Saturday, November 24, 2012

The Twilight Saga: Breaking Dawn: Part 2

Salam Sejahtera ...

Hari ni memang satu kepuasan lah sebab akhirnya berjaya menonton filem yang dinanti-nantikan ini. Paling terbaik sebab leeza bertemu dengan peminat filem ini juga. Hari khamis hari tu kawan leeza dah beli tiket. Semangat giler.... Secara keseluruhannya memang TERBAIK dan pada mereka yang memang minat siri The Twilight Saga akan berasa sangat berpuas hati walaupun pada sekerat perjalanan cerita, u all rasa macam nak campak jer pop corn yang u all tengah makan atau u all akan jerit "aaaaaaaaaaaaaa"..... 

1. Aspek latar filem ini sama sekali tidak dapat kita pertikaikan lagi. Seperti siri-siri yang lepas, bagi leeza ianya cukup memuaskan dan rumah mereka - menjadi rumah idaman leeza

2. Aspek pelakon - ramai orang menyatakan peminat utama siri The Twilight Saga ni majoritinya kaum wanita atas sebab barisan pelakon lelaki di dalam siri The Twilight Saga ini terdiri daripada mereka yang memiliki rupa paras yang thumb up. Perkara ini tidak dapat disangkal sama sekali. Kisah romantik, kisah cinta sebegini pastinya memerlukan pelakon yang tampan lagi bergaya. Tidak kiralah Jacob mahupun Edward, bagi leeza kedua-duanya thumb up. Siri The Twiligt Saga Breaking Down Part 2 kali ini akan kelihatan begitu ramai vampire dan berbagai-bagai jenis. Bermata merah dan memiliki kelebihan yang tersendiri. Kalau u all nak tahu... Tengoklah nanti...

3. Kalau nak diikutkan jalan cerita dalam buku, berbeza dengan jalan cerita yang ada pada filem ini. Perubahan dilakukan atas sebab apa, leeza sendiri tak pasti. Yang penting cerita di dalam novel dan filem, kedua-duanya tidak mendukacitakan peminat. Haaaaaa.... Bella masih HIDUP dalam siri kali ni dan adakah Bella masih kekal sebagai manusia? atau sebaliknya? dan apakah status anak yang dilahirkan itu, manusia? vampire? 

4. Siri kali ini tidak ada yang menyentuh emosi sangat, hanya terdapat satu insiden di mana satu kejadian yang tidak diingini berlaku pada Cullens, membuat leeza agak kecewa... kenapa kenapa berlaku begitu? Tapi perasaan itu tidak lama membelenggu ... sebabnya... u all tengoklah sendiri... sorry ...

5. Apa pula berlaku pada Jacob?? U all pasti tidak sangka jalan cerita siri The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2, Jacob bercinta dengan  Renesmee Cullens .. siapa dia ni... haaaa 

6. Secara tidak langsungnya dalam cerita ini ramai vampire yang mati kerana mereka bertarung antara mereka. Namun secara langsungnya, hanya ada seorang sahaja yang mati. Pasti u all pening dengan ayat ni kan... Haaaaa... kalau u all ingat watak Alice.. u all akan faham kenapa leeza cakap macam ni... la la la la

Demikianlah coretan leeza tentang The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2. Pada mereka yang memang berminat, silalah pergi menonton. Pada mereka yang tidak ikut siri ni, pada pandangan leeza, kalau tak tengok yang lepas-lepas pun, u all boleh faham.. .. 

Ringkas + Cinta + Pengorbanan + Strategi 

Lepas habis tengok filem ni, leeza terfikir satu perkara.. Kesian dengan ayah Bella iaitu Charlie Swan kerana dari awal sampai akhir siri, Anaknya si Bella ni asyik merahsiakan itu ini. Melihat dari persepsi seorang ayah, pasti rasa kesian pada Charlie Swan kerana anaknya banyak menyimpan rahsia dengannya.


