Monday, October 1, 2012

Bila kamu cakap "Lelaki Semuanya Sama!"

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...



Oklah, kali ni entri leeza bukan nak share apa-apa, cuma nak tanya PENDAPAT & PERASAAN u all. Khususnya kepada mereka yang ada pasangan. 

Pernah tak u all cakap kat pasangan u all
Lelaki semuanya sama
Atau
Perempuan ni semuanya sama” 

Pernah tak terkeluar ayat tu masa u all perselisihan faham atau masa gurau-gurau ker.. Tetiba pasangan u all sentap. Haaaaa .....

Sedangkan u all tak maksudkan yang buruk sangat pun.. Mungkin masa tu pasangan u all just buat sesuatu yang normal seperti lelaki/perempuan lain buat. Misalnya,
Lihat lelaki/perempuan lain.
Puji lelaki/perempuan lain.
Then u all pun terlepaslah cakap... 

Jadi leeza nak tahu serba sedikit tentang isu sebegini.

Soalan : 
1.. Apa perasaan u all sebagai pendengar ayat tersebut?
2.. Apakah sebenarnya maksud u all bila u all sebagai penutur ayat tu?

Itu sahaja.. leeza nak tambahkan pandangan dan feedback u all yang membaca... Ala-ala tengah buat kajian tindakan ni. Waaaaa......

    TITIK SANTAI :  
Hari Isnin merupakan hari yang paling mendukakan. Sebab mula nak pergi kuliah. mula nak buat kerja... hooooooo

 

23 comments:

  1. lelaki sama sahaja seperti Abu Lahab dan Abu Jahal jikalau meninggalkan suruhan Allah dan Rasul

    ReplyDelete
  2. 1.. Apa perasaan u all sebagai pendengar ayat tersebut? ~ tersentak... sbb dia samakan aku ngan mompan2 lain (kalau dia samakan menda yg baik aku boleh terima la.. tapi kalau samakan aku dgn perkara yg tak baik contoh: mompan pisau cukur... memg rambut dia nak kena cukur dengan aku le alamatnya tu ha ha ha)

    2.. Apakah sebenarnya maksud u all bila u all sebagai penutur ayat tu? Bagi aku ayat tu kalau dituturkan secara keseluruhanya melebelkan ko dgn sesuatu yg tak elok.... :P itu pendapat aku mohon betulkan kalau apa yang aku cakap ni tak berapa betul...

    happy monday leeza kerja jan malas2 ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  3. Itu kita panggil ayat pemati kalau tengah gaduh atau rasa2 mcm nak kalah....kikiki.

    ReplyDelete
  4. kekadang manusia berkata tanpa berfikir..... selalu remy dengar ungkapan tu.... ada beberapa perkara yg kebanyakan lelaki dan perempuan biasa buat....
    tapi kita harus ingat..... setiap manusia berbeza.....berfikir sebelum menilai......kan lebih elok...

    ReplyDelete
  5. kalau cakap camtu macam menyamakan mak ayah kita juga.

    "Lelaki semua sama." Ayah lelaki.
    "Perempuan semua sama." Mak pompuan.

    Dan...kalau dia sama, apa istimewanya dia pada kita?

    ReplyDelete
  6. syukur. sejak berkawan, bercinta, bertunang & dah berkawin. hubby belum pernah ckp mcm ni. kakak pun tak pernah ckp mcm tu kat hubby.

    pendapat akak le, Akak memang tak suka dan benci dnegan lelaki yg bersikap mcm ni. Sebab ni dah consider " Assume Similarity" . Kalau semua perempuan sama, kenapa u pilih I, pilih la org lain. Jika u ckp semua perempuan sama. dah berapa banyak perempuan yg U dah kenal or dah berpasangan sampai boleh judge cenggini sekali.

    Mungkin perempuan/lelaki bersikap begini dek kerana sikap kamu yg begitu.

    jika dia ckp mcm tu bermaksud, dia dah mengutuk keseluruhan perempuan di dunia ni termasuk mak dia sebab mak dia pun perempuan jugak.

    Ingatlah Allah jadikan manusia yang berbagai bagai sifat dan perangai.

    wah.. komen akak ni emo betul ye.

