Friday, October 19, 2012

Kuih Bulan dan Kenangan Dulu

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...

Kuih bulan adalah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bertujuan untuk upacara sembahyang qamari dan memerhati bulan. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa pada peristiwa ini. (info wikipedia, terus membaca)

   Leeza suka juga makan kuih bulan ni. Lagi-lagi yang inti kacang merah. Kalau inti telur masin, kurang suka. Ingat lagi masa zaman budak-budak dulu, siap main tang long dengan jiran-jiran. Paling best, bila datuk leeza hadiahkan leeza & adik tang long. Kalau leeza tak silap, leeza dapat tang long ikan emas. Haaaa.... Kelakar bila terkenang zaman tu. 

   Pernah setahun tu, papa leeza buat tang long sendiri. Tapi bentuknya bulat jer.. Warna warni permukaan bulatan itu. Rasanya kali terakhir main-main benda tu semua masa umur 10 ker 11 tahun. Cepat masa berlalu... Hmmm rindunya kenangan arwah mama leeza ada... :-(

   Rasanya tahun lepas tak berkesempatan nak makan, sibuk dengan praktikel dan musim raya aidilfitri. Yeahh tahun ni dapat makan kuih bulan hasil pemberian dan hadiah orang... Inti kaya.. Sodap juga rupanya... 

1st sekali tgk kotak, halal ker tidak.. haaaaa
Oklah... Dah besar panjang, so main tang long, pasang lilin-lilin dah tak ada dalam kamus hidup ni. Haaaa.... Apa-apa pun, kenangan sentiasa indah buat kita dikenang.

    TITIK SANTAI :  
Moga u all juga dapat mengenangkan yang indah-indah dalam hidup u all. Jangan jadikan kenangan pahit itu sbg penghalang kita untuk terus maju. Yang pahit boleh dijadikan manis jika kita berfikir ianya satu yang manis. Ok babe....


24 comments:

  1. mesti la..kenangan tu memang indah tau..:)

    ReplyDelete
  2. teringin juga nk merasa bila tgk ada org juual tp kan was2 nak beli..hahha

    ReplyDelete
  3. Betul3! kenangan tepa sebuah kenangan...

    ReplyDelete
  4. xpernah mkn pun kuih bulan ni
    mcm best. boleh la nak try satu

    ReplyDelete
  5. ada jugak dapat kuih bulan. yang halal le. cuba makan tapi tak leh la. rasa kenyal sangat then manis pulak tu.

    memang keangan pahit atau manis. itulah mematangkan kita.

    ReplyDelete
  6. Kenangan itu sentiasa ada, sentiasa subur walaupun ia jauh di mata tetapi kemas dihati.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum.

    Leeza..kita tak pernah lagi makan kuih bulan ni.. hehehe

    #Sekali sekala, bila kenang semula kenangan masa kecil tu, buat kita rasa bertenaga, bersemangat kan leeza ^_^

    ReplyDelete
  8. Itulah hebatnya tinggal di Malaysia. Bukan saja makanan tradisi yang kita kongsikan, banyak lagi perkara yang boleh dikongsikan. Yang lebih penting adalah perpaduan,sikap saling memberi dan menerima serta saling memahami.Anak saya sentiasa suka dengan tanglung sebab saya selalu belikan untuk mereka. Cantik.

    ReplyDelete
  9. hehe..lan pernah makan kuih bulan nie..not bad laa..tapi main tang long tak pernah lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. aku suka yang isi dlm dia telo masih....heheheheh....sedap kan! tang long aku suka, cantik gila ok!
    salam kenal!

    ReplyDelete
  11. sedap kuih bulan sebenarnya...

    ReplyDelete
  12. saya tak pernah merasa lagi kuih bulan ni...

    ReplyDelete
  13. tak pernah makan kuih bulan . huu :/

    ReplyDelete
  14. M tak pernah rasa lg kuih bulan ni walaupun byk yg dijual kan..

    ReplyDelete
  15. pena makan dlu..eca suka yg kt tengah2 tu.sggp berebut dgn kazen.hehehe

    ReplyDelete
  16. teringin nak makan kuih bulan XD

    ReplyDelete
  17. teringat zaman kanak-kanak berjiran dengan chinese neighbourhhood sama-sama main tang long...best.
    la ni makan kek bulan beli dari secret recipe sedap jugak...

    ReplyDelete
  18. sekarang kuih bulan byk yg dah halal dipasaran...kekadang remy suka jugak makan......
    tanglung tu he3.... tak pernah main pun...tapi cantik sangat kaler2 dia....

    ReplyDelete
  19. last makan 2 tahun lepas...kuih bulan kacang merah....sedap gak./...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.