Wednesday, October 10, 2012

Minat Layari Internet Faktor Tekanan Perasaan

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Jangan meremehkan tentang fakta ini dan cuba-cubalah kurangkan waktu untuk menghilangkan ketagihan melayari internet. Sebuah kajian di Guangzhou, China, mengatakan terlalu banyak menghabiskan waktu melayari internet akan meningkatkan risiko (1.5 kali) mengalami tekanan perasaan.

Lawrence Lam dari Sydney's University Of Notre Dame's School Of Medicine juga membuat kesimpulan, tanda-tanda orang jadi tertekan iaitu menghabiskan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 jam di hadapan komputer, perilaku gelisah, resah hingga mudah marah bila tidak berhadapan dengan komputer serta hilang minat untuk bersosial. 

Selain itu, faktor lain yang membuat seseorang makin parah adalah kerana orang tersebut kurang tidur. Jadi pastikan kamu tidak mengalami masalah tekanan hanya kerana faktor yang boleh kamu elakkan. waspada ya....

      TITIK SANTAI :   
Seriusly, leeza suka habiskan banyak waktu dengan komputer dan gadget yang boleh online. Tekanan tu dirasai bila terbaca sesuatu yang menyakitkan hati. Tapi setakat ini, leeza rasa bila leeza online dan blogwalking leeza jadi lebih positif dan tabah menghadapi rintangan.

2. Malam ini jamuan perdana buat kali yang terakhir untuk leeza dan kawan-kawan.


23 comments:

  1. betul tu... tapi satu jer aku lak lebih suka bersosial walaupun sibuk di depan laptop acnor tu? ha ha ha >..< morning Leeza

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu Leeza. Selain dari itu ketagihan internet membuatkan kita semakin malas bergerak dan punggong jadi bertambah lebar dan besar...hahaha. TAK NAKKKK !

    ReplyDelete
  3. ouwh11 statement tu mcm kena kat batang idung pulak.

    ReplyDelete
  4. mungkin kalau mengaji pakai internet, betulkan sebutan..akan kurang tekanan. jika tengok FB memanjang, mestilah stress. kalah game, org beli barang kemas tayang dekat wall...gegege...

    ReplyDelete
  5. betul! kdg2 hery pn stress..sbb xtau nk wat pa dah..hahaha

    ReplyDelete
  6. kekadang kita leka bila berinternet nie...... sedar2 dah lewat pagi....he3
    apa2 pun... selamat berdinner tonite !!!!

    ReplyDelete
  7. Tak dinafikan, fakta ini ada betulnya..ini terbukti kat anak buah elih sendiri..dulu belum ada internet, ok je..pas tu jadi lebih suka duduk rumah bdepan laptop..hermm..

    ReplyDelete
  8. Ini tanda2 bahaya, tapi setakat skarang saya maintain lagi kot..

    ReplyDelete
  9. wan pon kadang2 ketagih jugak online. tapi nak buat mcm mana kan.akses kepada internet senang sgt.

    ReplyDelete
  10. kalo da semua yang main fb memg susah la...kene gak bersosial..

    ReplyDelete
  11. kalau pira bukan online ja. mmg kena hadap komputer tiap2 hari. kalau tak, mmg tak siap lah kerja ^__^ online tu kan ibarat jambatan ilmu tanpa sempadan. haha

    ReplyDelete
  12. Wah!!! tekanan perasaan bila nak updated entri...hihihih

    ReplyDelete
  13. untuk kak leeza pengomen tegar ..

    Tag tiga rakan blogger untuk membuat esei sama bertajuk 'Esei: Perilaku anak Malaysia dulu sehingga sekarang'. Linkkan jawapan ke ruangan komen blog ngatmisanji untuk memenangi hadiah bernilai RM300. Tarikh tutup sehingga 19 Oktober 2012.

    ReplyDelete
  14. alaamakkk..kalau dah ketagih nak o9 je..xleh hiraukan lah ttg sakit kepala tuh..

    setakat ni x o9 lah buat aku sakit kepala.. :P

    ReplyDelete
  15. sama la.. kdang2 klu stress bkk aje tenet.. cri bnd funny cn4m release jap..

    ReplyDelete
  16. Nasib baik saya belum tahap kritikal lagi. Bersosial di alam sebenar lagi puas berbanding di alam maya.

    ReplyDelete
  17. bahaya btul..kene ubah cepat2 ni..huhu

    ReplyDelete
  18. kena jgk bersosial di luar jgk..baru tekanan kurang..heheheh

    ReplyDelete
  19. Salam leeza :)

    Bagi lana,kajian tu ada betulnya. Sebab tu, lana amalkan rehat dalam berblog.

    Kadang2 sampai seminggu..mcm yg lana buat baru2 ni.

    Rehat sehari tak menjadi, jadi rehat seminggu. Lana susah nak kawal bila online, semua nak tgk,nak bukak. Tambah intrnt laju, 20 tab sekali layan.

    Lana pasan, kadang2 mcm berdenyut kepala..tak cukup tidor. Pastu gelabah,kejap2 nak cek komen,nak cek fb,nak cek emel. Dalam sejam berkali2 kot buat benda tu,hahahaha.

    Kejutan budaya sungguh.. skrg tgh blajar didik diri,hehehe >_<

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.