Monday, September 3, 2012

Merdeka 55: Kenanganku

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Tahun ini merupakan tahun terakhir leeza sebagai pelajar, kesedaran tentang kemerdekaan negara datang dengan sendirinya. Leeza mengajak rakan-rakan untuk berkampung di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan sambutan merdeka yang ke 55. Penuh semangat patriotik.


Seawal 6 pagi lagi, leeza dah bangun... Well, pergi kuliah pun tak bangun awal macam ni der... Ingatkan leeza awal, rupanya Dataran Merdeka dah penuh.. haaaaaaaaa....

Gambar Kemerdekaan 55 (2012)
Agak kejam lah, leeza menyelit kat budak-budak dan duduk depan budak-budak tu gara-gara nak tengok perarakan sangat. Teruk perangai!! Siap ada pak cik ni cakap “Yang besar-besar tu pergi belakang lah..” tapi leeza duduk masa tu, bukan berdiri. Herk herk.. sorry pak cik!

Habis perbarisan, leeza join kawan leeza pergi serbu depan pentas.. Konon kami nak serbu tengok barisan menteri, alek-alek kami yang kena himpit dengan luatan manusia.. FRU jerit... “Ke balakang ke belakang”.. Macam sardin der... huuuuuuuu.... Actually kami nak tengok DR M jer.. like him so much...

Ok then, nak angkat kaki cau lepas tengok DR M dekat-dekat... Tup tup kena lagi dgn FRU... “KE TEPI KE TEPI” ... aiyaaa... mahu marah dibuatnya...

Sekali lagi leeza stuck, rupanya, PM, Timb PM & Dato' Seri Utama Dr RAIS YATIM di hadapan kami... leeza pun mengambil kesempatan  ini untuk melihat pemimpin negara secara dekat...... tak ketinggalan, Datin Sri Rosma..  


TITIK SANTAI :  
Leeza bangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur berada di bumi bertuah ini.

17 comments:

  1. Mana tak bangga leeza oi jadi rakyat malaysia ni.

    bebas ke mana saja. tak de pun di hujani dengan meriam, bom bagai.

    Tapi... part ragut ragut yg tak best. tul tak?

    ReplyDelete
  2. sayang x pemimpin malaysia..hehehe

    ReplyDelete
  3. gigihnyer semangat !!!! camtu lahlah... demi kemerdekaan negara... teringat zaman remy student dulu..... berembun dari tengah mlm sampai kepagi..... semata2 nak sambut merdeka....
    satu kl tawaf jln kaki.....

    ReplyDelete
  4. tak pernah lg g dataran merdeka..untung laa..hehe

    ReplyDelete
  5. wah..semangat betul. siap pergi kat depan2 lagi tu.hahaha

    ReplyDelete
  6. tahun nie tak sempat pun tengok sambutan hari merdeka sama ada live mahupun kat tv..sebab busy ngan openhouse aritu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. belum pernah pergi sambutan kemerdekaan ni.. teringin jgk nk g tp mybe future la =)

    ReplyDelete
  8. MERDEKA!!! (^^)x pernah g tngk sambutan kemerdekaan..tngk kt tv je.. xsuka tmpt sesak..:P

    ReplyDelete
  9. #del pas bace.. Dah baca komen tu.. (^^)

    ReplyDelete
  10. Malaysia Bumiku bertuah...Salam Merdeka...

    ReplyDelete
  11. gigihnya berhimpit-himpit.. ni la namanya anak-anak pasca merdeka. hehe

    ReplyDelete
  12. sy pon bangga jdik anak malaysia.. :)

    ReplyDelete
  13. DR. M? waa idola ak jugak tu..tabah giler tgk perbarisan..haha bgus2 :)

    ReplyDelete
  14. Teringat lak masa dulu dapat peluang bersalam dengan DR M. haha.. sangat bangga masa tu. lol.

    ReplyDelete
  15. yg besar kebelakang...mesti kena cmtu kan?..heheh

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.