Thursday, November 8, 2012

Halangan Update Blog & Cara Atasinya

Salam Sejahtera ... (Anyeong Ha Seyo) HeLLo0o0o...


Bukan mudah nak kekalkan trafik atau nak pastikan blog kita setiap hari ada entri. Kekangan masa dan bebanan kerja setiap hari memang menjadi penghalangnya. Leeza tulis ni berdasarkan pengalaman leeza lah, tak ada rujukan buku mana-mana pun....

ANTARA PENGHALANG UNTUK KITA UPDATE BLOG SETIAP HARI :  
  1. Broadband/internet rosak... Memang akan panas hati lah kan...
  2. Tiba-tiba ada pula komitmen lain. Contoh, perjumpaan, meeting ker, outing dengan kawan-kawan sampat tak sempat nak tulis entri.
  3. Tak ada idea pulak.. Mood spoil... hoooooo
  4. Kerja bertimbun, assignment dah due date ker apa... 
Tu semua antara penghalang leeza nak tulis entri setiap hari ... Dulu leeza memang tak akan mampu menulis blog setiap hari. Kalau dah nak update blog pun tak sempat, apatah lagi nak BW kan... 

Pernah juga ada orang cakap, tulis blog setiap hari ni gila. Siapa nak baca? Ada orang cakap tu semua syok sendiri. Emmm sedikit terpengaruh juga dengan kenyataan tu... Tapi lama-lama leeza tengok, sebenarnya untuk kita memastikan TRAFIK kita maintain, itulah kuncinya, kita perlu update blog setiap hari (untuk yang amatur, kalau dah femes macam Fatin Liyana, tak yah kot update setiap hari.) Ni leeza cakap dari aspek blogger baharu. Bukan yang femes-femes tu. Yang terkenal pun ada juga yang update setiap hari tau.. haaaaa
CARA ATASI : 
  1. Sejujurnya, setiap hujung minggu leeza pastikan leeza akan buat sekurang-kurangnya 3 entri... Yup itu pastinya.. Kalau lebih lagi bagus. Sebagai bekalan untuk weekday yang sibuk.
  2. Kalau u all nak schedule kan pun boleh, tak nak pun tak per. Atleast bila u all sibuk, u all boleh just pergi jer kat draft & post kan entri yang telah dibuat.
  3. Tapi leeza sarankan u all schedule kan..  tapi pastikan u all pantau jugalah. Mana tahu u all ada idea masa tu, u all boleh tundakan entri tu pada masa yang sesuai.
  4. Pastikan u all ni ALERT orangnya. Sejak leeza bergiat aktif dalam dunia blog. Leeza menjadi semakin peka dan sentiasa berfikir. Itu pastinya. Benda yang berlaku itu pasti boleh menjadi modal entri anda. 
  5. Apa yang anda bualkan dengan rakan-rakan pun kebarangkalian boleh dijadikan entri. 
Apa yang leeza tulis ni semua apa yang leeza lalui. Setiap orang berbeza. U all boleh share juga dengan leeza. hehehe....... Terus berblog.. Semoga berjaya.. Sama-sama majukan diri.

        TITIK SANTAI :  
Sekarang ni, leeza sentiasa memastikan leeza ada entri backup di draf... Hooo... Selamat mencuba.. Tiada kejayaan andai tiada langkah pertama dimulakan.



17 comments:

  1. betul kata leeza...
    melainkan blog kita tahap retis.... sebulan sekali pun..... tetap ada yg singgah setiap hari......

    ReplyDelete
  2. Blogger tanpa tenet ni mmg bleh migrain jawabnya.. Ha ha...

    ReplyDelete
  3. aku rasa mood update entri aku bulan ni kebanyakkannya hanyut ke laut ha ha ha >..< nasib masih rajin mengomen dan berblogwalking :)

    ReplyDelete
  4. mad tengok blog dan macam newspaper , yela banyak info yang kita dapat kalau baca blog kengkawan yang lain ..

    ReplyDelete
  5. salalu buat lebih bila hujung mggu klo ada tenet..klo xdak redha sja lah..hahahaa..

    ReplyDelete
  6. hahaha..samalah ada ja halangan apapun kena teruskan blog...

    ReplyDelete
  7. Saya ipsah..interview bln 11 ngan 12 ni utk yg hbs study julai 2012..batch sya la tu tesl..cuba awak tgk kat spp website..sya punye batch da tau da tarikh interview tu..utk bdk ipg yg bru hbs ni rsanye thn dpn dlm bln 1-3 utk interview..dah isi x jobM?

    ReplyDelete
  8. dan satu lagi pertambahan.. kena jugak main seo sikit2.. itu adalah nasihat daripada ben ashaari sendiri..

    ReplyDelete
  9. selalu beranggapan. buat entry sekali sehari xberbaloi.. kebanyakan orang akan baca entry yang paling atas ja. yang bawah2 xbaca pun. jadi entry semalam diorang xbaca. huhu kesian kat entry tu..jadi hana selalu wat entry 2 atau 3 hari sekali.hehe jarang publish 2 entry sekali.:)

    ReplyDelete
  10. hurm..schedule kan kat draft tu bagus... lagi2 buat mereka yg slalu tak dpt nk update...hehe... sy pon dah kurang update entri skang ni... nak wat camne...kekangan mase dan idea... bahan banyak...;-)

    ReplyDelete
  11. betul tu leeza..sekarang nie mampu update entry sehari sekali jer..menarik gak adea kalau nak buat auto publish entry tu cuma masalah yang biasa lan hadapi atau maybe ade sesetengah blogger ialah idea nak menulis..hehehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Sekarang ini hadapi masalah broadband...huhuuhuu.
    Dah dekat 2 minggu ini...

    ReplyDelete
  13. mmg betul tu kene prepare byk entri..huhu

    ReplyDelete
  14. blog personal takde masalah biasanya ... ikut komitmen gak la ..

    ReplyDelete
  15. suka part scheduled tu syg~
    sbb eca mcm tu skrg.at least,seminggu sebelum tu da tau nak tulis apa kan..xde la tulisan pun merapu semacam :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.