Thursday, December 13, 2012

Harimau Malaya: Siapa Pengadil Bagi Kad Merah Itu

SaLam Sejahtera ..

Kad Merah Yang Dilayang Oleh Pengadil Korea kepada pemain pertahanan Harimau Malaya membuat leeza sepi, kelu, sedih. Ada linangan air mata di wajah ini. Punah harapan leeza. Namun, tidak perlu marah pada Harimau Malaya..! Nak kata hati leeza PANAS sangat masa tengok bola selepas layangan kad merah itu, Tidak sama sekali! Sebab perlawanan Thailand vs Malaysia yang berlangsung di Thailand itu bukan satu perlawanan yang adil. Bukan sebab Harimau Malaya kalah. Tapi beberapa isu yang sangat sangat sangat sangat menguji kesabaran.  Letaklah apa-apa team pun di situ, siapa tak benggang, siapa tak hilang kawalan emosi apabila pasukannya ditindas. 

Perkara Yang Tak Mungkin Dilupakan  : 


Pengadil Perlawanan Yang Kelihatan Comel Itu : 
Nama : Lee Min Huu (tak sure ejaan)
Pekerjaan : Guru Bahasa Inggeris
Negara : Korea (Korea Selatan ker Korea Utara.. he he he)

Padang Kamu Yang Bagai Sawah Bendang Itu : 
Lepas ni kalau nak bertemu dengan Thailand, skuad Harimau Malaya perlu juga buat latihan di bendang-bendang yang ada di Malaysia. Perlu ada pendedahan agar sejarah hari ini tidak berulang.

Pemain Gajah Perang Yang Kacak lagi Bergaya itu :
Moga-mogalah penyokong Harimau Malaya khususnya golongan wanita di Malaysia, tidak lupa pemain Thailand yang kacak dan bergaya itu. Tabik spring lah kat awak (jersi no *), sebab awak hebat provok dan berlakon di atas kesengsaraan orang lain. 

Tom Yam Kamu Yang Pedas Itu : 
Terus melekat-lekat kat kepala ni perkataan Tom Yam, bau Tom Yam.. Comform lepas ni agak sensetif dengan semua perkara tentang Thailand. Tapi diharap tak lah berpanjangan... Hawatlah emo sangat, sampai makanan Thailand pun nak dijadikan isu. Haaaa.... Rasanya masa birthday adik leeza, leeza pergi makan kat Q-Thai.. ouch... !!!

Soalan Matematik Untuk Anda : Jawapan mana lebih besar
a) 11 + 1 =         ( Milik siapa ? ________________)
b) 11 - 1 =          (Milik siapa ? ________________)

TITIK SANTAI :: :: ::  
Harimau Malaya sudah usaha sebaik yang mungkin. Apakan daya, tahun ini tidak berpihak kepada kita.

27 comments:

  1. 11+1 = bahgia
    11-1 = 1 jatuh. haha gagal matematik nih. saya pun sakit hati tgk bola tdi , mau juga kena bagi mak kaki gajah nih

    ReplyDelete
  2. pengadil ni tidak adil tidak adil :(

    ReplyDelete
  3. pengadil ni tidak adil tidak adil :(

    ReplyDelete
  4. stress dgn reff tu..ish..
    xpa..harimau mlya dah buat yg terbaik kan akk..lagi Abg Farizal kita..Eh?HAHA..

    p/s: Tak nak makan Tom Yam kat Amjal untuk semester depan..T_T..HAHAHA

    ReplyDelete
  5. nak nangis rsa bila tgok malaysia tumpas mlm ni. referee korea tu berasal dari korea utara so xda kena mengena dgn kpop. hehe. sje nak cakap.

    xpew kak. mcm mana pun. kita tetap sokong harimau malaya. perjuangan kita masih panjang

    ReplyDelete
  6. Anis sokong Leeza . Memang emo gila lah tengok bola malam ni . Sakit hati gila lah kot . Referee tu memang nak kena ah kalau dtg Malaysia . Memang cari pasal lah ref tu , Puihh !

    Kasihan gila tengok fadli shah masa kena kuar padang tu even tu bukan salah dy pun . Sobarr je lah . Dah nasib dpt ref camtu .

    P/s : Skuad harimau Malaya dah cuba yang terbaik . Mungkin xde rezeki lagi untuk melangkah ke final . Cuba lagi lain kali . =.=

    ReplyDelete
  7. 11+1 milik rasuah...haha

    11-1 milik yang bermaruah

    ReplyDelete
  8. sampailah sekarang saya masi xpuas hati dgn pengadil dgn pasukan thailand tuh. kalau tgk balik , memang dah maki makian dah nih/

    ReplyDelete
  9. Nampak sgt REFF tu berat sebelah..

    ReplyDelete
  10. panas je tgk game malam tadi......
    kalah kita bermaruah....

    ReplyDelete
  11. sama lah sedih gila tgk msa kena kad merah tu..trus down dh main ngn 10 org ja pastu dgn wan z xde yg tggl pn sedih tgk..haha..pape pn dh buat yg terbaik tggu lg 2 tahun...reff tu jgn ckp lah macm tahik kucing pnya teruk!...

    ReplyDelete
  12. mampu kte hahaha nk kena tumbuk pengadil tu

    ReplyDelete
  13. anti thailand pasni... sekali dgn reff kpop tu.. eee geram jek!

    ReplyDelete
  14. pengadil xserupo muka dia yg cepet,. ee

    ReplyDelete
  15. Mmg rase unfair sgt tgk plwanab smlm..tp xpe..slmanya harimau malaya

    ReplyDelete
  16. huhu..kenapa dengan tom yam diorang??

    ReplyDelete
  17. keadaan padang macam tu, memang susah le. siapa je yg boleh main dgn baik kalau padang mcm tu..

    ReplyDelete
  18. haha . biasalah adat pertandingan . keh3

    umm .. tulah ramai yang cakap tak adil .. tapi memang pun . kan2 ?

    dah2 . jngan nak geram2 sangat dah lepas pun ^__^

    pengalaman tu kan penting :D

    ReplyDelete
  19. hotje dgo...ntah pape.xd kelulusan ke.kang iman mrh xserupa bikin plak

    ReplyDelete
  20. memang tak best reff tu..xpuas hati...

    ReplyDelete
  21. xpyh pnggil pgADIL la lau x ADIL kan.. hewhew

    ReplyDelete
  22. Singapore dah pown menang. Takpe, 2 thn lg kena pastikn kita rampas kembali kejuaraan

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Tinggalkan Komen Anda.
Pada mereka yang mahu meninggalkan komen tanpa ada gmail, SILA KLIK PADA Anonymous.