    ReplyDelete
  7. sentap kot

    tapi kalo iye nk cakap jgn main ckp je

    kene pandai cover ckp tu

    ReplyDelete
  8. SELAMAT BULAN OKTOBER DEAR:

    SENTAPLA JUGA KALAU CAMTU..
    PERNAH JUGE CAKAP KAT ORANG THEN LEPAS TU ENYESAL BALIK..


    JOM JOIN GIVEAWAY SIMPLE OKTOBER!

    ReplyDelete
  9. stakat ni belum lg la cmtu..tp kan klo tgk kat fb ada pmpn aka bdk2 yg ckp cmtu terus naik drah..klo dia ckp lelaki aka jntan semua sma abis bapak dia xjntan? xlaki? haa klo nk ckp kena pikir dulu kan...kerna nila titik rosak susu sebelnga kerana laki sorg semua laki kena..lumrah bila bdk2 bru nk up bercinta..bahahha

    ReplyDelete
  10. x semua lelaki sama, kalau dah semuanyer sama mmg berantakanlah satu dunia!

    ReplyDelete
  11. xpernah...sebab saling mempercayai..

    ReplyDelete
  12. Leeza.. memang selalu sangat cakap macam tu. hehe Tapi itu bila rasa nak makan orang. Bila emo. Walaupun sebenarnya persamaan cuba 0.05% dari segi tingkah laku. ;)

    ReplyDelete
  13. Penutur: Bergantung pada keadaan. All of you are equal in front of god, but you are not the same.

    Pendengar: Bergantung juga. Naluri manusia banyak yang secara tipikalnya sama. Tengok pada keadaan.


    Soalan ni subjektif sangat. Perincikan lagi.

    ReplyDelete
  14. sikit tu ada la...tp org lelaki (suami) jrg nak sentap....faham dgn sikap/sifat isterinya.. kalau amik kesah sangat pon susah plk nak buat keja lain nanti. kalau ada pun sekadar gurauan makan tengahari..keh2.

    ReplyDelete
  15. Mesti orang yg terima ayat tu rasa sedih ja kan sebab biasanya ayat tu ditujukan sb ada persamaan yg negatif pada lelaki atau perempuan tu ngan org lain.

    ReplyDelete
  16. Kikiki...pernah jugak guna ayat tu....waktu bercinta kikiki...dah kawin tak ada pulak...

    ReplyDelete
  17. kalo sume sama mana lelaki, mana perempuan..huhu
    kaum laki ni dibekal ngan 9 akal dan 1 nafsu.
    kaum wanita pulak 1 akal dan 9 nafsu.
    bila terlepas cakap camni konpem terasa hati tu.

    ReplyDelete
  18. bab cintan cintun ni pakcik tak berapa pandai sangat, hee

    pendapat pakciklah, tu cuma untuk test kesabaran kita jer..

    bila pasangan cakap perempuan semua sama jer , haa bawak sabar ye , jangan cepat melatah. dan awak jawap la dengan tenang,cakap camni kat pakwe awak tu dan sambil buat muka senyum "Tuhan menciptakan sifat manusia ni berbeza..Allah jadikan setiap manusia tu berbeza..so,saya lain dari yang lain,tak sama"

    kuat sabar itu yang membezakan awak dengan ex pakwe awak.. cer try, kompem awak berbeza..





    ReplyDelete
  19. xpernah cakap plak 'semua lelaki sama'.

    ReplyDelete
  20. GERAM GAK .. SEBB MENDE2 YG KECIK .. TERUS NAK SAME KAN DGN YG TERUK2 .. HUISH ..

    ReplyDelete
  21. 1. disebabkan Apple selalu dgr ungkapan ni kat drama atau filem melayu, jadi apple andaikan ianya adalah pergaduhan. ayat ni adalah ungkapan tuk marah kerana pihak lagi satu tu menggatal.

    2. Apple tak pernah lak ungkapkan ayat ni tapi "perempuan semua sama" mungkin Apple akan titik beratkan elemen emosi kot.

    ReplyDelete
  22. lelaki n pompuan sama jea semua
    dua2 asal dari tanah eh -__-

    hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.