit.

Perkara ini membuktikan bahawa, apabila pensyarah/guru kita mengajar, kita mempunyai kepantasan yang maksima untuk berfikir tentang perkara-perkara lain. Kalau kita dengar dan curahkan segalanya dlm bentuk gambar, kita mampu memberi tumpuan. 

Titik Santai :  

Kita dilahirkan dengan fikiran dan kenapa kita tidak mahu menggunakan fikiran kita ke arah yang lebih baik. Jadilah insan yang menggunakan fikiran semaksima yang mungkin.

6 comments:

  1. nice...eca selalu buat mind-mapping je...sng nk hafal

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni. kalau nak tau anak sedara my hubby tak de pun kami tengok dia mentelaah sampai 2-3 pagi. dia asyik main je. tapi bila exam PMR skor 8A.

    mungkin kat sekolah dia bagi tumpuan 100% sewaktu guru ngajar.

    ReplyDelete
  3. kita semua dilahirkan dulu kosong...tapi kita dibekalkan akal utk mentafsir, meneroka dan memahami......

    ReplyDelete
  4. tq leeza, nnti KA cuba practikkan pada anak2 ye

    ReplyDelete
  5. yela..otak ni seperti otot lain juga..perlu dilatih utk lebih hebat.. :)

    ReplyDelete
  6. ye petua y baik

    sy suke bace kuat

    sng ingt

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.