Friday, August 3, 2012

Sejarah Bencana Tsunami

Salam Sejahtera ... 

Bersua lagi kita di Santai Leeza... Haaaa..... Kali ni perkongsian fakta dan ilmu di Santai Leeza... Yoooo.... Jomm roll ilmu Sejaran Bencana Tsunami. Tahukah anda Tsunami dah wujud 6100 sebelum Masihi lagi.

6100 Sebelum Masihi :  
Tsunami yang pertama yang direkodkan di lautan Atlantik Utara akibat pergeseran dasar laut sehingga menimbulkan pergeseran tanah di dasar laut.

1650 :  
Letusan gunung berapi Santorini Pulau Yunani mengakibatkan tsunami yang menghancurkan teluk utara Pulau Kreta.

1755 :   
Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal.

1883 :  
Letusan gunung berapi Krakatau di Selat Sunda mengakibatkan tsunami besar, setinggi 40 meter dan mengorbankan sejumlah 36 ribu orang.

1946 :  
Gempa bumi yang berlaku berhampiran Alaska dan menghasilkan ombak tsunami setinggi 35 meter.

1960 :   
Kejadian gempa bumi yang paling besar dalam sejarah dengan kadar 9.5 skala Ritchter di Lautan Pasifik yang menghasilkan ombak setinggi 25 meter.

1976 :  
Tsunami berlaku pula di Filipina.

1998 :   
Gempa bumi di perairan Papua New Guinea mengorbankan sejumlah enam ribu nyawa.

2004 :  
Kajadian gempa bumi di Lautan India mengorbankan sejumlah 150 ribu nyawa. Gelombang tsunami ini telah melanda banyak negara seperti Acheh, Malaysia, Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Somalia, Kenya dan Tanzania di timur Afrika.

2011 :  
Gempa bumi berukuran 8.9 skala Retchter di wilayah timur laut Pulau Honshu, Jepun mencetuskan tsunami setinggi tujuh meter dan mengorbankan 12 ribu nyawa,. Tsunami ini juga telah menyebabkan kerosakan pada reaktor nuklear Fukushima yang menyebabkan radioaktif tersebar di persekitaran dan di laut.

Titik Santai :  
Demikianlah info tentang bencana Tsunami. Dipetik daripada majalah Dewan Pelajar, keluaran Mei. Hasil penulisan Qaseh Amra.

12 comments:

  1. takut sungguh kalau ia tjadi kat negara kte. =.=

    ReplyDelete
  2. tsunami thn 2004 masih lagi terkesan kat dalam jiwa ni. habis hancur rumah jiran saya kat tepi pantai.

    ReplyDelete
  3. pmbak 40meter?ok takut gilaa....

    ReplyDelete
  4. Seram jugak baca tentang tsunami nie..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik sekali..
    nasib baik Malaysia da Sumatera klau tak kena gak tsunami..hehehehe
    Tak baik aku cakap macam tu kan..

    ReplyDelete
  6. byk juga sejarah tsunami ye. thanks for sharing. btw, hi! salam perkenalan. dtg dari ANZULNA'S HOME! Baca2 entry awak. jom g blog saya meh..

    ReplyDelete
  7. smoga kita semua dilindungiNya..

    ReplyDelete
  8. semoga negara kita dilindungi Allah dari bencana tsunami.....

    ReplyDelete
  9. tingginya ombak 35m..dh mcm tnggi bgunan dah..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.