Monday, November 5, 2012

Sekolah di Pulau Mabul, nak?

Salam Sejahtera ...


Pada mereka yang pernah ke Pulau Mabul, pasti mereka dapat gambaran tentang Pulau Mabul. Ya, memang tidak dapat dinafikan pulau ini boleh diketegorikan sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di Malaysia. Tidak dapat disangkal, pemandangan dan lautannya cukup indah sekali. Perjalanan dari jeti ke sini, memakan masa kira-kira satu jam. (rasa-rasa leeza lah... Sebab macam lama jer..) Jauh juga.... NAMUN, pernah tak kalian terfikir, di pulau ini ada sekolah??? Hmmmm.....


Jujur, perasaan yang bertandang dalam diri ini tatkala melihat Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul ialah TERKEJUT BERUK.... haaaaaaaa..... “Macam mana lahhh kalau aku kena mengajar kat sini?” inilah soalan 1st sekali di kepala otak.

Sah-sah leeza kena belajar budaya mereka, bahasa mereka, cara kehidupan mereka. Pasti ada suara menyatakan... “Masa buat perjanjian, tak kesah kena posting mana-mana, tapi bila dah dapat tak nak lah, ngomel sana sini...” Actually bukan itu yang ditakutkan, tapi mampukah diri sendiri itu mendidik dengan baik di tempat orang tanpa mengetahui tentang budaya orang. Tiada istilah tak nak, hanya sekadar luahan rasa mereka tatkala menerima berita yang mengejutkan. Haaaaaaaa....... Pasti segalanya perlukan masa kan....

Sini ada entri yang berkaitan :   

Titik Santai :  
Kalau kita diberi pilihan, kita akan memilih yang terbaik untuk kita. Ada ker orang nak pilih yang tak elok untuk diri sendiri. Cuba renung seketika?

Kalau kita telah ditetapkan untuk sesuatu itu dan kita berasa kita tidak ada pilihan, kita terpaksa. Renung seketika, apa guna perkataan PENGORBANAN. Saat inilah “pengorbanan” itu berguna untuk diaplikasikan.

Apa jua, kita mahu yang terbaik untuk semua orang di sekeliling kita. Bukan mengharapkan perkara yang tidak elok.

25 comments:

  1. nak tak nak kena belajar sikit2 juga tentang budaya dan cara kehidupan mereka. :)

    ReplyDelete
  2. cam menarik je sekolah ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. masa dlm borang perjanjian.kita terpaksa kata ye.hahha sebab kalau tak msti dia tak amik.ehhehe

    ReplyDelete
  4. semporna erk?msti cntik...klo dpt best apa..haha

    ReplyDelete
  5. semoga tabah menhadapi hari2 sebagai guru :) ~ Leeza insyallah kalau kita ikhlas segalanya akan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. mula mula memang rasa tak selesa. tapi bila dah lama lama di tempat baru akan timbul rasa cinta pulak

    ReplyDelete
  7. jauh tu semporna..tapi memang lawa disana.tapi tu la..jauh:)

    ReplyDelete
  8. kalau sylah, sy setuju je mengajar kt sane...hihi... (",) leh mandi pulau ari2... (",)

    ReplyDelete
  9. oh akak dah start posting mengajar eh.
    tempat baru, mesti ambik masa nak sesuaikan diri.
    btw, gudluck dgn tempat baru kak!

    ReplyDelete
  10. selamat bertugas di tempat baru leeza....
    best pulau tu...boleh pi snorkeling selalu...

    ReplyDelete
  11. tingin jugak nk kena posting kt tmpat cmnie nt..

    skg mmg la nak,,esok2 blum tentu..haih~

    ReplyDelete
  12. tahniah ... ibadah yang perlu dilaksanakan ... selamat berjuang cikgu!!

    ReplyDelete
  13. bulan yang pertama mungkin rasa okay kot..tapi kalau dah lama nie mesti terasa gak kekurangan kemudahan infrastruktur..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Inilah tugas guru, berkorban untuk didik bangsa akan datang.

    ReplyDelete
  15. Ckp je lah, "saya yang menurut perintah" haha...

    ReplyDelete
  16. nanti mintak la posting kat johor..kat sini rmai lg nak cikgu..huhu

    interview spp bila?? saya punye bln 12 ni.

    ReplyDelete
  17. Leeza, pasal kotak tu.. sy buat dlm microsoft word lepas tu copy paste kat kotak entri baru yg kita buat tu. guna internet explorer.

    ReplyDelete
  18. berkorban apa saja . hehe pengorbanan yg cukup besar sbg seorg guru :)

    ReplyDelete
  19. Kalaulah ada peluang ke sana.. sure taknak lepaskan.

    ReplyDelete
  20. org gomn biasanya xnak keje di pulau yg jauh/terpencil kan? sbb kalo jaa sendiri pon x hendak huhu...

    ReplyDelete
  21. xetuju sangat masa interview semua benda boleh.. bila posting belum tentu boleh

    ReplyDelete
  22. sekolah tu oke je..jgn risau k..
    eca pernah mengajar kat sekolah pedalaman....8jam kt sekolah.8jam tu la xde access phone even internet....nak internet pun,cek email je la.....pastu,sekolah bersebelahan dengan kuburan..nak tak sekolah mcm tu?.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.