Monday, October 8, 2012

PT: Tips Buat Pembentangan Penyelidikan Tindakan

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


  
Semua pelajar IPG akan mengakhiri pengajian dengan melaksanakan penyelidikan tindakan. Pasti perkara ini merupakan kenangan buat semua. Pembentangan merupakan detik yang paling mencemaskan. Penulisan laporan detik yang mencabarkan. Pengumpulan maklumat detik yang agak santai sebab tidak pasti apalah impaknya nanti.

Tidak kurangnya leeza melalui saat suka duka membuat penyelidikan tindakan ini. Di sini, leeza nak berkongsi pengalaman dan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang membuat penyelidikan tindakan. FOKUS leeza lebih kepada proses semasa pembentangan. Leeza coret berdasarkan pengalaman yang leeza lalui.

Leeza salurkan di sini agar adik-adik di IPG KBM khususnya memberi perhatian kepada senarai berikut.

1.. Pastikan alat kajian (temu bual, ujian, soal selidik, analisis dokumen) yang kalian bina dapat menjawab dengan TEPATNYA soalan kajian anda. Sebab perkara ini memudahkan anda membuat pembentangan nanti.

2.. Power Points yang kalian buat tu, kalau boleh janganlah dipudatkan dengan segala aksara, kosa kata, penanda wacana & lain-lain lah yang kelihatan seperti sebuah karangan. Persepsi org pastinya mencopkan kalian membaca slide jer, bukan menerangkan kajian anda. (markah kurang sikit katanya)

3.. Kalau boleh, kalian buatlah hyperlink kepada contoh hasil murid seperti buku tulis ker, ujian yang dibuat ker & sewaktu dgnnya lah. Contoh pelaksaan instrumen yang anda buat pun kalau boleh hyperlink kan. Sebabnya.. kebarangkalian soalan dikemukakan di slot ini. Link kan satu dua contoh cukup lah. banyak-banyak nanti hang pula lap top tu...

4..Power Points u all kalau boleh janganlah warna putih hitam semata-mata. Letaklah dalam kotak, bulat ker.. maksud leeza ada unsur grafik lah.

5.. Bahagian sorotan literatur/pengenalan tu.. kalau boleh u all selitkan semua tinjauan literatur yg berkaitan kajian. Misalnya, ada literatur kemahirannya, teorinya, pendekatannya, kajian lepasnya dan berkaitan instrumen yang digunakan. Lepas tu buat rumusan secara lisan keseluruhan tu...

6.. Bahagian rumusan/cadangan seterusnya.. kalau boleh kalian jangan letak rujukan... Sebab di sini bahagian ulasan anda.* (bergantung pada penilai)

Oklah... demikian tipnya.. Akan datang leeza akan berkongsi berkaitan soalan-soalan yang selalu dikemukakan sepanjang pembentangan. Sebarang maklumat yang dinyatakan di atas boleh berubah ikut masa. Rujuk pensyarah untuk maklumat lanjut k. Leeza ucapkan semoga berjaya semua !!!
  
     TITIK SANTAI :
Penyelidikan Tindakan sudah berjaya dilaksanakan. Tahniah semua... Like.... Happy......... Terima kasih cik fatimah Idris dan encik zulkarnain hassan atas bimbingan.

19 comments:

  1. wah...tip yg berguna utk yg berkenaan......
    bagus leeza nie.....tolong kenkawan....

    ReplyDelete
  2. xgne la pk sal ni da

    sbb da lepas lame da haha

    ReplyDelete
  3. kalau la saya ni bakal cikgu mesti ikut tips ni dengan penuh dedikasi tau.

    mungkin info ni boleh bagitau kat sedara mara yg bakal jadi guru kelak. thanks

    ReplyDelete
  4. info bagus pada semua2 yng memerlukan tips sebegini !

    ReplyDelete
  5. bgus untu merea yg memrlukan..nsb hery dh x stdy...hehe..tp teringin jd cgu T_T

    ReplyDelete
  6. kali nie lan jujur..lan tak paham pun sebenarnya...hehe..mungkin sbb its not my field kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. respect dgn leeza yg mengetengahkan ilmu utk dijadikan posting kat blog.

    dan ini adalah sesuatu yg baik. sudah share dengan ibu yg juga seorang guru. percayalah, anaknya yg kerja swasta ni agak penat nak mendidik dia bila buat kertas kerja:)

    ReplyDelete
  8. Salam..saya sedang usahakan kajian tindakan...insyaALLAH, dalam tahun 2013 mahu usahakan penyelidikan tindakan pula..hrp cikgu boleh beri perkongsian ;)

    ReplyDelete
  9. kajian tindakan la yg paling tension dan stress sekali..selagi tak abis selagi tu la takleh nak enjoy..huhu

    ReplyDelete
  10. hana baru habis pembentangan..hehe
    nnt nak buat entry pasal pengalaman hana plak.hehe. tips yang berguna

    ReplyDelete
  11. hehe, xtau pape.. :)
    pernah berniat dulu nk jadi cikgu, tp sekadar niat jelah.. =)

    ReplyDelete
  12. kita pun kena buat research by group.
    minggu ada pmbentangan.
    grrr. berdebar rasa

    akak ada contoh slide x?
    nk tgok boleh?

    ReplyDelete
  13. semoga jadi cikgu yang berwawasan .. oh yeah

    ReplyDelete
  14. tip berguna untuk student ipg..nice3 :)

    ReplyDelete
  15. wah dh nak grad yer buat AR hehehee all the best

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.