31 comments:

  1. kalau da cakap macam tu..mmg nak tgk..sbb part 1 da tgk!! hehehhe

    ReplyDelete
  2. cite puntianak? errk, takut nk tengok

    ReplyDelete
  3. Ramai yg kata mula2 tu boring....lps tu baru ok..
    Tapi saya tak follow

    ReplyDelete
  4. Siyes xpnh tgk citw twilight (˘_˘")

    ReplyDelete
  5. aku pernah tonton siri filem ni sekali, dan belum tertarik mahu menonton selanjutnya. mungkin bukan dalam kegemaran aku.

    ReplyDelete
  6. wow dh mcm riview filem dlm majalah..ehhehe gud job leeza..:) jom tgk kali kedua..hehehe

    ReplyDelete
  7. Ni yang buat Pemikir tak sabar nak tengok ni... Bolehlah kat The Mines jap lagi. lepas kenduri kawin ni bolehlah g tengok

    ReplyDelete
  8. xp tgk lagi cite ni nnti dh msam bru nk tgk..hihih

    ReplyDelete
  9. hey Leeza nampaknya kita sama-sama dah buat byk perubahan pada blog kitew kan... nice comel sgt suka aku tengok... yg citer twilight saga ni aku tak follow sgt... that's why tak tahu perkembangan diew... ^_^

    ReplyDelete
  10. oh tidak leeza dah tengok. jeles nihh, saya pun tengok twilight nih dari musim pertama sampai lah yang part pertama tuh,, nak tgk juga :(

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak tggu tgk movie ni..tggu pas abis interview baru nak enjoy pegi tengok..huhu

    ReplyDelete
  12. wah. macam best je leeza. pernah tgk movie ni sebelum ni. pasni nak pi tengklah. hehe

    ReplyDelete
  13. Hehe.... tepat sekali. Thump up.suka suka...

    ReplyDelete
  14. keseluruhan citer twilight ni pon aku berpuas hati..best gila plak rasa banding yang lepas2..

    ReplyDelete
  15. pertama suka dg muka baru header leza ni suka2 suka2 suka2 ..heee.. buat sndri ker yang?

    ReplyDelete
  16. layan gak cerita hantu..romantiko..tapi tu part cerita sambung2 sllu fill nak layan dulu masa dok kl lum kwin layan gak dg mmber2 girl hee...

    yNG SIHT ker ? ;)

    ReplyDelete
  17. klu tgok sama si dia syok gak heee

    ReplyDelete
  18. saye pon dah tgk twilight , mase hari first lagi .

    ReplyDelete
  19. rata-rata orang puji cerita ni,
    hehe nanti kita nak tengok jugak la :)

    ReplyDelete
  20. dah tgk dahhh.dah phm sgt dahhh citeee ni.hehehhe.

    ReplyDelete
  21. dari mula dah follow cerita ni.. memang terbaik.. anyway, domain tu, bayar setahun ke 2 tahun??

    ReplyDelete
  22. Ending OK, but overall citer nie masih MEH. Setuju dengan review kat bawah:

    http://www.sinema.my/movie-review-breaking-dawn-pt-2-jacob-bukak-baju-lagi-seawal-minit-ke-1843-saat/

    ReplyDelete
  23. kejelesan yg melampau...remy tak dapat lagi tgk crita nie...... huwaaaaa.....

    ReplyDelete
  24. breaking dawn part 1 ade lagi dalam pc nie tapi tak tengok lagi..part 2 plak dah keluar..bleh tengok sekali jalan nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. belum berkesempatan nak tengok cerita ni

    ReplyDelete
  26. Ok nak layan jugak lah..
    tak sabar nieh :D

    ReplyDelete
  27. Rasanya ini bahagian kemuncak perjalanan filem Twilights yang dinantikan oleh peminat.

    ReplyDelete
  28. tak bape paham... tak kenal pelakon... tak de jiwa

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.